Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali turun buat kali keduanya ke Kelantan hari ini sebagai menyatakan prihatin dan simpatinya kepada Kelantan yang dilanda bah. Azmin sampai di lapangan terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa disambut Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob.
Azmin meredah kawasan bekas banjir di kanannya, Dr Hatta. |
Bersama Azmin ke Kelantan hari ini 12 pihak berkuasa Tempatan (PBT) Selangor turut membantu mangsa banjir. Mereka bertolak malam tadi (berkonvoi) menuju Kelantan berlepas di perkarangan Pejabat Perkhidmatan PKR Gombak.
Mereka membawa bersama perlatan untuk membersih rumah dan peremis kerajaan yang dilumur banjir seperti lori, mesin, jentolak dan juga tangki air.
Latiff dan Azmin bersama anggota pasukan keselamatan. |
Begitulah sepatutnya diamalkan oleh mana-mana pihak atau kumpulan yang berada dalam satu gabungan ataupun pakatan. Kehadirian Azmin ke Kelantan itu juga menggembarkan jiwa besar MB berkenaan dan sedia mengenepikan komen-komen negatif dari sesetengah pemimpin Pas terhadapnya.
Dalam kunjungan sehari suntuk itu Azmin bersama ahli parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Guchil Roslan Puteh turut sama membersih beberapa buah rumah yang disimbah selur kuning banjir bersama penduduk tempatan dan wakil rakyat Kuala Krai.
Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli yang dihubungi untuk mendapat komen berhubung kunjungan khas Azmin ke Jajahan itu bagaimana pun gagal. Sejak awal banjir lagi telefon Dr Hatta asyik dijawab oleh mesen suaranya yang bermaksud "tidak dapat dihubungi". [wm.kl.8:22 pm 10/01/15]
1 comment:
Pada saya Y.A.B Azmin Ali merupa kan seorang insan yang tidak pedendam. Begitu lah juga dengan Y.B Husam Musa. Walau pun di gelar M.B Swasta oleh para ahli PAS dan bekas adun yang "PENDEK AKAL" namun dia terus melakukan kerja kerja amal. Yang patut di panggil "SWASTA" ada lah si bekas adun dan mereka mereka yang seangkatan dengan nya. Sayang, insan yang berpendirian demikian tidak mendapat tempat di dun Kelantan.
Post a Comment