Saturday, April 28, 2018

Nik Omar bertanding di kerusi ayahnya, di Dun Chempaka.

LINTAS LANGSUNG

PUTERA sulung Allahyarham Nik Abdul Aziz, Nik Omar, 54 (foto) yang menjadi kontroversi kerana pembabitnya dalam politik hari ini terus menimbulkan persoalan apabila beliau muncul di pusat penamaan calon di Pengkalan Chepa untuk menyerah borang pencalonan.

Kemunculan Nik Omar, jam 8:45 pagi mengejutkan khalayak politik kerana beliau sebelum ini dikhabarkan mungkin membatalkan niatnya untuk bertanding kerana masalah keluarga.

Ada desas desus mengatakan hasratnya itu dihalang oleh ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishaq kerana bimbang berlaku pertempuran dengan adiknya Nik Muhammad Abduh yang dibayangkan akan diletakkan Pas di Dun  Chempaka.


Kerana keadaan itu tidak menentu, Nik Omar dikatakan membatalkan niatnya atas maslahat keluarga, untuk tidak menyentuh hati ibunya.

Dan saya ketika berjumpa dengan Nik Abduh tiga minggu lepas semasa kenduri kahwin anak bapa mertuanya, Abdul Fatah Haron. membisikkan kepadanya agar elakkan pertembungan dua beradik. “Insya-Allah tidak akan berlaku,” demikian kata Nik Abduh memberi jaminan.

Pagi ini apabila Nik Omar muncul di pusat penamaan calon dengan diiringi puluhan penyokong PH, mengesahkan yang putera sulung Tokguruku itu siap memperhambakan diri untuk berkhidmat kepada rakyat dan sebagai penerus legasi ayahnya bersama adiknya, Nik Abduh cuma dari wadah berbeza.

Sementara itu adiknya, Nik Muhammad Abduh dipercayai menyerahkan borang untuk bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa. Insya-Allah ulasan lanjut selepas ini. [p.chepa.9:15 am 28/04/18]
Post a Comment