Thursday, October 16, 2014

Azmin mula semak projek diragui ketelusannya di Selangor

ULASAN MALAM                                                                                           

Menteri BesarSelangor yang baru Mohamed Azmin Ali sudah mula membuat semakan terhadap beberapa projek yang diluluskan ketika Abdul Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor yang mana diragui akan ketelusannya. Salah satu projek yang menjadi perhatian Azmin ialah pembinaan loji rawatan air, Langat 2.

MB Selangor Azmin
Semakan yang dibuat oleh Azmin terhadap projek itu, ialah pembelian alat rawatan air untuk projek itu yang terlalu mahal dimana ia tidak diperlukan memandangkan air yang hendak dibersihkan tidak mengalami pencerman teruk sehingga ke tahap 4.

Azmin persoalankan, kenapa kerajaan perlu menggunakan Granular Actived Corban (GCA) iaitu proses dual media, satu spesifikasi menggunakan teknologi yang tinggi dimana memerlukan nilai bayaran yang tinggi.

Persoalnya, walaupun GAC digunakan di negara maju, ia dipersoalkan kerana seolah-olah memberi maksud punca iar yang disalurkan daripada Pahang ke Selangor tercemar di tahap 4.



Kata beliau bayaran yang tinggi dibelanjakan untuk menggunakan GAC memberi risiko nilai air yang tinggi yang bakal ditanggungkan oleh rakyat.

Sehubungan itu Azmin juga meminta dokumen perjanjian projek berkenaan yang ditanda tangani bekas MB dengan pihak Kerajaan Persekutuan didedahkan kepada umum. Bagi tujuan itu beliau telah menulis surat kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk mendedahkan kepada umum perjanjian pemuktamadan penyelesaian penstrukturan industri air Selangor dengan kementerian berkenaan yang ditanda tangani 25 Februari lalu.

Alasan Azmin dokumen yang dilindungi dibawah Akta Rasmi Rasmi (OSA) perlu didedahkan kepada umum untuk diteliti. Tindakan Azmin berhubung perjanjian (MoU) ini dilihat sebagai langkah awal beliau yang menyemak semula projek yang diluluskan di era Khalid Ibrahim sebaik beliau mendapat kuasa sebagai MB.

Semakan seperti ini hendaklah menyeluruh, mencakupi semua aspek pembangunan di Selangor. Mana-mana projek yang dirancang atau sudah berjalan semasa Khalid menjadi MB yang diragui akan ketelusannya perlulah disemak kembali. Satu lagi projek ialah pembinaan lebuh raya Kinrara - Damansara (Kindex) yang mendapat bantahan penduduk.

Azmin tidak boleh membiarkan mana-mana projek yang diragui ketelusan dilaksanakan kerana risikonya akan tertimpa ke atas pundaknya. Wajar semua pihak terutama pendokong kerajaan Selangor yang mahu melihat wujud pengurusan kerajaan yang telus dan berintegriti (good governance) memberi sokongan padu kepada Azmin. [wm.kl. 8:03 pm 16/10/14]

No comments: