Keselamatan kuasa dan masa depan orang Melayu bukan sahaja dibatasi oleh jumlah kerusi parlimen. Tetapi masih ada lagi kuasadan benteng yang menjamin kedudukan orang Melayu terpelihara. Benteng itu ialah Perlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Kedua-dua institusi itu adalah pagar kebal untuk orang Melayu yang kita bina dan bentuk sendiri.
Ibrahim Ali |
Lim Kit Siang |
Kemaraan DAP dalam usaha menguasai politik di negara ini seharusnya tidak dilawan dengan cara propagnda dangkal begitu. DAP tidak wajar diserang dengan perkauman, tuduhan liar dan fitnah buta ke atasnya. Tindakan dilakukan ke atas DAP kini saya lihat banyak merugikan dari menguntungkan dan ia tidak berpelembagaan dan gentlemen.
Justeru DAP tidak perlu dibenci, dan orang Melayu tidak perlu diajar memusuhi DAP seperti membenci anjing dan babi. Orang Melayu perlu dinasihati agar diajar agar menerima kewujudan DAP dalam kancah demokrasi seperti wujudnya kedua haiwanan itu di dunia ini, mereka juga adalah makhluk Allah. Anjing dan babi berhak untuk hidup selagi dunia ini memayungi mereka, sama dengan DAP sebagai sebuah parti yang halal berdaftar dengan ROS. (Mungkin analogi ini kasar, maaf).
Kalau pun ada kebimbangan dengan kemaraan DAP, sampai dapat menguasai negara ini, lawan dan cara menyerangnya bukan seperti dilakukan hari ini. Umno dan seluruh orang membenci DAP perlu membuat kajian dan analisa kenapa parti itu terus mendapat sokongan, dan kemuncak sokongannya kini ialah berjaya menawan Pulau Pinang pada tahun 2008. Sedarlah DAP tidak akan gagah kalau bersendirian, tanpa ada sokongan kaum, Melayu, India dan ethnik lain.
Sudut ini yang kena dikaji dan dilihat dengan penuh kewasan. Umno atau sesiapa membenci DAP harus berhujah dengan fakta dan logikal. Misalnya cari punca dan sebab kenapa DAP kini sudah diminati oleh orang Melayu. Sudah ada beberapa cendekiwan Melayu, anak muda Melayu, profesional Melayu dari berbagai disiplin ilmu menyertai parti itu. Kenapa? Apakah mereka dibayar atau apa? Fenomena itu harus disedari dan dikaji sebab musababnya.
Dalam pengamatan saya, sebab mudah, kenapa orang Melayu Islam sendiri tertarik dengan DAP, ialah pertamanya kerana mereka menyaksikan sendiri apa yang ada dalam lingkungan parti itu dan apakah yang diperjuangkannya. DAP memperjuangkan hak manusia sejagat, bukan melebih kepada sentimen partinya.
Mereka melihat DAP sebuah parti yang berdisiplin, yang mempunyai prinsip dan perjuangan membela rakyat yang menyeluruh. Walaupun perjuangan DAP tidak dapat lari dari perasaan keCinaan, seperti Umno dengan keMelayuan dan Pas dengan keAgamaan, tetapi DAP pandai meletakkan dirinya sebagai parti memperjuangkan hak semua orang. DAP berjaya mengeksploitasi kemahuan umum untuk kepentingannya, ini berbeza dengan parti lain memaksa umum menerima doktrinnya.
Mereka juga melihat kepada saksiah para pemimpinnya yang humble, merendah diri dan istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan. Pemimpin DAP juga tidak bersikap talam dua muka atau klu klik macam ikan keli dalam besen. Daya kebolehanpercayaan kepada pemimpin atau tokoh DAP berbanding dengan pemimpin Melayu dan tokoh lain jauh lebih tinggi.
Dua hari lepas saya membuat tinjauan di kalangan teman-teman Facebook saya, mengenai sejauh mana kebolehanpercayaan di antara Lim Kit Siang dengan Ibrahim Ali. Seramai lebih 70 orang mengundi memberi kepercayaan kepada Lim Kit Siang sementara seorang pun tidak mengundi menyatakan kepercayaan kepada Ibrahim Ali. Mungkin perbandingan dan sample ini tidak tepat, tetapi ia menunjukkan itulah gambaran dan hakikat yang berlaku kalau dibuat perbandingan antara tokoh DAP dengan tokoh Melayu.
Selain itu, kenapa orang tertarik dengan DAP ialah melihat kepada nilai-nilai diri dan kemantapan organisasinya. Organisasi DAP mantap dan pemimpinnya tidak berkompromi dengan sesiapa yang cuba merusakkan organisasinya. Inilah yang menarik minat mereka menyertai DAP.
Bertolak dari itu, penyertaan mereka adalah atas kesedaran, dan kebangunan fikiran mereka sendiri secara almiah yang mahukan kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang baik. Mereka menyertai DAP itu bukan tidak terpanggil dengan parti bangsa mereka seperti Pas, PKR dan Umno atau Amanah, tetapi kerana mereka membuat penilaian dan pengamat rapi bahawa DAP itu jauh lebih baik dan kompetan berbanding parti mereka, maka mereka berhijrah.
Selain itu kejayaan dan track record parti itu, di Pulau Pinang, apabila parti itu memerintah Pulau Mutiara itu memberi aset dan keyakinan kepada umum mengenai kemampuan dan integriti parti berkenaan. Pembangunan dan perubahan yang dibuat Lim Guan Eng menyakinkan mereka. Apa dinamakan ketelusan dan keprihatinan dalam memerintah Guan Eng jauh lebih baik dari MB atau KM dinegeri lain.
Nah, kalau Umno dan kumpulan rasisme yang membenci DAP kerana bimbang yang tidak berhujah dan berdalil itu, - DAP akan menguasai Malaysia, maka lawanlah DAP dengan cuba meletakkan harga diri integriti sama dengan parti berkenaan.
Satu perkara nilai sokongan dan undi yang diperolehi DAP sehingga berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang dan menambah kerusi parlimen dan Dun, juga berbeza dengan nilai sokongan diperolehi Umno. DAP mendapat undi yang dianggap bersih dan tidak dimanipulasi dengan apa-apa pemberian atau pun ada elemen ugut, ancam dan rasuah terbuka Sebab, mereka yang undi DAP adalah terdiri daripada pengundi yang celik maklumat. Mereka mengundi atas kesedaran bukan rasuah atau pun ugutan.
Ini berbeza dengan undi yang diperolehi Umno dari luar bandar dimana tahap atau kualiti pengundinya agak rendah. Mereka tidak mempunyai maklumat dan mudah larut dalam pemanipulasian berita, rasa takut kepada ugutan dan juga propaganda yang karut marut serta "terbudi" dengan rasuah. Ertinya di sini kualiti kuasa yang diperolehi DAP lebih tinggi daripada Umno dan BN.
Makanya, tindakan memburuk-burukkan DAP tanpa berasas, menggunakan isu perkauman dan sebagainya bukan jalan keluar yang tuntas untuk berhadapan dengan kemaraan DAP. Jalan terbaik ialah belajar berpolitik sepertinya. Apa lagi untuk masa 10 atau 20 tahun akan datang tahap pengundi di negara ini makin tinggi kerana mereka lebih terdedah kepada maklumat, ia makin mendesak Umno atau parti yang tidak berubah akan kehilangan sokongan. Kempen konsevertif al-ala amukan untuk menafikan DAP tidak relevan lagi. [wm.kl.4:03 pm 15/01/16]
No comments:
Post a Comment