Friday, April 27, 2018

PH menghidangkan calon bergizi berbanding Pas dan BN

ULASAN 

PAKATAN Harapan (PH) menjadi parti terakhir mengumumkan calon-calon mereka. Majlis pengumuman berlangsung di bilik gerakan PH Kadok dalam suasana gerimis malam yang dingin.

Katanya hujan turun sejak sebelum Maghrib lagi yang kadang kala bertukar menjadi hujan mencipta suasana dingin dan tenang. Seakan sudah ditetapkan sebaik selesai sessi sidang akhbar oleh Husam Musa, hujan redha ini memberi bayangan majlis itu direstui.

Mengutip kata-kata Pengerusi PH Kelantan Husam Musa yang berucap mengalu-alu para calon serta memberi sinopsis latar belakang iktisad calon, ternyata calon-calon PH mempunyai komposisi di kalangan mereka yang berketrampilan berbagai-bagai bidang. Sekaligus menggambarkan PH kaya dengan tokoh dan profesional yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat.
Kerana kehebatan itu, Husam mengibaratkan calon dipersembahkan PH umpama sebuah hidangan yang bervariasi dan bergizi, ada percik, daging kurma, kambing panggang dan juga acar pembuka selera. Kombinasi itu sudah tentu ianya dihasilkan oleh seorang chef yang pakar dan memahami citarasa rakyat Kelantan.

Daripada 59 orang calon Dun dan Parlimen dibariskan oleh PH, terdiri daripada enam orang berlatar belakang atau mempunyai iktisad sebagai doktor perubatan. Mereka ialah Dr Wan Shahjihan Wan Din (parlimen Rantau Panjang), Dr Amiruddin Yaakob (Dun Air Lanas), Dr Abdul Halim Yusuff (parlimen Kubang Kerian), Dr Hafizah Mustakim (Dun Tanjung Mas), Dr Wan Mohd Zulkhairi Wan Mat Zain (Dun Tendong), Dr Mohd Hanafi Ismail (Dun Kok Lanas), dan Dr Mohd Hafiz Rizal Amran (Dun Kuala Balah).

Mengapa PH menurunkan profesional doktor agak ramai, jenaka Husam, kerana Malaysia kini termasuk juga Kelantan dalam keadaan sakit, sakit ekonomi dan kewangan. Justeru itu maka Kelantan memerlukan ramai doktor untuk mengubatinya.

Selain dari calon berlatar belakang iktisad perubatan, PH juga menampilkan tiga orang peguam terkenal termasuk seorangnya menjadi ahli panel syariah Kelantan, sdr Hisham Fauzi (Dun Bukit Panau), dua lagi Mohd Ridzuan Mohamad (Dun Gual Perioik) dan Wan Ahamad Fadzil Wan Omar (Dun Dabong).

Kehebatan dan kualiti tokoh PH dari segi pendidikan juga ditokok oleh lima orang pemegang Doktor Phd, mereka ialah Dr Muhammad Fauzi Zakaria (parlimen Tanah Merah), Dr Wan Ahmad Kamil (Dun Demit), Dr Radzi Jidain (parlimen Ketereh) dan Dr Ir Mohamad Yazid Abdullah (parlimen Kuala Krai).

Disamping calon berlatar belakangkan profesional, PH turut membariskan beberapa orang pegawai kerajaan berpengalaman yang sanggup meletakkan jawatan semata-mata untuk berkhdimat kepada rakyat Kelantan secara meluas dan berkesan lagi.

Mereka ialah Sanusi Othman pegawai Operasi PMBK dan Zarir Yaakob pegawai Majlis Daerah Pasir Puteh. Kedua-duanya meletak jawatan demi rakyat. Seorang lagi pegawai tinggi kerajaan yang mengambil keputusan sama Azran Deraman yang meletak jawatan untuk menentang Mustapa Mohamed di parlimen Jeli. Azran juga bekas pemngarah MITI Kelantan.

