SPR telah membuat syarat tambahan mengenai bahan kempen pilihan raya umum kali ini di mana menghadkan kepada gambar presiden parti, timbalan dan mereka setaraf dengannya sahaja boleh diguna pakai sebagai bahan kempen.
Gambar selain daripada itu diharamkan.
Syarat tambahan ini bukan sahaja pelik tetapi ia suatu syarat gila bercanggah dengan naluri demokrasi dan juga hak bersuara dibenarkan perlembagaan. Jika diselami ia dibuat bukan untuk menambah baikkan demokrasi dan juga SPR tetapi mengotorkan demokrasi.
Ia dibuat dengan motif yang jelas untuk menghalang gambar Dr Mahathir diguna sebagai modal kempen PH. Sekali lagi syarat tambahan itu menunjukkan SPR memainkan peranan pentingnya untuk membantu BN yang kini semakin terdesak.
Tidak sia-sia Najib Razak menunjukkan bekas pegawainya semasa di kementerian belia dan sukan dahulu Hashim Abdullah sebagai pengerusi SPR kerana Hashim tergamak melakukan apa yang tidak pernah dilakukan bekas-bekas pengerusi SPR sebelum ini demi membantu mempertahankan kuasa Najib.

Seperti mana kata Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail, syarat gila diperkenakan Hashim itu adalah pertama kali dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
Dengan adanya syarat tambahan gila itu bermakna gambar Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi PH, sebuah gabungan tidak rasmi kerana tidak diluluskan pendaftaran oleh RoS tidak boleh digunakan.
Kurang jelas kepada kita sekiranya gambar Dr Mahathir ada digunakan untuk bahan kempen, apakah tindakan selanjut oleh SPR?
Kurang jelas kepada kita sekiranya gambar Dr Mahathir ada digunakan untuk bahan kempen, apakah tindakan selanjut oleh SPR?
Apakah pihak menggunakan gambar Dr Mahathir itu boleh diambil tindakan sampai dipenjara atau pun penyertaan mereka menggunakannya dalam pilihan raya penyertaaanya boleh diharamkan. Tidak mustahil demi mempertahankan Najib SPR sedia melakukannya.
Mengenang tindakan SPR yang menghalang gambar Dr Mahathir daripada digunakan, ia sia-sia sahaja. Gambar Dr Mahathir tidak perlu disekat dan ditahan lagi kerana gambarnya kini sudah bertebaran di mana-mana sahaja. Bahkan secara psikolgis apabila orang melihat gambar Najib, orang akan terbayang gambar Dr Mahathir.
Dalam era IT kini, gambar Dr Mahthir akan ditemui dimana-mana sahaja. Kita bukan sahaja apa-apa aplikasi media dalam telefon gambar Dr Mahathir akan tersembur keluar. Jadi tindakan SPR itu bukan sahaja tidak berjaya tetapi dalam masa sama menunjukkan dangkalnya peraturan tambahan diperkenakan itu. [sitiawan.prk.7:17 pm 25/04/17]

5 comments:
Rasa pimpinan PH sudah membuat percaturan itu. gambar tun m dan anuar di haram...kesannya PH akan menekan 26hb kes bicara umno haram.. kalau kes umno haram.. BN nak pakai gambar sape...takkan nak guna presiden mca atau mic..
Memang PH nanti, campak saja dalam Sg Buloh.
Rakyat semakin mencelakakan & membangsatkan SPR
'... Hashim tergamak melakukan apa yang tidak pernah dilakukan bekas-bekas pengerusi SPR sebelum ini demi membantu mempertahankan kuasa Najib.'
Untuk makluman En MSO, zaman 'tergamak' 'tak tergamak' telah lama berlalu dikalangan tonggak2
kerakusan masakini.
Hahaha..satu tindakan yang sungguh berani...satu tindakan jangka pendek yang bagus...dan membuka lagi minda rakyat..akan ketidak ketelusan...pemimpin sekarang..buatlah perkara yang bukan bukan...
Post a Comment