MAKLUMAT
Seramai 20 dari 22 ketua cawangan Dun Salor telah mengadakan pertemuan malam tadi dan mengambil keputusan membantah pencerobohan berkenaan. Mereka dikatakan akan melaporkan kepada Pas Pusat meminta Pesuruhjaya Pas negeri mengambil tindakan ke atas apa yang berlaku.
Kejadian itu bolehlah disifatkan sebagai melancarkan "perang" terhadap Adun Salor, Husam Musa yang juga Yang diPertua Pas Kawasan Kubang Kerian. Apa yang berlaku itu, walaupun untuk menguatkan parti tetapi ia ternyata tidak mengikut prosuder dan hanya dilakukan oleh mereka yang pandir dalam berpersatuan.
Exco yang menghadiri majlis berkenaan juga jelas jenis yang buta mengenai peraturan dan jahil berhubung dengan berorganisasi. Kalau dia sedar majlis ceramah berkenaan tidak mengikut peraturan tetapi dia hadir juga, maka jelas kehadirannya sengaja mencetuskan sesuatu yang buruk. Sebelum ini pun Exco berkenaan pernah menyerang Adun Salor beberapa kali.
Khabarnya satu lagi majlis seumpama itu akan diadakan pada 1 Februari hadapan dalam Dun Salor melibatkan Exco yang sama, dan khabarnya Husam sebagai Yang diPetua akan turut sama hadir. Sudah tentu kalau majlis itu berlangsung tanpa pengetahuan majlis Tindakan Dun, ia bakal menimbul masalah. Tidak mustahil majlis 1 Februari nanti kecuh dan ia bakal memalukan Pas.
Semoleknya pihak Pas Kelantan memaantau majlis-majlis pencerobohan dan bersifat haram begini bagi meleraikan apa yang sedang nyala dan kini sudah redha. Pesuruhjaya Pas negeri juga wajar memanggil Exco berkenaan dan memberi taklimat tentang adat-adat berorganisasi. [wm.kl.1:42 pm 17/01/16]
No comments:
Post a Comment