Thursday, April 26, 2018

Pas kemukakan senarai calon kitar semula

ULASAN PAGI

Mengibar bendera selepas calon diumumkan.
MALAM tadi Pas Kelantan telah mengumumkan 59 calon-calonnnya yang akan diturunkan dalam Piraum 9 Mei nanti. Ia diumumkan sendiri oleh presidenya Abdul Hadi Awang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu.

Pengumuman pencalonan oleh presiden ini pertama kali berlaku di Kelantan.


Sebelum ini ia cukup dilakukan oleh Pesuruhjaya Pas negeri sahaja bagi menarik perhatian umum. Kenapa, sampai presiden mengumumkannya, mungkin kerana inginkan aura atau mengambil berkat dan rahmat kerana Hadi adalah ulama agung.

Itulah apa dirasa dan diterima oleh sebahagian ahli Pas di kampung-kampung atau mereka yang kepalanya terkepung oleh debu-debu doktrininasi.

Meneliti kepada calon-calon dikemukakan Pas tidak banyak perubahan yang menarik serta boleh menarik perhatian umum. Tidak ada anjakan besar dalam senarai calon-calon Pas, dan Pas Kelantan seolah-olah hilang akal untuk membariskan calon-calonnya kali ini. Nama-nama disenaraikan malam tadi adalah nama-nama dikitar semula atau pun diberikan sedikit kosmetik buatan Cina.

Muka-muka lama dan usang masih lagi dikekakkan manakala sebahagian calon-calon lama yang sudah berkali-kali kalah, tertitik dengan noda masih terus digadaikan untuk memenangi kerusi kali ini. Inilah dikatakan Pas Kelantan tidak ada arah. Umpama dalam peperangan untuk mempertahankan kubu Pas meletakkan askar yang cedera dan sakit.

Keadaan ini menunjukkan Pas Kelantan ketandusan calon, perpecahan yang berlaku dalam parti itu meninggalkan kesan besar buatnya. Mereka yang berkualiti dan profesional tidak melatari senarai calon Pas kali ini. Jika dibandingkan dengan kemampuan Pas mentadbir Kelantan selama 28 tahun, tidak sewajarnya barisan calon seperti itu dikemukakan. Sepatutnya Pas memiliki lebih ramai calon-calon berwibawa dan mempunyai ilmu yang luas serta pengalaman dalam menguruskan iktisad. Apa lagi Pas didakwakan mempunyai keahlian yang bertambah.

Muka-muka lama yang dikekalkan seperti Nasaruddin Daud, Md Anizam Abdul Rahman, Hanifa Ahmad, Abd Fatah Mahmod, Annuar Tan Abdullah, (semuanya Exco) Mohamad Awang, Abd Aziz Kadir, Zulkifli Mamat, Siti Zailah Yusuff sepatutnya mereka dirihatkan seperti Zaki Ibrahim (Kelaboran) kerana mereka sudah berlapuk dikerusi Dun Kelantan.

Tetapi ternyata mereka masih dikekalkan walaupun prestasi dan sumbangan mereka sebagai wakil rakyat dan Exco tidak memberangsangkan. Kehadiran mereka dalam DUN atau parlimen hanya sekadar memanaskan punggung dan menanda tangani untuk dapat elaun persidangan sahaja. Tidak ada apa-apa idea dan wawasan yang mereka lalukan untuk rakyat dan negeri.

Paling mendukacitakan apabila calon-calon buruk dan mereput dibawa sekali lagi ke dalam pilihan raya ini sebagai taruhan. Mereka diambil bukan berdasarkan kelayakan tetapi kerana mereka semata-mata kerana masih menjadi Yang diPertua Pas kawasan. Mereka seperti Apandi Mohamad (Kuala Balah), Wan Ismail Wan Jusoh (parlimen Ketereh). Dua calon ini adalah calon kitar semula dari bahan yang tidak terpakai sudah lama expired.

