Monday, October 12, 2015

Pakatan terakhir untuk singkirkan Najib

TERKINI

Sidang akhbar Mahathir di Yayasan Perdana.
Pagi ini telah berlangsung satu sidang media khas yang dikendalikan oleh Mahathir Mohamad di pejabatnya di Yayasan Perdana.

Sidang media itu untuk menyatakan bantahan terhadap penahanan bekas ketua Umno bahagian Batu Kawan, Khairuddin Hassan yang menyerang Najib Razak bersabit isu 1MDB.


Apa yang agak istimewa sidang media Mahathir itu, ianya disertai sama oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Shafei Afdal yang dipecat jawatan kabinet baru-baru ini.

Ia tambah menarik lagi apabila ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razleigh Hamzah juga ikut serta dalam sidang akhbar itu bersama bekas Setiausaha Agung Umno, Sanusi Junid dan juga bekas persiden MCA Ong Tee Keat juga hadir.

Walaupun sidang akhbar itu dibuat untuk menyatakan bantahan ke atas penahanana Khairuddin dan peguamnya Mathias Chang dibawa SOSMA, tetapi ia membawa maksud lebih jauh dari itu. Sudah pasti "sidang media" itu mencemaskan Najib menyebabkan PM itu perlu bertindak pantas.

Apakah sidang media itu sebagai menandakan bermulaanya serangan terakhir Mahathir kepada Najib yang masih utuh di kerusinya kini?

Belum pernah sebelum ini Tengku Razaleigh sedia mencemarkan duli menghadiri diri dalam mana-mana sidang akhbar Mahathir yang ada motif politik. Apakah sidang akhbar itu dibuat sebelum satu perbincangan khas diadakan oleh kumpulan penentang Najib itu bagi membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib dalam parlimen kelak?

Kita tunggu perkembangan seterusnya. [wm.kl.12:02 t/hari 12/10/15]
Post a Comment