Friday, January 16, 2015

Misi bencana alam MPN PKR Kedah bantu Kelantan

AKTIVITI                                                                                                           

Rombongan misi bencana alam MPN PKR Kedah.
Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Kelantan khususnya mereka yang diuji langsung oleh Allah dengan musibah "Bah Emas"; hilang rumah tangga dan harta benda turut mendapat simpati daripada misi bencana alam Parti Keadilan (PKR) Kedah.

Misi bencana alam Kedah yang dibentuk menerusi MPN negeri berada di Kelantan selama empat hari untuk membantu membersih kesan-kesan pasca banjir dan juga menyampaikan bekalan makanan, pakaian dan keperluan lain.

Misi itu disertai 20 orang pimpinan di semua cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), terdiri daripada ketua, timbalan ketua cabang dan wakil rakyat. Ia diketuai oleh Pengerusi Bencana Alam MPN Kedah, Abdullah Md Isa, penolongnya Dr Azman Ismail yang juga ketua cabang Kuala Kedah dan ahli Parlimen Kuala Kedah dan Azman Nasrudin (Cikgu), Adun Lunas.

Azman menyerah baju seragam sekolah kepada murid.
Misi itu memberi tumpuan di empat jajahan yang parah dilanca banjir, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Tumpat.

Antara yang menjadi tumpuan misi berkenaan ialah meyediakan peralaatan sekolah kepada murid-murid yang menjadi mangsa banjir.

DrAzman serah 200 pakaian seragam sekolah kepada Roslan.
Sebanyak 500 helai pakaian sekolah telah dibahagi-bahagikan kepada mangsa banjir yang diserahkan kepada ketua empat cabang berkenaan. Di Kuala Krai 200 pasangan diserahkan kepada Adun Guchil Roslan Puteh.

Kehadiran rombongan misi kemanusiaan itu sungguh bererti kerana ia menggambarkan hubungan kemanusiaan mantap antara parti gabungan Pakatan Rakyat.

Walaupun sumbangan dan khidmat yang diberikan oleh misi itu kecil jika dibandingkan dengan sumbangan badan korporat atau kerajaan, tetapi ia cukup memberi erti bagi mereka yang insaf dan sedar serta tahu menilaian erti persahabatan dan ehsan.

Pihak kerajaan atau Pas Kelantan sepatutnya meraikan kehadiran rombongan berkenaan sebagai menanda terima kasih. [wm.kl.3:56 pm 16/01/15]
Post a Comment