Kelainan dan keprihatian PH juga terserlah apabila ia tidak melupakan peranan aktivis sosial yang diambil menjadi calon. Tiga orang aktivis memperjuangkan tuntutan royalti petroleum diambil dan ditawarkan kepada rakyat Kelantan untuk menjadi jurubicara rakyat di DUN Kelantan. Mereka ialah Syamsuddin Ghazali (Dun Apam Putera), Hazmi Hassan (Dun Panchor) dan Asran Alis (Dun Bukit Bunga).

Kehadiran ketiga aktivis ini ternyata mendapat perkenan kira-kira 200 yang hadir apabila nama mereka disebut terdengar sorakan dan tepukan bergemuruh.
.
Perkara lain yang boleh disentuh berhubung pengumuman calon PH malam tadi, komponen ini juga turut sama mengitar semula veteran politik untuk menjadi calon. Namun jumlahnya tidak segugus apa dipersembahkan oleh Pas dan BN.

Tiga orang bekas wakil rakyat kebetulan menjadi pemimpin utama parti komponen PH, Abdul Aziz Kadir bekas ahli parlimen Ketereh dipilih bertanding di Dun Melor, Kamaruddin Md Noor yang juga bekas Adun Semerak (parlimen Pasir Puteh), manakala Nordin Salleh bekas Adun Sungai Pinang (parlimen Tumpat).

Seorang lagi bekas calon dan merupakan timbalan pengerusi PBBM Kelantan Sazmi Miah yang juga bekas ahli parlimen Machang, diletak bertanding di Machang.

Sementara dua wakil rakyat PH, Husam Musa dan Roslan Puteh turut terpilih untuk ikut sama bertanding. Husam diberi tanggungjawab besar untuk memastikan parlimen Kota Bharu dan Dun Salor milik PH, manakala Roslan di Guchil.

Setelah selesai mendengar pengumuman calon PH malam tadi, apa yang sedikit mengejutkan tetapi ia sesuatu yang mahal harganya ialah apabila PH Kelantan tidak mengitar semula dua pemimpin tertinggi PH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Muhammad Hussein. Kedua mereka tidak disenaraikans sebagai calon atas kehendak mereka dan jiwa besar bagi memberi laluan kepada calon-calon baru khasnya di kalangan anak mudah yang masih fresh.

Sikap ditunjukkan Wan Abdul Rahim dan Muhammad Hussein adalah contoh pemimpin yang tidak tamak dan gila kepada kedudukan menyerlahkan akan ketulusan mereka untuk melihat perubahan di Kelantan.

Cuma sedikit kontas apa yang berlaku di majlis semalam, calon-calon hebat tetapi persiapan atau treknikal untuk mengumumkan calon masih boleh dipertikaikan. Misalnya calon-calon tampil dengan berbagai rupa dan wajah, tidak seragam dan lengkap. Paling “hamlau” ada yang bertopi, berkain pelikat dan kasual selamba persis driver kereta sewea.

Hanya Husam yang segak malam semalam siap baju Melayu bersongkok warna butir star (unggu). [kb.kel.10L40 am 27/04/18].

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Husam menunggu ke saat terakhir selepas mengenalpasti calon² BN dan PAS supaya setanding dan lebih baik.

Jika menang, Kelantan dapat membariskan kabinet negeri yang mantap untuk rakyat dan mempunyai beberapa calon wibawa untuk kabinet pusat.

Rakyat Kelantan adalah penentu samada PAS masih relevan di masa akan datang.

Che li said...

Semoga PH berjaya...aminn

tokperaih said...

smoga dun wkf baru dan panchor pas bungkus.

Unknown said...

Analisis merdeka centre pas hanya mendapat 35% undi dikelantan dan lebih mengejutkan ph hanya mendapat 10% undi manakala bn akan merampas kelantan dgn 55%...berpijak atau tidak analisis ini tunggu 9hb...dan siapa yg menjadi tongkat kepada bn juga boleh diulas pd 9hb kerana logiknya pihak yg mendapat sedikit undi dialah yg memecah undi dan menjadi tongkat bn...wasalam