Tuesday, April 10, 2018

SPR terus kena godam

KOMEN MALAM

BELUM habis dikritik hebat oleh pihak pembangkang kerana melakukan pindaan sempadan kawasan pilihan raya secara Gerrymendering, SPR khusus pengerusi SPR Hashim Abdullah (foto) kini digodam pula kerana menetapkan hari pengundian pilihan raya umum ke 14 pada hari berkerja, 9 Mei 2018.

Pemilihan tarikh itu ditafsirkan sebagai SPR sengaja mahu mengurangkan peratus pengudian yang mana ia seolah-olah sengaja mahu mengenepikan pembangkang yang sudah membuat jangkaan awal-awal sekiranya peratus keluar mengundi rendah ia memberi peluang besar kepada UBN untuk menang pilihan raya.


Pihak pembangkang mengadaikan sekiranya peratus keluar mengundi dibawah 75% menyebabkan peluang mereka untuk menang tipis. Keyakinan itu berdasarkan kepada keputusan-keputusan sebelum ini dimana jika peratus keluar mengundi rendah ia akan memberi kemenangan lumayan kepada parti memerintah.

Dalam perkiraan pembangkang hari pengudian jatuh pada hari biasa, menyebabkan pengundi berada di luar tidak akan pulang kerana kesuntukan masa. Berbeza sekiranya hari mengundi jatuh kepada hari cuti umum atau hujung minggu ia memberi ruang kepada pengudian untuk keluar mengundi.

Misalnya dakwa pembangkang terdapat 500,000 pengundi yang berada di Singapura kerana mereka bekerja di republik itu. Sudah tentu bagi mereka sukar untuk pulang mengundi kerana kesuntukan masa bekerja apabila hari mengundi dijatuh pada hari bekerja.

Hashim tengah hari telah membuat pengumuman SPR telah menetapkan hari mengundi pada Rabu 9 Mei, manakala hari penamaan calon Sabtu 28 Mei. Tempoh berkempen selama 11 hari.

Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam pilihan 2018 sebanyak 14,940,624. Peruntukan untuk pilihan raya kali ini pula sebanyak RM500 juta.

Ekoran timbul rasa tidak puas hati dengan cara SPR membuat pemilihan tarikh itu menyebabkan ada berpendapat SPR bersikap berat sebelah dan menyokong parti memerintah.

Justeru sesuai dengan janji pembaharuan yang hendak dibawa oleh pembangkang (Pakatan Rakyat) sekiranya memerintah nanti, pelantikan badan-badan tertentu akan dibuat di parlimen, elok juga kalau pelantikan Pengerusi SPR diputuskan oleh Jawatankuasa parlimen bukan menjadi kuasa prerogatif PM.

Pakatan Harapan dalam manifestonya menjanjikan akan menyerahkan kepada parlimen atau Jawatankuasa parlimen untuk membuat petimbangan pelantikan jawatan-jawatan badan terpenting negara seperti Peguam Negara, Ketua Polis dan sebagainya. Perkara itu juga akan dibenarkan dibincang dalam parlimen.

Dengan perubahan sahaja itu boleh mengelak penjawat jawatan badan-badan eksekutif negara itu yang ditunjuki oleh PM akan ada kecenderungan untuk bias kepada perdana menteri sehingga mengenepikan keadilan dan ketelusan dalam pelantikannya. [wm.kl.8:48 pm 10/04/18]

2 comments:

Hj Aduka said...

Dan jangan lupa REHATKAN Pengerusi SPR dan KP ROS sekarang....

choi said...

Gantung mereka hingga siasatan selesai sebagai pengajaran kepada yg mencabul integriti agensi tertinggi yg sepatutnya dihormati rakyat