Thursday, April 5, 2018

Niat RoS bubar PPBM baik, tetapi silap?

REAKSI 

Dengan mudah kita boleh mengatakan tindakan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah atas restu pemipin parti memerintah (UBN). Walaupun pegawai di RoS memahami bidang kuasanya dan boleh melaksanakan undang-undnag itu dalam kes PPBM ini dia boleh menangguhnya atas semengata budibicara.

Tetapi kerana RoS juga bertindak seperti SPR yang melaksanakan persempadanan baharu kawasan pilihan raya dengan menggunakan kriteria yang tidak masuk akal, maka RoS juga menjalankan perkara yang sama. Kedua-dua agensi itu dilihat mahu membantu parti memerintah menang dalam pilihan raya.


Atas tindakan itu umum melihat ia cuba menganggu PPBM untuk menyertai pilihan raya dengan harapan ia mengekang Dr Mahathir Mohamad serta mengucar kacirkan parti PPBM. Tindakan RoS itu menyusahkan PPBM dalam hubungannya dengan Pakatan Harapan. PH tidak sempurna lagi dengan perintah itu. Itulah yang mahu dilihat walaupun tindakan ke atas PPBM itu tidak pun memberi kesan kepada PH.

Selanjutnya tujuan itu bermotif politik bukan sangat kerana melaksanakan mengikut kehendak dan peraturan RoS.

Persoalannya kini apakah hasrat itu berjaya. Apakah Dr Mahathir khasnya terganggu dengan pengharaman itu? Kalau orang yang memperkudakan RoS berfikir secara tenang tindakan itu tidak pun memberi apa-apa kesan kerana PPBM dan tiga parti yang lain sudah sepakat untuk bertanding atas satu lambang menggunakan lambang salah satu daripada parti mereka.

Persepakatan mereka itu tidak menjejas apa-apa kerana maufakat itu tidak terikat dengan RoS. Mereka bebas bertanding atas lambang parti mana. Misalnya mereka telah bersetuju akan menggunakan lambang Keadilan. Maka semua calon PH akan menjadi calon PKR.

RoS melakukan kesilapan dalam menyusah atau pun menganggui Dr Mahathir dan partinya ini. Sepatutnya RoS meluluskan dahulu PH dengan simbol yang dipohon yang didalamnya ada PBBM. Selepas pernamaan calon berlangsung dan semua calon PH bertanding atas satu lambang diluluskan itu baharulah RoS patut mengistyharakan PBBM parti haram. Dengan itu juga sombol PH yang sedang diguna pakai itu haram dan semua calon PH perlu dibatalkan kerana lambang mereka haram.

Dengan cara begitulah baru RoS dapat membantu BN dan Najib Razak kerana apabila calon-calon PH dibatalkan menyebabkan yang bertarung dalam pilihan raya nanti hanya BN sahaja yang ketika itu boleh bermaufakat tanpa gangguan dengan Pas.

Mungkin teori ini tidak terfikir oleh RoS dan juga orang yang memperkudakan RoS.  Benarlah kata sebaris ayat Tuhan; bahawa manusia merancang, Tuhan juga merancang dan perancangan Tuhan tentulah yang terbaik. [kb.kel.7:47 pm 05/04/18]

9 comments:

Kluangman said...

Setuju juga dengan pendapat tuan.

Jika pun cadangan kedua dilaksanakan, ia kembali kepada sekarang, PH bubar, balik pada parti masing² mereka boleh guna satu logo parti.

Dalamn keadaan sekarang, selagi ada kesepakatan empat (dah tinggal 3) parti, pasti ada resolusinya, kadangkala apa yang berlaku, ada rahmat yang lebih baik seperti kita imani, perancangan Allah lebih baik dan sempurna.

Sepatutnya ROS dan SPR membuat satu lagi pindaan sebelum pru, hanya mereka yang menjadi ahli mana² parti melebihi setahun boleh bertanding pilihanraya dan menggunakan logo parti tersebut.

Jika kurang, hanya boleh bertanding atas tiket bebas dengan pelbagai logo.
Masa mungk8n masih ada untuk membuat pindaan tersebut.

Tetapi itu juga tidak mampu menjamin kemenangan selesa kepada umno, malah ditakuti yang atas pagar gugur menyokong pembangkang.

Bagaimana kalau pembubaran BERSATU memang ditunggu oleh Tun sebagai senjata? Menggunakan logo PKR membawa kesan yang baik dan kurangnya undi rosak.

Apapun, dipercayai strategi terakhir sebelum hari mengundi akan menentukan realiti politik sebenar.

Unknown said...

Kalau niatnya tak baik, keputusan juga akan jadi begitu. Org yg mengikut perentah membabi buta akan dapat merasa kesannya nanti.

COCLオスマン said...

Tuhan tidak merancang, tuhan menentukan apa yg manusia rancang samada berjaya atau tidak

megat panjialam said...

Lihat kembali bagaimana pengharaman UMNO pada 1988.

PPBM memang diketahui tidak mengadakan mesyuarat Cawangan dan Bahagian..mereka hanya adakan AGM shja.

Walaupun keperluan minimum menurut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan adalah 7 hari bagi PPBM memberikan maklum balas, namun ROS memberikan tempoh masa lebih panjang iaitu 30 hari kepada PPBM memberikan maklum balas dengan menyertakan maklumat dan dokumen diminta.

Jika cawangan dah tidak wujud bagaimana nak adakan mesyuarat cawangan dan bahagian, dan minit mesyuarat serta nama2 AJK apa yang nak dikemukakan. ROS bertindak mengikut perlembagaan parti itu sendiri berlandaskan peruntukan undang² akta pertubuhan yg sedia ada. Jika nak ikut cakap2 politik bagi selamatkan parti, jika ia dibawa ke mahkamah adakah ianya menurut peruntukan Perlembagaan parti yg selaras dengan Akta Pendaftaran Pertubuhan 1960

Unknown said...

"Stop the thief" itu lah kata "The Economist" March 10, 2018. Betullah. Curi duit rakyaat, curi bini,curi duit, curi kuasa. Apa yg wajib di buat dengan manusia yg di lahir tanpa maruah.

Unknown said...

Hidup didunia dengan mencuri.Tunggulah balasan akhirat.

Zainal Yusof said...

Tindakan pihak DESPRADO . Ni ibarat perlawanan gusti yg secara tiba2 naik atas ring ahli lain yg memukul dan membelasah saingan kawannya apabila dia melihat kawannya berpotensi akan kalah.
Cakap besar tepi penakut.

albi said...

Saya bersetuju yang PH menggunakan logo PKR sebenarnya lebeh menguntungkan dari menggunakan logo Harapan. Orang lebeh mengenalinya kerana sudah lama bertapak. Orang yang masih enggan menerima TDM tentunya akan memberi sokongan keran beliau pun pakai logo PKR.

Tindak tanduk umno bn ni kalau dilihat dari segi strategi politik, ia sebenarnya amat dangkal sekali. Jauh daripada ibarat mencurah air kedalam api, ia sebenarnya lebeh seperti mencurah minyak petrol kedalam api.

Dalam peperangan kadangkala sesebelah pihak sengaja mengadakan apa yang dikatakan false flag. Adakalanya orang sendiri sengaja dikorbankan untuk membakar semangat perjuangan. Saya melihat kebanyakan tindakan2 umno bn ni semuanya memberi suntikan semangat percuma kepada PH. Tun dan PH sudah tentu akan mengeksploitasi semua ini dengan secukupnya. Ia bolih digunakan untuk menaikkaan semangat perjuangan orang2 sendiri. Ia juga bolih digunakan untuk meraih undi simpati dan undi kemarahan rakyat jelata.

Sebaliknya orang2 umno bn akan tertanya2 apakah mereka sendiri masih kuat? Kenapa sampai macam ni punya desperate? Ia sebenarnya bolih melemahkan semangat mereka.

Mohd Mazani said...

Penubuhan parti politik bermula dr atas ke bawah... ppbm ditubuhkan diperingkat persekutuan dahulu...dah ada induk br bolih tubuh bahagian dan cawangan... ppbm peringkat bahagian dan cawangan baru diperingkat pro team atau jawstan kuasa penaja...jawatan kuasa penaja ni bolih beroperasi dlm tempuh 1 tahun penubuhan sblum mengadakan agm pertama utk mengesahksn atau melantik ajk...kalau ppbm induk pun baru selesai buat agm pertama dan mengesahkan ajk nyer ... mana mungkin bhgian dan cawangan bolih ada... yg cawangsn or bhgian pun bertaraf penaja..xkan dlm rekod ROS ppbm dah pendaftaran cawangan dan bhgian....dr situ kita bolih nampak ada somthing yg xkena...