Thursday, October 22, 2015

Usul untuk gantung Kit Siang dibawa semula

DARI PARLIMEN

Terkini: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang dewan bermula hari ini. Keputusan dibuat dalam pengundian belah bahagi yang memutuskan 107 bersetuju manakala 77 tidak bersetuju. Kit Siang tidak mengundi bagi mempertahankan dirinya.

Parlimen ketika ini riuh kerana membahaskan usul untuk menggantungkan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azlina Othman Said.

Usul berkenaan sepatutnya dikemukakan semalam tetapi ia ditarik balik apabila wakil pembangkang mempertikaikan keperluan usul berkenaan dan cara mengemukakannya tidak mengikut peraturan.

Menyedari kesilapan itu pihak kerajaan dengan arahan speaker telah menarik balik usul itu.

Bagaimana pun pagi ini menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina sekali lagi mengemukakan usul berkenaan setelah memberi masa untuk Kit Siang yang dituduh menghina Speaker tidak mematuhi arahan speaker.

Pengemukaan semula usul berkenaan jelas dan terang bahawa maksud dipihak kerajaan untuk menggantung Kit Siang mungkin bimbang kerana pembangkang akan membentangkan usul undi tidak percaya kepada Najib Razak. [wm.kl.12:49 pm 22/10/15]

No comments: