Wednesday, October 7, 2015

Mustapa perlu elak dari terkena percikan najis Najib

KATA PAGI

Mustapa harus waspada.
Pelaksanaan cukai GST telah meninggalkan kesan yang cukup memarahkan rakyat, khasnya rakyat marhaen. GST juga dibenci oleh peniaga. Walaupun tindakan itu dibantah secara meluas oleh badan-bandan Ngo dan pembangkang demi menyelamatkan rakyat dari terbeban, tetapi semuanya sia-sia sahaja.

Para propagandis kerajaan begitu bersungguh menyakinkan rakyat bahawa GST untuk kebaikan rakyat, bukan menyusahkan rakyat.

Seorang propgandis tersohor kerajaan dan Umno, Ahmad Maslan bukan main lagi seronok sehinggakan mempamerkan kebodohannya dalam mempertahankan GST. Kerajaan dengan mengambil kira kempen Ahmad Maslan akhirnya melaksanakan cukai baru itu.

Setelah dilaksanakan apa jadi, GST tidak disenangi rakyat dan kerajaan dicemuhi siang dan malam. GST diejak sengan konotasi yang buruk dan huduh. Sebagai balasan hukum karma nasib malang telah menimpa propagandis bernama Ahmad Maslan, apabila beliau kini sudah jadi kupang tembaga, diturunkan pangkat daripada jadi timbalan menteri kewangan kepada timbalan Perdagangan Antarbangsa dan Industeri (MITI).

Seharusnya Ahmad dinaikkan pangkat menjadi menteri setelah bermati-matina dia mempertahankan GST dan menyakinkan cukai itu sebagai menguntungkan rakyat dan kerajaan, sebaliknya tidak.

GST belum selesai kini timbul pula TPPA, atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) satu bentuk perkongsian perniagaan baru yang digagasan oleh Amerika Syarikat. Malaysia kini sedang berkira dan berbincang sama ada akan ikut sama menyertai TPPA atau pun tidak.

Dari satu juring tampaknya kerajaan berhati-hati sebelum membuat keputusan penyertaan dalam TPPA ini. Rundingan demi rundingan dan perbincangan demi perbincangan diadakan. Pakar-pakar ekonomi dan ahli perniagaan memberi pandangan masing-masing mengenai buruk dan baiknya TPPA. Macamlah isu GST dahulu juga.

Cuma Ahmad Maslan sehingga kini belum menyebut fasal TPPA mungkin mulutnya dizip oleh Mustapa setelah dia kencundang dalam GST.

Pembangkang bersikap pesimis kepada TPPA ini dan dibimbangi ia akan menambahkan beban rakyat yang sudah diberati oleh GST. Manakala Najib Razak pula sudah terdesak untuk melaksanakan perkongisan ini apabila ditekan. Perjumpaan mesra beliau dengan Borak Obama meletakkan Najib dalam keadaan serba salah. Amerika tidak sia-sia untuk berjumpa dengan Malaysia, dan presidennya bermain golf dengan Malaysia. Amerika tentu lebih bijak dan licit berbanding Malaysia.

Setenguk kita minum kopi Amerika kita pelu membayar setong minyak petrol kepadanya.

Justeru pintu ke arah TPPA akan diturut sertai oleh Malaysia nampaknya semakin luas. Secara prinsipnya Malaysia sudah pun menyataan komitmen untuk bersama TPPA apabila ikut sama menyertai perbincangan hal itu bersama 11 buah negara lain minggu lalu. Dan arahan terbaru Najib kepada Mustapa Mohamad agar menerusi perudingan dengan memberi mandat penuh adalah signal jelas yang Najib mahu TPPA dilaksanakan.

Sebagai menteri MITI, Mustapa tidak boleh engkar. Bagaimana pun beliau harus beringat agar tidak mudah melaksanakan perkara itu. Mandat yang diberikan kepada beliau itu seharusnya digunakan sebaik mungkin dan penuh kebijaksana. Apa-apa keputusan hendak dibuat perlu melihat kepentingan rakyat dan menimbang segala sensitivti mengenainya.

Penting, Mustapa kena faham kenapa Najib begitu bermurah hati menyerahkan mandat penuh kepadanya. Jarang dalam hal-hal bertaraf bintang begitu PM beri kepercayaan penuh kepada menteri kanan, selalunya dia sendiri akan membuat pengumuman dan ketatapan.

Di sini apa yang kita nampak Najib sudah mahu melepaskan tenguknya dengan penyakit bakal dihinggapi oleh TPPA itu. Sudah tentu selepas ini Najib dan kerajaan akan dicemuh rakyat seperti mana rakyat mencemuh GST. Jadi bagi mengelakkan keadaan sama berlaku Najib serahkan kepada Mustapa. Biarlah Mustapa kena balun kepada rakyat dan pikul beban TPPA itu. Najib sudah tidak tertanggung lagi, apa lagi isu 1MDB makin memberati pundaknya.

Kerana itu ada baik kalau Mustapa berhati-hati dan mengambil nafas panjang sebelum memuktamadkan perkara itu. Pertamanya beliau harus me"laaik"kan perbincangan dengan kabient. Rakyat juga harus diberi penerangan sejelas-jelasnya. Perbincangan secara fleksibe seperti mana ujarnya, perlu dilakukan. Parlimen boleh dijadikan petunjuk atau formula kepada Mustapa untuk memuktamadkan TPPA itu.

Dalam sidang parlimen bulan ini, bagi masa dan ruang seluasnya untuk ahli parlimen melontarkan pandangan mengenai TPPA. Kirtikan pembangkang jangan dilihat sebagai satu kebencian dan kerja tradisi pembangkang. Kalau benar Najib ikhlas memberi mandat kepaa Mustapa, beliau kena mengambil kira semua pandangan dan Mustapa hendaklah membuat keputusan atas tanggungjawabnya bukan sebagai "cina buta".

Ini perlu untuk mengelakkan musibah dan kecelakaan TPPA itu terbeban kepadanya.

Adalah malang bagi Mustapa kalau TPPA tiba-tiba menjadi beban baharu kepadanya apa lagi kalau akhirnya ia memberi imej buruk kepadanya. Imej buruk kepada Mustapa ekoran pelaskanaan TPPA nanti akan terbawa ke Kelantan dan mengotorkan imej sebagai pengerusi Umno Kelantan.

Mustapa kena beringat dan mengambil kira perkara ini.  Bukankah Mustapa hendak jadi MB Kelantan selepas ini? Makanya dia perlu senantiasa membersihkan diri, mewaraskan tindakan, dan melakukan sesuatu yang disenangi oleh rakyat jelata.

Sekiranya Mustapa berasakan dia tidak mungkin dapat melakukan arahan Najib itu, atau sudah dapat membaca penyakit yang bakal datang, elok dia serahkan mandat itu semula kepada perdana menteri. Biarlah Najib yang membuat keputusan sendiri. Atau ditubuhkan jawatankuasa khas kabinet menangani perkara itu.

Walaupun hakikat apa yang akan ternatijah daripada penyertaan Malaysia itu adalah tanggungjawab Najib, tetapi kenyataan Najib menyerahkan mandat kepada Mustapa itu semacam Najib hendak mengelak diri dari beban itu terpanggung ke atas dirinya. [wm.kl.9:35 am 07/10/15]

No comments: