Monday, October 27, 2014

Abdul Hadi perlu kenal species PasMa

MENGIRINGI MENTARI                                                                                 

Kata presiden Pas Abdul Hadi Awang beliau kabur apakah matlamat dan perjuangan PasMa. Dan beliau juga tidak tahu PasMa ini daripada species apa. Menggunakan perkataan species itu memberi konotasi dan rasa Abdul Hadi alergik kepada kewujudan PasMa.

Phahrolrazi Mohd Zawawi
Abdul Hadi Awang
Saya rasa tidak berapa payah sangat untuk presiden parti agama itu mengenali apakah species PasMa itu dan apakah matlamat penubuhannya. Kalau tidak menjadi kesalahan saya hendak jelas jenis species PasMa itu dan juga tujuan penubuhannya seperti mana saya memahaminya dan difahamkan.

Mereka yang menganggotai PasMa adalah juga daripada species Pas. Ertinya anak beranak dan keturunan Pas juga. Phahroralrazi Mohd Zawawi yang kini dianggap sebagai presiden PasMa, adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kedah dan pada waktu ini masih menjadi wakil rakyat Pas di Kedah. Beliau merupakan Adun Pengkalan Kundur dalam kawasan Kuala Kedah.



Adapun tujuan dan matlamat PasMa seperti mana disebut dan dihuraikannya adalah menjadi sebuah wadah untuk ahli-ahli Pas berforum apa juga isu-isu demi memastikan jadi  Pas sebuah parti yang profesional. Alasan yang diberikan oleh PasMa kenapa ia perlu wujud kerana ahli Pas tidak berpeluang atau mempunyai banyak ruang untuk berforum bagi membincangkan hal-hal parti berkenaan dan juga menegur dan memberi pencerahan kepada pucuk pimpinan Pas.

Walaupun Pas mengadakan muktamar setiap setahun, tetapi muktamar itu tidak memberi banyak ruang dan peluang kepada ahli-ahli untuk berforum, membincangkan masalah parti. Dan muktamar Pas juga dilembagakan seperti perhimpunan agung Umno dimana semua yang berlaku dalam perhimpunan itu sudah diorkastrakan demikian rupa.

Misalnya siapakah yang menjadi jurucakap atau pembahas dalam muktamar. Setiap negeri hanya seorang wakil sahaja. Dan wakil yang bercakap itu sudah dipilih dan ditetapkan oleh Pas negeri. Makna apa yang hendak dicakapkan oleh wakil negeri itu sudah ditetapkan. Di sini ahli pasti tidak mempunyai kebebasan untuk menyuarakan dhamir mereka menyebabkan ahli Pas dalam keadaan tidak puas.

Jadi dengan adanya PasMa ia bertindak menjadi wadah ia memberi ruang kepada ahli PasMa bersuara untuk membaiki parti mereka dan membuat teguran-teguran kepada pemimpin (dengan penuh beradat). Paling penting dan menguntungkan juga PasMa menjadi medan pertemuan dan perbincangan bukan sahaja ahli Pas, tetapi ahli-ahli rakan Pas dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR yang mana mereka juga mengalamai masalah sama dengan ahli Pas yang tidak mempunyai ruang demokrasi secukupnya dalam parti itu.

Salahuddin Ayub
Apa yang patut berlaku Pas tidak perlu takut kepada PasMa tetapi menerima seadanya sebagai sebuah NGO pemantau kepada Pas. Setiap idea mengukuhkan parti yang dilontarkan perlu diambil disaring dan digunakan pakai dalam Pas. Dalam hal ini tidak timbul tanggapan negatif PasMa adalah jemaah dalam jemaah. Tanggapan demikian lahir dari mereka yang berjiwa kecil.

Saya rasaya Abdul Hadi tidak begitu naif untuk memahami akan penubuhan PasMa itu. Dan tujuan serta matlamat tersirat disebalik penubuhan itu juga ia bertitik tolak dari sikap dan cara Abdul Hadi berpolitik dalam Pakatan Rakyat. Kelonggaran Abdul Hadi terhadap falsafah politik Pakatan Rakyat menjadi pendorong kepada penubuhan PasMa. Apa yang berada di sekitar presiden Pas itu kini umum sedia maklum.

Saya percaya kalau Abdul Hadi dapat membetul kesilapan dan bersedia menerima teguran dan bersikap profesional serta memahami species PasMa dengan baik, beliau tidak akan dikirik oleh oleh ahli Pas seperti mana yang kedengaran dalam majlis-majlis anjuran PasMa. Beliau juga tidak perlu takut malahan patut bangga. Saya yakin PasMa juga akan terbubar dengan sendiri apabila beliau membetulkan apa-apa yang janggal dilihat pada masa ini.

PasMa, dilihat kepada gerakan dan sambutan hari ini tidak mudah untuk terbubar walaupun ada beberapa buah negeri menerima semangat dan politik dangkal Majlis Syura Ulamak (MSU) yang menasihati ahli Pas tidak mendekati PasMa. MSU selamanya berpolitik memancung dirinya sendiri dan tidak pernah mahu keluar ke dalam petak dan ruang politik awam. Politik fiqh tidak banyak membantu Pas walaupun presiden mengatakan politik ada fekah tersendiri. Fekah politik ini perlu diterjemah dengan baik selaras dengan agama (Islam) itu progresif.

Cadangan dikemukan oleh Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub dan disokong oleh Ketua Pemuda Pas Suhaizan Kiat, agar Pas dan PasMa mengadakan ruang untuk berbincang adalah baik. Itulah seelok-elok tindakan yang dilakukan oleh Pas apabila timbul sebarang kekeliruan terhadapsesuatu dalam parti itu.

Kekeliruan itu tidak boleh dibiar menjadi panjang kerana akhir ianya "rusut" dan membelit diri Pas sendiri. Dewan Pemuda Pas boleh menjadi mediator dalam hal ini mengatur perjumpaan dan juga dialog Pas dengan PasMa. Dewan Pemuda Pas boleh menjadi anak yang bersikap bimbang kepada pergaduhan orang tua mereka yang memugkin sampai rumah tangga berantakan.

Tanpa ada usaha mendekatkan antara kedua pihak atau individu penting dalam Pas dan PasMa ia akan menengangkan lagi keadaan. Cakap-cakap di luar baik dalam forum atau kenyataan media tidak banyak membantu apa lagi media suka mensensasikan berita dan juga setengahnya ada agenda tersendiri. Saya rasa kedua pihak sangat memahami hal ini.

Kalau usahakan ini dilakukan dan Abdul Hadi sedia untuk menerima pelawa itu beliau akan dilihat gentlemen dan bertindak sebagai seorang bapak yang benar. Semua ahli Pas akan menghormat dan menyanjungi beliau sebagai seorang ikhlas dalam memimpin. Pendekatan itu juga sesuai kalau Abdul Hadi ambil tepat dengan kedudukannya kini sebagai Timbalan Presiden Ulamak Sedunia.

Atau pun kalau beliau sudah bosan dan cemuh dengan urusan parti, boleh juga beliau turun dengan terhormatnya sebagai presiden Pas dan menumpukan perhatian kepada jawatan barunya itu. Peranan Abdul Hadi di peringkat dunia bagi saya lebih penting dan besar dan diperlukan. Sementelahan pula Pas yang kini sudah diterima sebagai parti alternatif kepada Umno dan menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat.

Penyelesaian kekeliruan setengah pihak termasuk pemimpin Pas terhadap PasMa ini perlu diselesaikan segera. Ia tidak boleh ditangguhkan sehingga ia membesar dan melebar. Abdul Hadi sendiri jangan menganggap PasMa ini perkara remeh temeh dan boleh dilupuskan dengan menyinis begitu sahaja. Sinisme menjadi baja kepada PasMa.

Iya perlu diingat PasMa tidak akan mudah untuk menjadi sebuah parti kuat seperti Pas, tetapi kewujudannya yang tidak kawal diselia dan dirawati samalah dengan seperdu kecil lalang dalam ladang ia boleh membantukan tumbesar tanaman. Kalau ini berlaku, ladang orang boleh mengeluarkan hasil mengikut jangka masanya, tetapi ladang kita terbantut tidak mengeluarkan hasil akibat diserang lalang.

Seperdu lalang kecil boleh bertukar menjadi sebuah ladang besar menenggalamkan tanaman asal. Iagat dan ini tidak mustahil. Dan paling ditakuti lalang itu akan membantut tumbesar ladang berkenaan. Ingat lalang juga sejenis rumpai yang tidak mudah mati walapun diracuni kerana ia sejenis rumpai yang berbibit dari akar tunjang. [wm.kl. 10:03 am 27/10/14]

No comments: