Tuesday, October 27, 2015

Najib bantu Rozali Ismail beri konsensi bernilai RM8.2 billion?

KEJUTAN DARI PARLIMEN

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sekali lagi muncul dengan pendedahan baru kali ini mengenai konsensi untuk membina hospital canggih milik UITM di Puncak Alam yang telah diberikan kepada taukeh air Rozali Ismail.

Menurutnya beliau hairan kenapa konsensi itu diberikan kepada Rozali sedang syarikat milik Rozali dikatakan gagal menguruskan beberapa projek. Syarikat Rozali juga katanya menanggung kerugian dan bermasalah apabila di saman beberapa kontraktor.

Menurut Rafizi pemberian konsensi itu sebagai membantu Rozali. Rafizi mendedahkan perkara itu ketika berbahas di parlimen hari ini.

Menurut Rafizi kos pembinaan hospital UITM itu ialah sebanyak RM559 juta tetapi ia naik kepada RM8.2 billion apabila ia diberikan konsensi kepada Rozali Ismail untuk tempoh 22 tahun.

Pendedahan Rafizi ini merupakan satu lagi kejutan dan kita berharap Menteri Kewangan, Najib Razak akan menjelaskan perkara ini dalam Parlimen.  Menutup perbahasan Rafizi merayu anggota Dewan agar menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib. [wm.kl.12:42 pm 27/10/15]

No comments: