PUTERA sulung Allahyarham Nik Abdul Aziz, Nik Omar, 54 (foto) yang menjadi kontroversi kerana pembabitnya dalam politik hari ini terus menimbulkan persoalan apabila beliau muncul di pusat penamaan calon di Pengkalan Chepa untuk menyerah borang pencalonan.
Kemunculan Nik Omar, jam 8:45 pagi mengejutkan khalayak politik kerana beliau sebelum ini dikhabarkan mungkin membatalkan niatnya untuk bertanding kerana masalah keluarga.
Ada desas desus mengatakan hasratnya itu dihalang oleh ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishaq kerana bimbang berlaku pertempuran dengan adiknya Nik Muhammad Abduh yang dibayangkan akan diletakkan Pas di Dun Chempaka.
Kerana keadaan itu tidak menentu, Nik Omar dikatakan membatalkan niatnya atas maslahat keluarga, untuk tidak menyentuh hati ibunya.
Dan saya ketika berjumpa dengan Nik Abduh tiga minggu lepas semasa kenduri kahwin anak bapa mertuanya, Abdul Fatah Haron. membisikkan kepadanya agar elakkan pertembungan dua beradik. “Insya-Allah tidak akan berlaku,” demikian kata Nik Abduh memberi jaminan.
Pagi ini apabila Nik Omar muncul di pusat penamaan calon dengan diiringi puluhan penyokong PH, mengesahkan yang putera sulung Tokguruku itu siap memperhambakan diri untuk berkhidmat kepada rakyat dan sebagai penerus legasi ayahnya bersama adiknya, Nik Abduh cuma dari wadah berbeza.
Sementara itu adiknya, Nik Muhammad Abduh dipercayai menyerahkan borang untuk bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa. Insya-Allah ulasan lanjut selepas ini. [p.chepa.9:15 am 28/04/18]
4 comments:
Tahniah.semoga berjaya.hidup ph
Biasa la kalau adik beradik berbalah kerana tak sefahaman.. Mcm cakap sarimah dlm 3 Abdul. Bukan Abduh ye. Dlm setandan pisang, tak semuanya busuk... Masing2 dgn pendirian sendiri, pada Ibu nya. Harap menerima pendirian politik masing2.. Insyaalah Mungkin Ada rahmat kita tak Tau. . Bagi keluarga Yg ambil berat hal agama seperti mereka. Tu Bukan masaalah sebenarnya...
assalam...antara kuasa Allah dgn kuasa kepartian...
Allahumma Shalli Alaa Saidina Muhammad
Sallaullahu Alaihi Wassalam
Post a Comment