Thursday, April 30, 2015

Mahathir tak tergamak sebut nama Anwar atau Tengku Razaleigh jadi PM

ULAS ISU                                                                                                           

Kebenaran itu tidak boleh disembunyikan kerana kalau pun ia ditimbus lama-lama ia akan terkeluar juga nanti. Apa yang menimpa diri Dr Mahathir Mohamad ini bertepatan dan dengan gambaran itu. Selama mana Mahathir boleh melindungi sesuatu dalam dirinya. Kebenaran akan tersebut juga, kalau tidak kuat tetapi perlahan.

Anwar Ibrahim
Ada sesuatu yang lama tersimpan dalam hati bekas PM itu tetapi tidak disebutnya. Tetapi seperti sebiji buah dipohon apabila ranum ia akan gugur dengan sendirinya.

Hari ini Mahathir sudah memperakui ada orang lain yang lebih baik untuk menjadi perdana menteri sebagai mengganti Najib Razak yang sedang beliau gerudikan sekarang ini. Beliau tidak menyebut siapa orang itu, tetapi sudah pasti ianya bukan Hassan Melek atau Ahmad Maslan.

Apabila Mahathir menyebut itu walaupun secara sinis, tetapi hatinya tidak boleh berbohong. Mahathir kenal dan tahu sejauh mana kebolehan Muhyiddin Yassin yang mengikut tradisinya akan menjadi pengganti Najib seperti diucapkan itu. Mungkin perkara ini ada beliau sebut kepada isterinya sebagai melepas gian dan sebak.

Abdullah Badawi
Tengku Razaleigh Hamzah
Siapakah gerangan sosok yang Mahathir sebutkan itu. Kenapa beliau hanya mengakui tetapi malu untuk menyebut. Apakah beliau rasa berdosa dengan dirinya sendiri?

Seperti saya sebut tadi tokoh itu bukan Ahmad Maslan, atau Hassan atau pun orang lebih layak Khairy Jamaluddin. Dan kalau pun Khairy Jamaluddin dilihat ada kebolehan tetapi Dr Mahathir tetap tidak akan menerimanya. Baginya Mukhriz jauh lebih baik dan pantas daripada Ketua Pemuda Umno itu.

Saya boleh agak siapa yang ada dalam sudut hati Mahathir yang tidak disebut itu. Buat masa ini orang masih relevan untuk jadi PM, ialah Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah. Mahathir mengenali kebolehan dan pengaruh kedua orang ini. Jika dibandingkan dari segi pengalaman dan karismatik dengan nama-nama seperti Ahmad Zahid Hamidi ataupun Hishamuddin Hussein, kedua nama itu lebih sesuai. Jika diadakan referendum mereka akan menang.

Tengku Razaleigh sangat diketahui seorang politician yang beradat dan penuh profesional. Tengku seorang yang rasional dan gantlemen dalam berpolitik, Tengku Razaleigh tidak dapat jadi PM selepas Mahathir kerana anak raja itu terlalu baik dan tidak tahu bermain huduh dalam politik biarpun Mahathir pernah mengkhianatinya.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Mahathir tidak dapat melupai "kebiadapan" Anwar kepadanya, tetapi dalam masa sama beliau tidak dapat menafikan kehebatan dan aura yang ada kepada Anwar. Selama 12 tahun beliau mendidik dan mengasuh Anwar untuk menjadi penggantinya. Silapnya Mahathir, kerana terlalu mendengar maklumat daripada konspirator yang benci dan dengki dengan Anwar. Itulah kesilapan Mahathir yang akhirnya menyusahkan dirinya sendiri dalam mencari penggantinya.

Hari ini Mahathir seakan menyesal dengan apa yang berlaku. Kalau dia mahukan Anwar, tetapi jalan untuk dibawa kembali Anwar itu bukan mudah kerana kekuasaanya ditangan Najib. Mahathir cuba hendak bertindak menjadi Bendahara Melaka membawa balik Hang Tuah, bagi menyelamatkan keadaan tetapi keadaannya bukan mudah.