Calon-calon lain yang dikitar semula, Zulkifli Mamat dari Dun Pulai Chondong ke kerusi parlimen Machang, Abdul Latif Abdul Rahman dari Dun Mengkebang ke parlimen Kuala Krai. Pengkitaran semula Latif kini kerana ada masalah dan kecurigaan terhadapnya. Sebenarnya tidak ada sebab bagi Pas memindahkan Latif melainkan Pas sedia untuk menerima kekalahan di Mengkebang dan parlimen Kuala Krai.

Menjadi tradisi Pas membawa calon luar untuk kerusi parlimen. Dua calon luar yang dibawa kali ini Tuan Ibrahim Tuan Man (parlimen Kubang Kerian) dan Nik Zawawi Nik Salleh (Pasir Puteh). Mereka dibawa ke Kelantan kononnya kerana mempunyai hubungan dengan arwah Tokguru Nik Aziz?

Bercakap mengenai calon parlimen ini, sedikit keganjilan apa yang berlaku ke atas Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Beliau meninggalkan Pasir Mas dan dibawa ke Bachok, manakala Marzuk Shaary dari Bachok ke Pengkalan Chepa.

Budak-budak Pasti Pas pun mungkin tidak faham kenapa ini berlaku. Sepatutnya Nik Abduh dibawa ke Pengkalan Chepa bukannya ke Bachok. Apa signifikannya Marzuk ke Pengkalan Chepa? Sekali lagi pertukaran tidak masuk akal ini menunjukkan Pas di Pengkalan Chepa berkrisis. Dan tentulah apabila Nik Abduh dibawa ke Bachok beliau akan dihantui peristiwa dialami ayahnya yang pernah tewas di kerusi itu.

Kenapa itu berlaku bunyi-bunyinya Nik Abduh dihalang daripada memasuki Pengkalan Chepa, mungkin sebab itu maka beliau dimudikkan ke Bachok. Pemudikan beliau ke Bachok demi menyelamatkan Abduh agar ikut menyertai piliha raya, kerana terdengar khabar beliau sudah nekad tidak mahu bertanding jika tidak diberikan kerusi gemula ayahnya di Chempaka.

Syukurlah akhirnya beliau membatalkan nekadnya dan mendapat kerusi yang tidak begitu kondusif.

Krisis di Pengkalan Chepa ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan prestasi Pas di keempat-empat kerusi di situ khasnya di Dun Panchor tempat Mohd Amar Nik Abdullah bermain endoi (buai) dan menyanyi-nyanyi. Penghalang besar untuk Nik Abduh memasuki kampung halamannya ialah Mohd Amar?

Sementara kebanyakan muka-muka baru dikemukakan Pas pula terdiri mereka yang tidak popular apa lagi dikenali di peringkat nasional. Tidak memiliki apa-apa ketrampilan yang boleh dibanggakan. Ada setengah mereka dipilih berasaskan kepada kroni. Terdapat 12 orang muka baru dibawa masuk untuk bertanding di Dun dan parlimen. Dari jumlah itu 10 untuk Dun dan tiga parlimen.

Kerusi parlimen ialah Dr Johari Mat di parlimen Tanah Merah. Mengenai Dr Johari ini bagi saya Pas Kelantan silap, sepatutnya Dr Johari di letakkan di kerusi Dun bukannya parlimen kerana aset dan keilmuan yang ada kepadanya beliau boleh ditaruhkan untuk menjadi Exco kalau pun tidak pengganti Ahmad Yakob sebagai menteri besar. Apakah Pas mempunyai perhitungan lain apabila meletakkan Dr Johari di parlimen kerana mengharapkan beliau akan dilantik menjadi jemaah menteri?

Lain-lain muka baru, Wan Ruslan Wan hamat (Pengkalan Kubur), Adenan Hassan (Kelaboran), Ramli Abdullah (Wakaf Baru) [ketiga-tiganya kroni Ahmad Yakob], Zuraidi Abdullah(Chetok), Saiful Adli Abu Bakar (Salor), Tuan Mohd Sharifuddin Tuan Ismail (Selinsing), Azhar Salleh (Pulai Chondong), Ramzi Mohd Yusuf (Bukit Bunga), Mohammad Hamid (parlimen Jeli), Hilmi Ahmad (Mengkebang), Mohd Sidek@Mohd Saupi Abdul Razak (Neggeri) Azman Ahmad (Paloh) dan Suhaimi Deris (Galas).

Kesimpulannya senarai dikemukakan oleh Pas Kelantan kali ini adalah senarai calon yang paling lemah, dan senarai calon "tidak ada arah". Senarai calon ini memberi gambaran keparahan Pas untuk menampilkan calan-calon berwibawa dan berkualiti kerana ekoran perpecahan yang melanda parti tersebut. Senarai itu juga seakan Pas sudah bersedia untuk kehilangan kerajaan kerana daripada muka-muka baru ditampilkan tidak ada seorang pun sebagai persiapan dilantik menjadi Exco.

Senarai calon Pas ini dua kali lima, lima kali dua sahaja dengan senarai calon UBN Kelantan yang juga melakukan kitar semula dan masih meletakkan calon-calon buruk dan usang bahkan ada yang dikaitkan dengan kondom dan ada yang jubur sudah buruk, buasirlah....

Kita tunggu pula malam ini senarai calon dikemukakan PH Kelantan apakah ia lebih teruk daripada senarai calon Pas dan UBN, kemudian jika ada masa saya akan cuba membuat analisa dan perbandingan. [sitiwan.prk.8:08 am 26/04/18]

7 comments:

Unknown said...

Senarai calon kitar semula Pas ini agak bagus untuk PH...muka2 baru dlm PH sebagai contoh saudara Husam Musa agak berpeluang besar untuk menang...sy kira saudara Husam sudah boleh untuk mengilatkan kasut serta mengironkan baju melayu hitam buat persediaan angkat sumpah jawatan sebagai MB Kelantan dihadapan DYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-5...wasalam

Unknown said...

Diharap tuan memberi komen yang adil bila PH Kelantan mengemukakan calon pada hari ini.

Quantum Metal Consultant said...

Bukankah kerjasana umno dan pas adalah keutamaan segalanya?

Yang lama kalau "teralah" tidak rugi apa²..pencen dan saguhati sudah menanti..

Yang baru tidak ternama "teralah" juga, itu memang adat strategi..

Pengumuman dibuat sendiri oleh Presiden supaya semua akur dan tidak berlaku tuduh menuduh di peringkat negeri atau lebih tepat memang sudah ada bibit tarik menarik tolak menolak.

Wallahuaalam

Unknown said...

Sy yakin..MSO seorang yg adil berbicara & mengulas..Faris tak perlu risau yer..

Unknown said...

komentar dan analisis yang terlalu bias dan berat sebelah seolah-olah langsung tiada kebaikan dan kekuatan calon PAS... Choiiiii

Unknown said...

Moga tiada kebencian dlm mengarang cerita2 yg enak dibaca

UNCLE RAMLI said...

Malang sekali sebahagian warga Melayu masih terpesona dengan parti PAS yang dipimpim oleh mereka yang tiada ilmu moden melainkan ilmu sunatullah versi konservatif yang tidak memberi aspirasi bagaimana nak maju kehadapan melainkan nak masuk jannah. PAS yang dipimpin oleh golongan agamawan nasionalis Melayu konservatif yang tiada ilmu moden ilmiah berketrampilan dengan serban,jubah, berpakaian baju Melayu tidak mungkin dapat mengambil hati warga bukan Melayu untuk tertarik pada ideologi agama yang dibawa oleh mereka melainkan warga Melayu yang sekian lama dah termakan dengan indoktrinasi konservatif agama itu yang cenderong menekan aspek2 ritual ibadah untuk kesalehan individu dan bukannya kesalihan sosial yang kenal ciri2 rasuah, kesalahan guna kuasa dan masalah pengurusan tadbir negara yang baik.