Rafizi Ramli, fokus kepada Melayu. |
Ternyata dalam dua pilihan raya lalu, (ke-12 dan ke-13) kegagalan Pakatan Harapan, (dulu Pakatan Rakyat) membentuk kerajaan kerana kekurangan sokongan Melayu antara 5% hingga 10%. Orang Melayu khasnya di luar bandar masih memberi sokongan padu kepada Umno. Bagaimana pun Melayu bandar dan pinggir bandar sudah mula berubah dengan mahu mencuba kerajaan baharu.
Misalnya Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13 lalu hanya mendapat sekitar 40% hingga 43% sahaja undi Melayu berbanding dengan Umno yang menjadi tulang belakang BN yang memperolehi lebih 50%. Angka ini cukup menginsafkan pembangkang (PH) bagi bertindak menyusun program meraih sokongan Melayu dimulakan.
Program ini adalah wajah baru dan merupakan iltizam PH itu sendiri dalam usaha mengubah "taman hias" politik negara. Ia juga menggambarkan bahawa PH -- pakatan kali ini lebih serius dan melakukan usaha menyeluruh berbanding dengan pakatan sebelum ini -- Pakatan Rakyat yang terabai dengan kepentingan atau keperluan sebegini.
Seperti mana diumumkan Setisauaha Agung PKR, Rafizi Ramli setakat ini tiga subjek yang menjadi tumpuan PH dalam mempedulikan Melayu dalam usaha menarik sokongan Melayu kepada pembangkang.
Pertama, merangka program untuk menangani isu kebangkitan sosio-ekonomi dan politik masyarakat tanpa mengabaikan kepentingan kaum lain.
Kedua, berusaha membuka peluang pekerjaan dan guna tenaga dasar insan, dan
Ketiga, sistem pendidikan menyeluruh adil dan mampu menjadikan Malaysia yang berbeza untuk melahirkan masyarakat berkualiti dan bertanggungjawab.
Ketiga-tiga program itu difokuskan dengan mensasarkan kepada orang Melayu tanpa mengabaikan kaum lain. Seperti mana kata Rafizi sudah sampai masanya untuk PH bercakap secara berterus terang dan memberi tumpuan kepada kepentingan Melayu yang selama ini diharap atau ditangani oleh Umno yang ternyata gagal, malahan menyebabkan Melayu seakan tidak ada hala tuju jelas.
Ketiga agenda atau program itu memberi penampilan atau wajah baru kepada PH, dalam gerakan untuk PH menjadi parti besar bagi mengganti BN. Agenda seumpama itu bertaraf kebangsaan dan menyeluruh menjelaskan bahawa PH bukan pakatan bersifat kekampungan dan memperjuangkan hak-hak peribadi pemimpin utama sahaja. Ia bakal menjadi kenyataan apabila kesemua pimpinan dalam PH sepadu, tegas dan berpegang kepada prinsip yang digariskan, tidak "klu klik macam ikan keli dalam besen."
Misalnya, rangka membuka peluang pekerjaan itu sepatutnya sudah lama dilakukan memandangkan ratusan ribu rakyat negara ini terutama lepasan IPT menjadi penggangur terhormat kandati pun selepas bertahun-tahun keluar universiti. Pengganguran itu tidak langsung memberi keuntungan kepada negara, bahkan negara terbeban dengannya. Kos sara hidup mereka yang patut ditanggung mereka sendiri tetapi ditanggung oleh kerajaan.
Kerajaan UBN hanya menjanjikan peluang perkerjaan setiap kali menjelang pilihan raya atau ketika Bajet hendak dibentangkan. Akan adalah pengumuman kononnya peluang pekerjaan disediakan dengan ribuan kekosongan. Tetapi semuanya berakhirnya dengan nol. Para garduan hanya menelan air liur sahaja tetapi peluang yang dijanji itu tidak ada pun. Setengahnya sengaja dipanggil menjalani temu duga, itu pun hanya untuk mengambil hati mereka sahaja dan memberi ruang untuk graduan berangan-angan. Kekosongan untuk 200 yang dipanggil untuk menjalani temu duga ratusan ribu?
Gejala dan kelemahan mengenai perkara ini mungkin tidak nampak dan disedari oleh pembangkang sebelum ini. Tetapi apabila PH meletakkan itu sebagai fokus dan iltizam baharu ia menjelaskan PH mengambil berat mengenai masalah itu. Inilah yang dimahui. Tenaga manusia yang begitu banyak perlu digerak dan dimobilisasikan untuk membawa manfaat kepada negara. Inilah yang dimaksudkan tenaga insan dipergunakan sepenuhnya.
Demikian juga dengan progam pendidikan. Dalam konteks ini reform perlu dilakukan bukan sahaja kepada sistem pendidikan, tetapi perubahan dalam peperiksaan juga. Apa yang penting ialah menjadikan pendidikan negara ini berkualiti. Mungkin format atau pun orentasi kini peperiksaan untuk lulus perlu dirombak sepenuhnya.
Walaupun hari ini kerajaan sudah mengadakan perubahan perlahan-lahan, seperti ujian PT3, namun ia tidak mencukupi, perubahan sistem melahirkan graduan yang kompetim perlu dibuat di peringkat universiti juga. Kita dapat menilai sendiri sejauh mana kemampuan graduan kita hari ini apabila mereka berhadapan dengan dunia realti, pekerjaan.
Mereka hanya lulus dalam peperiksaan tetapi lemah atau gagal untuk melaksanakan apa yang mereka pelajari. Ini juga disebabkan kerana sistem pendidikan yang diamalkan selama ini tidak menjamin lahirnya graduan yang benar-benar berkualiti. Kelemahan atau pendidikan yang tidak sampai ke matlamat itulah juga menyebabkan kedudukan universiti kita jauh berbanding dengan universiti luar.
Jadi, apabila PH telah meletakkan program untuk mewujudkan pendidikan berkulaiti ia hendaklah mencakupi keperluan itu dan menampong kelompongan yang telah lama berlaku itu. Pastikan wang yang diperuntukan beratus juta untuk pendidikan digunakan dengan sebaiknya dan berkesan. Tidak ada guna kita mempunyai prasarana pendidikan berkelas dunia kalau garduan kita berada di tahap tiga.
Satu hal yang menarik juga apabila disebut masyarakat bertanggun dalam kependidikan. Apa yang boleh difaham di sini ialah mereka bertanggungjawab kepada ilmu yang mereka perolehi bukan sahaja untuk diri mereka tetapi negara juga. Tanggungjawab ini mestilah mempunyai semangat untuk membangun negara bersama tanpa mengira kaum atau pun kepentingan ethnik. Ini sesuatu yang selama ini gagal dilakukan menerusi pendidikan yang sedia ada kini.
Malahan, sesetengah program atau penglibatan mahasiswa menerusi persatuan, badan-badan tertentu menjarakkan kedudukan mereka sebagai satu bangsa dan perkara ini seakan direstui sendiri oleh pihak berkuasa universiti. Tindakan atau pendekatan ini tidak baik kerana ianya bukan sahaja menyebabkan graduan kita tidak berkualiti dalam disiplin ilmu tetapi tidak mempunyai perasaan bertanggungjaswab dan akses kepada agenda pembangunan negara bangsa.
Seperti mana diumumkan oleh Sekretrait Setiausaha PH juga, langkah memfokuskan kepada Melayu itu ia adalah rangka besar, dan terperinciannya akan dibuat secara berperingkat. Kita tunggu agenda ini.
Di sini, saya mempunyai sedikit pandangan sebagai tambahan kepada apa yang dimaksudkan oleh PH itu, sekiranya mereka mahu memberi tumpuan kepada Melayu dengan harapan dapat menambahkan sokongan Melayu dalam pilihan raya.
Ada dua aspek yang tertinggal saya rasa, perkara ini penting dan sangat sinonim dengan orang Melayu iaitu aspek agama dan budayaan dan sastera. Adalah elok juga kalau PH merangka program keagamaan secara menyeluruh bagi kesedaran beragama secara progresif dan rasional. Dalam hal ini program yang boleh memberi kefahaman erti sebenar tentang agama itu wajar digerakkan memandangkan ada ajaran-ajaran atau tarbiyah yang diselitkan dalam ceramah oleh parti tertentu bersifat asobiyah dan membibitkan kebencian.
Sesaui dengan PH yang turut didokong oleh Amanah sebuah parti yang berteraskan Islam, mungkin peranan ini boleh dimainkan oleh para pemimpujnya yang berlatar belakang agama dan profesional. Kita nampak ada beberapa sosok agamawan dalam parti itu yang berkelayakan untuk menjadi "mursyid" dalam hal ini, dan gerak kerja mereka yang terbatas dalam Amanah itu diperluaskan menjadi agenda PH. Maksudnya agama hendaklah menjadi agenda PH juga.
Aspek kedua yang juga perlu dan penting untuk digerakkan PH atau dijadikan fokus ialah mengenai kebudayaan dan kesusteraan. Aspek kebudayaan dan sastera ini begitu sebati dengan orang Melayu. PH jangan mengabaikan kepentingan budaya dan sastera ini dalam membentuk pemikiran ummah. Mereka atau apsek ini juga perlu diberi penekanan khusus yang menyeluruh.
Terdapat ramai golongan sasterawan dan budayawan yang kecewa dengan dasar atau ketidakpedulian kerajaan UBN terhadap bidang ini. Mereka berdiam diri sahaja atau bergerak bersendirian secara berkumpulan. Peranan lebih besar seharusnya diberikan kepada mereka dengan memberi tugas untuk mereka menjanakan bangsa menerusi budaya dan sastera. Kalau PH menggunakan entitinya ia sudah tentu akan menjadi daya tarikah orang Melayu kepada PH.
Semoga sahaja rangka atau program untuk meraih sokongan Melayu terhadap PH akan ini berjaya. [wm.kl. 11:30 am 20/01/16]
No comments:
Post a Comment