Saya yakin kalau Dr Mahathir ada ada kuasa sakti dia akan merobohkan tembok penjara untuk mrembebakan Anwar bagi menyelamatkan keadaan negara ditangan Najib yang mencemaskan baginya. Kebenciannya kepada Najib melebihi dendamnya kepada Anwar?

Mengenai Tengku Razaleigh pula, Mahathir melihat tokoh ini sudah lanjut usianya. Musimnya sudah hampir berlaku. Menyokong Tengku Razaleigh untuk jadi jadi PM, tidak menguntungkan kerana itu ia lebih baik membiarkan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri setidak-tidaknya Muhyiddin akan mengenang jasanya, seperti mana dia mengenang jasa Tun Razak, kemudian dia menulis surat kepada Abdullah Badawi agar lantik Najib jadi timbalan.
Percayalah Dr Mahyathir kini berputar dalam dirinya bila mengenangkan Najib. Dia ada cadangan tetapi untuk melaksanakanya tidak mungkin kerana semua kekuatan berada di tangan Najib. Apa yang Mahathir dapat lakukan mengalunkan cerita dongeng dalam majlis-majlis anjuran orang-orang seperti Inchek Ibrahim Ali. [wm.kl. 7:46 pm 30/04/15]

2 comments:

Anonymous said...

Ramai yang berminat untuk tahu siapa pengganti Najib yang sesuai. Di kalanggan Najib sendiri mungkin, mereka sudah penat nak pertahankan Najib yang semakin sumbang langkahnya. Rakyat jadi konpius antara 1Malaysia dengan 1Bugis..mana satu yang hendak didahulukan..

Bagi Mahathir, mengikut tradisi, Muhyiddin adalah calonnya walaupun ada yang lebih baik ???

Kalau nama pengganti Najib adalah sesuai dengan taste mereka, mungkin tidak masalah kalau Najib undur dengan lebih cepat. Mungkin Hishamuddin adalah calon yang paling tepat.

Ada juga khabar angin bahawa kalaupun Najib berundur, dia mahu Zahid yang menggantikannya, bukan Muhyiddin - ada sesiapa yang boleh sahkan cakap-cakap ini...

BERITA YANG PALING BEST: Ada lebih baik juga, kalau pencarian pengganti menjadi satu masalah - biarlah Najib sahaja kekal sebagai PM sekurang-kurangnya hingga PRU. Ikut teori RAHMAN, Najib adalah PM terakhir dari UMNO.

Bagaimanapun ada juga yang masih terkilan Ku Li tidak jadi PM ketika anak raja itu kemuncak di eranya. Mungkin kali ini boleh...tetapi janganlah bersikap menunggu yang bulat datang bergolek yang pipih datang melayang.
Kalau berhajat kena bersuara, kena rebut bola di kaki Najib...

Kj dan Mukhriz memang tak elok potong Que...

Ada juga pecacai dan puak yang nak tumpang semangkok tanpa rasa malu, nama Anwar diselitkan... layan sahajalah, jangan sampai kecik hati depa..

UNCLE RAMLI said...

Madey memang tak tergamak nak sebut Tengku atau Anuar Ibrahim kerana dia memang dah dirasut obsesi yang tiada siapa yg layak jadi PM selain dia saja atau anaknya Mukriz memandangkan rekod sejarah yg dia banyak berperanan menendang penyandan dan bakal PM seperti TAR, Razak, Hussein On, Musa Hitam, T. Razaleigh, Anuar Ibrahim, Pak Lah dan terbaharu Najib. Ingat Madey mahu Mahyuddin betul2 jadi PM? Jangan naive/daif. Madey ada suatu komplex jiwa yg PM Malaysia ni adalah hak milik dia atau anaknya. Selagi dia masih hidup sihat selagi itu dia akan dengan rakus dan licik akan menghidupkan kompleks jiwa atau obsesinya dan dia akan buat gila dan membenggongkan rakyat Malaysia dan terus menggunakan alasan ' demi masa depan negara yang makmur dan stabil' walaupun dia sudah banyak rosakkan fabrik dan institusi demokratik negara.