Sunday, October 12, 2014

Saari, Hasnul perlu rayu keahlian mereka


BUAH PERTAMA                                                                                            

Keputusan Pas mengambil tindakan ke atas dua Adunnya Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) mungkin timbul rasa tidak puas hati sesetegah pihak dalam Pas. Kedua Adun berkenaan juga tentu berasakan tidak adil tindakan dikenakan ke atas mereka.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas hari ini memutus menggantungkan keahlian mereka selama setahun, bagaimana pun keahlian mereka sebagai ahli Pas masih kekal. Mereka mempunyai masa 15 hari untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak (MSU).

Kedua-dua mereka digantung apabila bertindak menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor. Sokongan mereka itu dipertikaikan dan menimbulkan kemarahan segelintir ahli Pas khasnya dari Selangor, Terengganu dan Pahang. Ada rasionalnya mereka menyokong Wan Azizah kerana pada mulanya Pas Pusat mengambil pendirian bersetuju Dr Wan Azizah menjadi MB. Bagaimana pun rasoinal mereka dipertikaikan apabila Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengubah keputusan menentang Wan Azizah daripada menjadi MB.

Saari dan Hasnul masih bernasib baik kerana diberikan pelung untuk merayu. Mereka juga harus akur dengan tindakan itu kerana ia juga ada asas untuk Pas mengambil tindakan demikian. Keputusan parti yang tidak melampau perlu dihormati. Dipercayai kalau mereka membuat rayuan keanggotaan mereka dipertimbangkan dan kemungkian tempoh penggantungan dipendekkan.

Pas sendiri harus menimbang dan mengambil kira akan jasa dan peranana kedua-dua Adun berkenaan selama ini. Lagi pun kesalahan mereka tidak merupakan kesalahan syarie? Pas juga akan kehilangan pemimpin dan dua Adun sekiranya mereka mengambil tindakan tidak membuat rayuan atau pun terus keluar daripada Pas. [wm.kl.4:58 pm 12/10/14]

No comments: