Sejak tidak menjadi Exco dan dilepaskan segala tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan negeri Kelantan, nampaknya Adun Salor, Husam Musa tidak sunyi dan sepi daripada untuk terus berkhidmat dan berjuang kepada rakyat. Ketiadaan jawatan itu bukan menjadi sebab untuk dia mendiamkan diri atau membiarkan sesuatu penyelewengan terus bermaharajalela.
Sebagai seorang yang kreatif, Husam ada berbagai cara untuk memaknakan dirinya sebagai wakil rakyat biasa dan orang yang pernah diharap-harapkan untuk menjadi pemimpin nombor satu di Kelantan. Selepas bertindak menjadi MB swasta yang banyak membantu dan menyediakan pelan menyelamatkan (meringankan) kepada mangsa banjir hampir setahun lalu, kini Husam muncul pula dengan kerjaya baru sebagai "penulis petisyen rakyat".
Sehingga kini sudah beberapa pucuk surat ditulisnya yang ditujukan kepada Menteri Besar, Ahmad Yaakub, dan terbaru kepada Mohd Amar Nik Abdullah yang kini memangku jawatan MB selama Ahmad berada di Makkah. Surat-surat yang ditulis oleh Husam itu membawa suara rakyat kerana ia ada kepentingan dengan rakyat. Surat itu merupakan petisyen rakyat kepada kerajaan.
Dan surat-surat Husam bukan surat layang atau poison letter kerana beliau bertanggungjawab dan menyatakan dengan fakta yang lengkap dan kemas terhadap apa yang diungkitkan. Dalam pada itu ada yang kurang senang dengan kehadiran surat-surat Husam dan menganggap ia sebagai satu pengkhiatan. Kenapa? Jawabanya mudah sahaja, sebab apa yang dibangkit dan diangkatkan dalam surat itu boleh menjejaskan kepentingan dan tembolok mereka.
Surat Husam bernilai dan diberi perhatian serta ditunggu-tunggu oleh rakyat. Misalnya beliau pernah menulis sepucuk surat kepada MB mempertikaikan satu permohonan kawasan balak di Ulu Sat seluas 3,500 ekar. Husam menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku dan meminta agar MB tidak meluluskan lesen di kawasan berkenaan kepada pihak tertentu. MB telah pun membuat arahan agar "sila uruskan" permohonan berkenaan. Ertinya kalau tidak dibangkitkan oleh Husam kawasan itu sudah terlepas tangan.
Bagi Husam ada tanggungjawab sosialnya kepada rakyat Kelantan menerusi bantahan itu. Kawasan yang hendak diluluskan itu adalah kawasan tadahan hujan dan menjadi jantung kepada negeri Kelantan. Hutan itu dipelihara sejak berpuluh dekad lalu menjadi khazanah tidak ternilai kepada Kelantan tiba-tiba hendak dipungar begitu sahaja. Di zaman Mohd Asri Muda jadi MB, Sultan Kelantan pada masa itu ada memohon kawasan itu tetapi ditolak.
Sudah tentu kalau bukan inisiatif dan kesedaran Husam menasihati Ahmad Yaakub hutan berkenaan kini sudah menjadi pandang jarak padang terkukur.
Setiap surat Husam itu menjadi kontroversi. Ia dibangkang keras oleh mereka berkepentingan. Ada tuduhan liar kononnya Husam sengaja mendedahkan suratnya kerana ingin menyerahkan Kelantan kepada Umno. Nauzubilahimazalik. Apa guna Husam membangun Kelantan lebih dua dekad bersama Tokguru Nik Aziz kalau ke situ akhirnya?
Rakyat sangat senang dengan cara Husam. Apa yang Husam buat bukan untuk kepentingan dirinya tetapi adalah untuk kepentingan rakyat. Begitu juga dengan surat Husam kepada MB berhubung dengan konsensi balak yang diberikan kepada Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) kemudian diserahkan kepada syarikat lain, yang mana menurutnya menyebabkan kerajaan dan KPK menanggung kerugian. Ada terma atau pun tawaran yang dibuat tidak masuk akal dan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena berlaku.
Pembangkitan Husam terhadap konsensi KPK itu juga adalah untuk menyelamat khazanah dan kekayaan negeri Kelantan. Beliau memberi pandangan dan pendapatnya mengikut pengalaman dan maklumat yang beliau perolehi, jauh sekali berniat busuk.
Jika diteliti dengan kepala yang dingin, surat-surat Husam itu tidak sepatutnya dicemuh apa lagi menganggap tindakan Husam sebagai satu pengkhianatan. Cuba teliti dan kaji dengan fikiran terbuka natijah kepada surat-surat berkenaan tentu ia membawa kebaikan bersama. Ahmad Yaakub sendiri sepatutnya menilai dengan penuh tawaduk dan bersangka baik terhadap apa yang didedah atau dipersoalkan Husam. Jangan menganggap ia sebagai racun dan ancaman tetapi terimalah sebagai penawar.
Ada orang mengatakan cara Husam itu tidak betul. Husam sepatutnya menggunakan saluran dalaman kalau hendak mengkritik dan menegur kerajaan, bukan mengecer ke luar. Iya, memang sepatutnya begitu. Tetapi apakah Husam tidak berbuat seperti itu? Apakah jahil dan jahat sangat Husam dalam soal ini. Dangkal sangatkah Husam dalam bersiasah?

Saya percaya bekas Exco kanan itu sudah melakukan dengan penuh berhemat dan diplomasi dalam membuat teguran. Sebagai orang yang membina kerajaan Kelantan bersama Allahyarham Tokguru Nik Aziz, tentu Husam rasa sayang dan tanggungjawab kepada kerajaan masih ada. Rasa bersalah akan melingkari dirinya kalau beliau tidak berbuat sesuatu. Bahkan tindakan yang diambil itu adalah kerana menjaga amanat Tokguru kepadanya.
Kenapa Husam akhirnya membenarkan suratnya dibaca umum, mungkin kerana surat atau petisyen yang dibuat dengan cara berhemat itu tidak dilayan. Atau Husam sendiri memahami akan sikap dan perangai orang politik. Orang politik memang tidak boleh ditegur secara senyap, ia tidak memberi kesan dan bekas. Cara terbaik ialah menegur orang politik secara terbuka baru mereka mula terasa.
Saya ada cukup pengalaman dalam soal ini. Tanpa apologetik, sejarah hubungan dan persahabatan saya dengan Husam sendiri. Apabila beliau membuat salah saya menegur dan memberi pandangan dengan baik, tetapi ia tidak memberi kesan. Akhirnya jalan akhir saya ambil dengan menegurnya secara terbuka. Walaupun berat itulah cara terbaik walaupun menyakitkan beliau. Samalah dengan apa yang Husam lakukan sekarang.
Teguran terbuka mungkin memberi kesakitan kepadanya. Tetapi itulah sebenarnya ubat paling mujarab bagi orang politik. Alasan saya kenapa saya menegur beliau secara terbuka, sebab orang politik suka mengkritik orang dari atas pentas ceramah. Nampaknya apa yang pernah saya pakai itu dipraktis oleh Husam hari ini dengan menjadi penulis petisyen rakyat.
Surat Husam tidak akan terecer keluar kalau orang yang menerimanya membuat jawaban segera dan tidak memperkasamkan apa yang disuarakan itu. Kenapa tidak menjawab dengan fakta dan hujah yang mapan bagi mengelakkan ia terecer ke luar? Kenapa disenyapsunyikan? Kenapa? Bakpanyaaa?
Misalnya surat terbaru kepada Mohd Amar berhubung dengan kelulusan semula hutan di hutan simpan Berangkat seluas 5,000 ekar. (Surat berkenana disertakan). Mohd Amar perlu menjawab dan menjelaskan petisyen Husam berkenaan satu persatu. Surat itu dihantar pada 21 September tetapi sampai kini tidak dijawab. Kenapa? Bakpayaaa?
Apakah Mohd Amar tunggu sampai Ahmad Yaakub pulang dari mengerjakan Haji baru hendak jawab? Kalau begitu apa guna dia dilantik atau diberi kuasa menjadi pemangku MB kalau untuk menjawab surat itu pun tidak berani.
Tanpa menjawab surat Husam itu dan menjelaskan perkara dibangkitkan ia tidak akan menyelamatkan Mohd Amar. Cara itu bukan praktikal dan ia menyerlahkan akan kelemahan Mohd Amar sekaligus menurunkan nilainya untuk jadi MB selepas pilihan raya akan datang. Natijah daripada itu orang akan beranggapan apa yang dibangkitkan Husam itu sudah terjadi. Lebih dahsyat apakah Mohd Amar ada saham disebalik kelulusannya?
Baik Mohd Amar atau Ahmad Yaakub hendaklah respons kepada surat-surat Husam ataupun apa sahaja sunggutan dan petisyen daripada rakyat. Sebagai pemimpin mereka harus berani untuk berhadapan dengan apa sahaja masalah dan perkara. Saya percaya kalau mereka bersikap terbuka dan gentlemen, setiap apa yang dibangkitkan tidak memberi kesan kepada mereka dan yang penting rakyat akan berpuas hati. (Ahmad dan Mohd Amar jangan terus gotel peler dalam hujan).
Husam sendiri akan berhenti menjadi penulis petisyen kalau setiap apa yang dibangkitkan dijawab dengan memuaskan. Sebaliknya kalau setiap apa yang dibangkit itu digantung tidak bertali saya yakin beliau akan terus menulis dan bertindak menjadi penulis petisyen kepada rakyat Kelantan. Bagi Husam dia telah menggadai kepentingan dirinya demi kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Dia tidak sanggup bersubahat merintis jalan ke neraka.
Perkara paling penting yang terkandung dalam surat Husam kepada Mohd Amar itu ialah, berhubung kemungkinan Husam akan membuat injuksi terhadap PMBK sekiranya kelulusan hutan simpan Berangkat 5,000 itu diteruskan. Seboleh-bolehnya elakkan tindakan injuksi itu kerana jika ia berlaku kejadian itu sangat menjejaskan kerajaan Kelantan, apa lagi ianya dibuat oleh wakil rakyat Pas sendiri.

Sehubungan itu para wakil rakyat khasnya daripada Pas perlu berfikir dan membuat penilaian yang adil terhadap apa dibangkitkan oleh Husam. Mereka tidak patut mendiamkan diri dan takut untuk berkata kerana bimbang akan hilang kepentingan diri. Kalau sikap demikian menjadi amalan, berdosalah anda menjadi wakil rakyat - pemimpin, kerana membiarkan kemungkaran berlaku di hadapan mata.
Berikut adalah surat Husam kepada Mohd Amar Nik Abdullah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah,
Pemangku Menteri Besar Kelantan,
KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU, KELANTAN,
HUTAN SIMPAN BERANGKAT - SEKALI LAGI DI BAWAH HARGA PASARAN
Saya pernah menulis surat rasmi (tertutup dan tidak disiarkan di mana-mana) kepada YAB Menteri Besar setahun lebih yang lalu membantah tindakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) meluluskan kawasan Hutan Simpan Kekal ( HSK ) Berangkat untuk perladangan seluas 5 ribu ekar tanpa tender dan di bawah harga pasaran kepada LPSB.
Alhamdulillah YAB MB segera bertindak membatalkan kelulusan itu.
Saya ingat ia berakhir di situ.
Maklumat terkini yang saya ada menunjukkan PMBK meluluskan semula kawasan itu kepada syarikat berkenaan sekali lagi, April lalu.
Harga yang ditawarkan adalah RM 3 ribu se ekar termasuk semua perbelanjaan seperti kos ukur sempadan, cukai tanah dan lain-lain.
Saya difahamkan, setelah ditolak kos cukai tanah dll, pendapatan bersih untuk PMBK hanya sebanyak RM 7 atau RM 8 juta sahaja.
Dengan ini, pendapatan bersih se ekar hanya sebanyak antara RM 1,400 hingga RM 1,600 se ekar.
Sedangkan nilai pasaran adalah tidak kurang dari RM 5,000 se ekar bersih.
Ini akan menjanakan pendapatan kepada PMBK sebanyak RM 25 juta bersih berbanding RM 8 juta!
Perbezaan antara RM 16 juta hingga RM 17 Juta !!!
Bahkan jika dilakukan tender terbuka, saya yakin dengan kedudukan tanah Berangkat yang amat baik, PMBK akan mendapat tawaran yang lebih tinggi.
Saya hairan mengapa Jawatankuasa Penasihat PMBK di mana YB adalah salah seorang anggotanya, nampak begitu terikat dengan syarikat berkenaan.
Saya difahamkan oleh syarikat-syarikat lain yang turut membuat tawaran bahawa tawaran mereka adalah lebih baik tetapi ditolak.
Suka juga saya mengingatkan tujuan asal kawasan Berangkat diluluskan kepada PMBK oleh YAB Tok Guru di masa itu adalah untuk dimajukan sendiri khususnya melalui PMBK Sawit.
Saya berharap tujuan asal ini tidak dikorbankan dan pihak lain pula mengaut keuntungan darinya.
LPSB nampaknya terus menjadi pilihan sungguh pun tujuan asalnya adalah lain dan terdapat tawaran lebih baik oleh syarikat-syarikat lain.
Mengapa?
Saya pohon kelulusan berkenaan dibatalkan. Apa lagi surat pembebasan hutan difahamkan belum dikeluarkan oleh Jabatan Hutan.
Jika kelulusan ini diteruskan, mungkin saya akan memfailkan perintah injunksi di mahkamah ke atas PMBK dengan tujuan menjaga khazanah rakyat negeri Kelantan.
Tujuan saya juga adalah untuk menghentikan amalan meluluskan khazanah rakyat Negeri Kelantan di bawah nilai pasaran yang menyebabkan kerugian pendapatan kepada negeri Kelantan.
Saya suka mengingatkan YB Dato bahawa antara fungsi utama PMBK pada masa lalu ialah menyelamatkan hartanah prima. Ia bukan pintu belakang untuk mana-mana pihak melepaskan harta dan khazanah negeri ini sesuka hati.
Saya mohon respon segera YB.
Sekian terima kasih.
Husam Musa
Adun Salor
7 Zulhijjah 1436/21 September 2015
Nota:
Surat rasmi pertama saya mengenai isu ini telah saya sampaikan kepada YAB MB Kelantan kurang lebih dua tahun yang lalu.
Saya tidak menyiarkannya di mana-mana kerana YAB MB telah memberikan respon tiga hari selepas surat saya.
Surat rasmi kedua ini saya sampaikan kepada YB Dato TMB pada 21hb September kerana kelulusan yang dibatalkan dahulu diperbaharui.
Saya tidak menerima sebarang maklum balas sehingga ini.
Saya memutuskan untuk dikongsi dengan rakyat Kelantan yang prihatin dan sensitif terhadap kepentingan negeri Kelantan, moga ada kesannya.
Yb. Husam Musa
ADUN Salor,
Petang 3 Oktober 2015
[wm.kl.8:20 am 06/10/15]

No comments:
Post a Comment