Friday, January 9, 2015

AMK tuntut Zahid jelas tujuh perkara berhubung surat kepada FBI.

KENYATAAN                                                                                                   

Semalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerusi Pengarah Komunikasi Keadilan yang juga Naib Ketua Angkatan Muda (AMK) Fahmi Fadzil telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri (KDN) Ahmad Zahid Hamidi menuntut menteri itu menjelaskan tujuh perkara berhubung surat yang dikatakan dihantar oleh Zahid kepasa FBI untuk "membela" takeh judi.

Fahmi Fadzil menunjukkan surat dihatar kepada Zahid.
Dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada blog ini, tujuh perkara yang dituntut oleh Fahmi itu adalah apa juga yang bermain dalam kepala orang ramai berhubung tindakan Zahid itu.

Tindakan Zahid yang dilihat mirip kepada tindakan bersendirian (pandai-pandai) menimbulkan implikasi dan tanda tanya serta tanggapan ia sesuatu yang memberi impak besar kepada negara.

Bagaimana pun saya yakin Zahid tidak akan menjawab tuntutan tujuh perkara dikemukakan Fahmi itu.

Berdasarkan kepada perangai dan sikap Zahid sebelum, dia akan mengambil sikap seperti tikus jatuh ke dalam genak (bekas) beras sahaja, apa lagi isu berkenaan dianggap satu permulaan serangan politik yang kecam kepadanya diawal tahun ini.

Zahid tidak akan menjawab atau menjelaskan tindakannya itu. Saya yakin kalau surat itu benar sudah pasti Zahid akan mendapat restu perdana menteri terlebih dahulu untuk bertindak secara bersendirian.

Sekiranya Zahid tidak mendapat kebenaran (memaklumkan) Najib Razak seperti mana ditafsirkan oleh Rafizi Ramli, Zahid sudah melanggar konvensyen dimana sesuatu urusan membabitkan luar negeri seharusnya melalui Wisma Putera. Saya tidak fikir Zahid pandai memandai-mandai. Ertinya selain daripada menuntut Zahid menjelaskan isu berkenaan, Najib juga bertanggungjawab dan perlu diminta berbuat demikian.

Sebagai Perdana Menteri, Najib kena bertanggungjawab ke atas apa juga salah lakukan dibuat oleh menterinya, dan jika ia perlu wajar Najib menasihati Zahid berundur?

Kenapa saya kata Zahid akan mendiamkannya, kerana sebelum ini Zahid kerap melemparkan kenyataaan berupa cabaran dan juga jemainan untuk menjelaskan beberapa isu berkaitan dengan dirinya, tetapi 90 peratus tidak dijawabnya.

Antaranya beliau pernah menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan insiden pencerobohan Lahad Datu, di Sabah, memberi jaminan akan menjelaskan penggunaan jet persendirian untuk menunai Haji dan sebagainya, semuanya tidak dilunasi Zahid hingga sekarang.

Tujuh perkara yang diminta oleh Fahmi agar dijelaskan Zahid adalah seperti mana terkandung dalam kenyataan media itu seperberikut;

1. Adakah surat yang diterbitkan laman web South China Morning Post di dalam rencana bertajuk Accused gambling kingpin Paul Phua ‘assisting Malaysia on matters of national security’ (http://www.scmp.com/news/asia/article/1670674/accused-gambling-kingpin-paul-phua-not-triad-member-says-malaysia-cabinet) benar dan sahih?

2. Bagaimana surat yang berstatus “PRIVATE & CONFIDENTIAL” boleh dipamerkan dalam laman web tersebut?

3. Apakah “projek-projek berkaitan keselamatan negara” yang dimaksudkan YB DS Zahid di dalam surat tersebut?

4. Adakah Paul Phua Wei Seng seorang anggota “14K”? Dan pernahkah dia ditangap atau didakwa di Malaysia sebelum ini?

5. Adakah Zahid merujuk pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) mengenai sama ada Paul Phua Wei Seng adalah seorang anggota “14K” ataupun tidak sebelum menghantar surat tersebut?

6. Sebelum menghantar surat tersebut, adakah Zahid berbincang dan mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara tentang isi kandungan surat tersebut?

7. Adakah Zahid pernah mengeluarkan pandangan ataupun surat kepada pihak Interpol mempertahankan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, di mana satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap beliau?

Fahmi memberi tempoh tiga hari untuk Zahid menjelaskan tuntutan tujuh perkara itu, jika tidak dilaksanakan mungkin AMK akan bergerak dan bertindak lebih proaktif lagi. Syabas kepaa AMK kerana berani mencari jawaban kepada persoalan umum. Pemimpin atau pun gerakan seperti inilah yang dimahui oleh rakyat bukan pemimpin atau kumpulan yang saling memburuk sesama sendiri sama ada Islam atau tidak. [wm.kl.10:09 am 09/01/14]

No comments: