Sudah kesekian lama keinginan saya untuk menyaksikan kepimpimnan negara ini diambil alih atau diberi peluang kepada para pemimpin pelapis yang ada hari ini. Pemimpin pelapis negara ini yang saya maksudkan atau golongkan mereka yang lahir selepas merdeka, 1957, (pemimpn pelapis pasca merdeka). Mereka kini berusia dibawah 60 tahun ke bawah.
Husam Musa (Pas) |
Khairy (Umno) |
Apa lagi setengah daripada mereka (golongan pelapis ini) hari ini sudah pun memegang jawatan penting di peringkat parti dan kerajaan baik negeri maupun persekutuan. Atau pun sudah ada pengalaman menjadi wakil rakyat, Exco, MB atau pun pimpinan parti. Pengalaman dan sejarah yang dilalui mereka sudah cukup melayakkan mereka menjadi pemimpin negara bangsa di masa depan.
Saifuddin Abdullah (Umno) |
Azmin Ali (PKR) |
Tidak sulit untuk melihat mereka berfikir dan mencanang pelan untuk nusa dan bangsa yang sama kerana mereka sudah dibentuk atas landasan benar sejak lama. Mereka sudah ada banyak persamaan. Selain daripada warna kulit dan darah mereka juga diasuh dan didikan di maktab politik yang sama. Rata-rata mereka menjadi warga kampus yang sudah mula bergerak belajar menjadi pemimpin di peringkat kampus. Mereka adalah aktivis pelajar dan gerakan mahasiswa yang mendampingi masyarkat sejak remaja.
Saifuddin Nasution (PKR) |
Walhal politik itu sendiri mengariskan matlamat dan maksud yang sama. Perbezaan jalan (toriq) ini tidak menjadi masalah asalkan matlamat mereka sama, menuju ke destinasi yang sama. Maka mereka boleh bersama asalkan semuanya sedia mengugurkan rasa tinggi diri dan ego.
Perbezaan politik atau toriq samalah perbezaan jalan dan kaedah untuk kita menuju ke sesuatu tempat. Ada yang memilih jalan darat, ada yang pilih jalan udara dan ada yang memilih jalan laut. Laksana untuk kita ke Makkah ada orang menggunakan kapal laut, ada yang naik motorkar atau unta ada yang menaiki kapal terbang atau jet peribadi. Yang penting dan utama ialah sampai ke Makkah.
Salahuddin (Amanah) |
Sebaris nama-nama yang sudah lama menetas dalam kepala saya untuk mencapai ilusi itu itu ialah, Ahmad Shaberry Chik, Saifuddin Abdullah, Zambery Abdul Kadir, Razali Ibrahim, Khalid Nordin, Puad Zarkasi, Ezam Mohd Noor, Hashim Subuh (dari Umno); Salahuddin Ayub, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Hanifa Maidin, Dr Mohd Hatta Ramli, (daripada Amanah), Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Takiyuddin Hassan, (daripada Pas).
Mohamaed Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail, Mustafa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar Md Akin, (daripada PKR), dan beberapa nama lain daripada badan-badan bukan politik NGO, seperti Azam Abdul Rahman bekas presiden Abim, Saari Sungip bekas presiden Jim. Mereka ini boleh berklobrosi dengan beberapa nama yang sudah menyerlah dalam bidang selain politik; korporat, budayawan, profesionali dan akademis.
Nama-nama-nama ini ada "gewan" tersendiri dan setengahnya sudah pun menunjukkan kemampuannya apabila pernah diberi peluang untuk menjadi timbalan menteri, menteri besar atau Exco atau wakil rakyat berbahas di parlimen, seperti Shabery Cheek, Zambery Abdul Kadir, Khalid Nordin, Husam Musa, Saifuddin Abdullah, Puad Zarkasi, Salahudin Ayub dan lain-lain.
Alangkah kalau nama-nama ini bergabung dalam sebuah gagasan besar untuk membangun nusa dan bangsa, saya percaya negara mempunyai gagasan yang besar dan cerah mencapai perjuangan tuntutan bangsa dan agama akan terlaksana.
Shabery Chek (Umno) |
Bagaimana pun sayang seribu kali sayang, mereka tidak dapat bersatu atau berada dalam satu wadah. Selepas keluar dari kampus atau "pensiun" daripada gerakan sosial, masing-masing mereka bergerak sendiri mengikut haluan yang membentuk mereka, dan mendukacitakan ada sesetengahnya semangat dan wajah perjuangan mereka mencair dan larut dengan sekulisme di tengan jalan. Kalau boleh saya sebutkan kebanyakan pimpinan Abim, Belia 4B atau Gerakan Mahasiswa hanya hebat dan terserlah semasa menjadi presiden, tetapi selepas berhenti segala-galanya mengecut dan longlai.
Mujahid (Amanah) |
Masa depan negara berhadapan dengan seribu kemungkinan dan berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran. Adalah wajar kalau mereka ini kemudian diikuti pula oleh adik-adik kepada mereka yang juga sudah mula menunjukkan bakat dan ada yang menjadi ahli parlimen, dapat membina satu idealisme politik baru untuk masa depan yang lebih mampan.
Pemimpin peringkat adik-adik kini yang kini menyerlah kebolehan dan bakat seperti Khairy Jamaluddin, Razali Ibrahim, Rezza Marican Naina Marican (Umno), Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar (PKR), Shamsudl Iskandar Md Akin dan lain-lain. Hanya dalam Pas diperingkat adik-adik ini masih belum menyerlahkan siapakah mereka yang boleh diketengahkan. Yang ada dalam Pas kini masih peringkat budak-budak Pasti yang masih belum meninggal lastik.
Zambery (Umno) |
Nurul Izzah (PKR) |
Cukuplah membuat pemilhan berdasaran sentimen, puak, ataupun kerana wang, tetapi bautlah berdasarkan kepada kepentingan yang saya sebutkan tadi serta berdasarkan kualiti dan merit pemimpin.
Mereka yang saya sempat sebutkan nama itu tidak perlu lagi kepada didikan kerana mereka sudah terdidik sejak awal lagi. Mereka sudah ada benih perjuangan bangsa dan agama sejak awal lagi. Mereka juga mengambil pakai kitab-kitab dan pemikiran ahli-ahli politik (Islam) yang sama sebagai "geragan" politik mereka.
Sepatutnya mereka mudah untuk disatu kerana mereka mempunya DNA yang sama ada, ada chemestry tertentu. Saya yakin kalau parti memberi peluang dan ruang kepada mereka, cita-cita yang menjadi keinginan saya itu kelak akan terbentuk.
Pemimpin yang ada sekarang ini sudah pun diberi masa dan mereka ternyata gagal untuk menyatukan pemikiran ummah. Mereka gagal mempersatukan politik nusa dan bangsa, bahkan cara mereka berpolitik menjadikan Melayu bangsa yang bergaduh sesama sendiri dan nilai politik kita juga sehari ke sehari semakin menawar. Mereka juga gagal membina idealisme dalam politik sebaliknya berjaya membina semangat materialisme.
Pemimpin yang ada sekarang baik dalam Umno, Pas dan PKR juga dalam Amanah ternyata sudah tua dan tidak relevan lagi. Pemikiran mereka juga sudah tepu, sukar untuk melihat atau mengapai pemikiran bentuk baharu dalam politik demi masa. Mereka terikut dengan tradisi dan budaya yang mereka terima sebelum ini. Politik mereka sudah menjauh dari garis massa.
Nama-nama seperti Najib Razak, Zahid Hamidi, Abdul Hadi Awang, Ahmad Yaakub dalam Pas atau Dr Wan Azizah Ismai, Anwar Ibrahim, Syed Husin Ali (PKR), hatta Mohamad Sabu (Amanah) sudah terkeluar dari orbit sebenarnya.
Mereka tidak ada keupayaan dan suara serta pendekatan politik mereka tidak dapat diterima oleh pengikut parti masing-masing khasnya dari golongan muda yang memerlukan satu pembaharuan politik. Mereka juga mungkin tidak ada kesedaran baru untuk mengajak bersatu dalam bentuk kesatuan fikir dan azam itu.
Sekali lagi diulang masa masih ada dan kita masih belum terlewat untuk membina gagasan ilusi saya menjadi kenyataan. Sebelum orang-orang yang saya sebutkan tadi bergajak masuk ke usia 60 tahun, angka dimana usia dianggap sebagai subsidi (mengikut ukuran usia Rasulullah) berikan peluang kepada mereka untuk membentuk bingkai kenegaraan dan kebangsaan untuk Malaysia di masa akan datang. Tidak perlu lama cukup lima hingga tujuh tahun sahaja. [wm.kl.9:00 01/10/15]
No comments:
Post a Comment