PANDANG TELUS
KITA di Malaysia kalut menanti saat tiba pilihan raya umum ke-14 dengan satu maksud dan tujuan untuk menjatuhkan Najib Razak sekaligus menamatkan riwayat kerajaan kleptokrasi UBN berusia lebih 60 tahun.
Desakan meruap-ruap dalam diri kita untuk berbuat demikian kerana tidak tahan dengan ulah dan perangai kerajaan pimpinan Najib. Mereka yang "over" terbakar pula bertindak hendak memboikot pilihan raya. Mereka ini samalah dengan segelintir rakyat Pelastin yang melupai tanggungjawab dan peranan mereka sebagai rakyat Pelastin.
Barangkali dalam resah gelisah ditekan dan ditindas (dari sudut-sudut tertentu), namun kesakitan dan keperitan kita tidak sama dan berbeza dengan nasib rakyat Pelastin yang dihalau dari tanah air mereka sendiri sejak 70 tahun lampau. Nasib dan penderitaan rakyat Palestin lebih lama dan lebih azab daripada kita alami?
Secomping demi secomping tanah milik mereka di Gaza diambil oleh Israel secara kejam. Tanah yang diwarisi daripada datuk nenek mereka sejak berkurun hilang begitu sahaja. Sehinggakan mereka terpaksa mengembara dan merintih mencari tempat berteduh dan berlindung di tanah air orang.
Dalam kemelut itu entah sudah ribuan nyawa rata-rata umat Islam Pelastin melayang demi mempertahankan tanah air tercinta mereka.
Hampir setiap hari kita mendengar dan mengetahui rakyat Pelastin dibunuh atau terbunuh kerana mempertahankan hak mereka.
Terbaru, kelmarin seramai 15 lagi nyawa rakyat Pelastin melayang manakala lebih 1,500 cedera angkara tentera Zionis Israel.
Mereka ditembak secara liar dan rakus tatakala sedang berhimpun dalam kempen untuk kembali ke tanah air --Return March di sempadan Gaza. Kemuncak acara itu ialah pada 15 Mac sempena tarikh bermulanya tragedi Nakbah.
Dan penderitaan rakyat Palestin tidak perlu saya bercerita lebih panjang lebar dan "membarikan" sejarah derita mereka berdekad itu. Ummah Pelastin mulai kehilangan tanah air mereka apabila berlaku Nakbah -- yang disebut sebagai malapetaka besar menimpa rakyat Palestin apabila Israel istyhar menduduki bumi mereka dan menghalau mereka secara kejam dan zalim sejak tahun 1948.
Melawat Sabra dan Shatila.
Kebetulan semasa ke Lebanon minggu lepas saya sempat singgah di kem pelarian Sabra dan Shatila, di pinggir ibu kota Lebanon. Kita semua tahu sejarah dan tragedi yang berlaku di kem berkenaan pada 1982.
Israel menyerang dan membunuh hidup-hidup penghuni kem berkenaan. Menurut laporan yang sudah menjadi sejarah seramai 2,500 hingga 3,000 rakyat Pelastin tidak berdosa termasuk orang perempuan, kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa kekejaman Israel.
Mereka disembelih, ditembak, perempuan dirogol dan diperlakukan sebagai binatang bahkan lebih kejam daripada tindakan binatang.
Kem itu masih wujud sampai ke hari ini terletak di pinggir bandaraya Beirut. Sebuah pusara besar tempat mengabadikan jasad mereka terbunuh juga terdapat di situ sebagai lambang kekejaman Israel. Sebuah tugu mengingati mereka terkorban juga dibangunkan. Apa yang dapat disaksikan dalam kem itu, adalah jawaban atau hakikat nasib rakyat Pelastin keseluruhannya. Kem pelarian Sabra dan Shatila adalah lukisan penderitaan rakyat Pelastin di luar yang bertebaran negara mereka.
Mereka hidup bersendirian tanpa dipedulikan oleh mana-mana pihak. Jangan ditanya apakah kemudahan yang ada dalam kem itu, tetapi cukup kalau kita bertanya bagaimana mereka membuang air kecil dan air besar? Bagaimana mereka hidup dalam ruang yang sempit dibina dari batu batan terbuang itu dihuni sampai 10 orang untuk satu keluarga.
Bayangkan kesukaran hidup dalam keadaan penuh sesak tanpa diurus secara sistemetik. Iya ada kemudahan, air, eletrik dan telekomunikasi tetapi semua mereka urus sendiri, ada kadar sahaja.
Kawasan kem berkeluasan kira-kira 50 km persegi dengan jumlah penduduk hampir satu juta. Yang bermukim dalam kem itu bukan sahaja rakyat Pelastin tetapi pelarian dari negara-negara lain juga Egypt, Nigeria, Syria, Iran, Iraq dan lain-lain.
Semua ada dalam kem itu yang sebenarnya lebih layak dinamakan penjara terbuka. Kehidupan penghuninya jadi tidak terurus sehingga tidak sempat mempedulikan diri kerana yang penting ada makanan untuk dimakan bagi meneruskan hidup keesokan harinya.
Usah ditanya macam mana anak-anak dalam kem itu berkembang, mengenai pelajaran, sosial dan sebagainya. Semua tersedia ala kadar sahaja.
Di kem itu yang mereka anggap tanah air mereka sendiri itulah segala-gala kegiatan mereka berjalan.
Dalam lawatan sepintas lalu dan berada dalam kem itu lebih empat jam, apa yang boleh saya sifatkan kawasan mereka tidak ubah seperti kawasan setingan. Mereka membina rumah sendiri bertingkat-tingkat sedikit demi sedikit tanpa mengambil kira langsung soal keselamatan. Mereka terdedah kepada bencana pada bila-bila masa sahaja. Yang penting ada rumah.
Saya terbayangkan macam mana kalau berlaku kebakaran. Tertanya juga dalam diri saya apakah pernah berlaku kebakaran? Jika berlaku kebakaran dengan keadaan rumah bersesakan, tidak ada jalan keluar, tidak ada kemudahan pemadam kebakaran, mungkin menatijahkan satu malapetaka yang sama buruk dengan apa yang pernah dilakukan Israel 36 tahun lampau.
Bagaimana pun di sebalik kesukaran itu, mereka gigih. Mereka berjual beli seperti biasa. Mereka bertarung sesama sendiri untuk survive. Hidup penuh dengan pengertian dan tolak ansur. Kem itu seolah-olah sebuah ibu kota kecil yang usang dan terlepas dari arus pembangunan moden. Apa lagi dibanding dengan Beirut ia sangat kontradik.
Sepanjang kunjungan itu saya tidak bertanya sesiapa untuk memahami cara kehidupan di situ, cukup hati saya bercerita sendiri bersaksikan mata. Tidak juga bertanya apakah mereka ingin kembali ke Pelastin yang jawabannya pasti iya. Kebanyakan mereka berada dalam kem itu sudah melebihi 30 tahun. Tentu mereka rindu dan kangen kepada tanah air mereka. Di Palestin sana mereka masih ada harta tanah yang kini diduduki Israel. Dalam jiwa mereka tetap berdoa dan kemarahan terbakar untuk kembali ke Palestin. Kampung halaman mereka senantiasa tergamar di mata dan kepala.
Cuma mungkin generasi baru yang lahir di dalam kem berkenaan sudah melupai keamanan bumi Palestin yangg penuh keberkatan itu kerana mereka tidak pernah melihat keindahannya. Namun darah yang mengalir dalam diri mereka tetap tidak melupai apa yang pernah mereka miliki itu. "Iya, tentu saya mahu kembali ke negeri ayah dan ibu saya," begitulah kata Shamir yang ditanya soalan itu. Beliau sedang melarikan basikal dan terhenti apabila melihat saya yang dianggap asing.
Mungkin kita akan bertanya siapa atau badan manakah yang menguruskan kehidupan mereka dalam kem berkenaan. Tentu kita mengira UNHCR, sebahagian daripada PBB yang menguruskan segala kehidupan pelarian. Begitulah jika dikira sepatutnya. Kewujudan PBB adalah untuk memastikan semua bangsa didunia ini hidup aman dan terbela. Namun hakikatnya tidak seperti yang kita tangapi itu. UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugee) atau PBB hanya wujud dan indah di atas piagamnya sahaja. Nasib pelarian di kem itu tidak pun dipedulikan.
Seorang rakyat Lebanon yang keluar masuk ke kem berkenaan dan bersimpati dengan nasib pelarian dalam kem itu (nama dirahsiakan) berkata; peruntukan untuk membantu pelarian itu ada disediakan oleh PBB tetapi yang sampainya tidak sampai sesuku. Selebihnya hilang di lautan Mediterrane." Kita mungkin boleh faham dengan jawaban itu.
Mujurlah Lebanon memilik peri kemanusiaan menyediakan tapak itu. Itu pun bersifat sementara. Selagi ada pemimpin Lebanon berhati perut mungkin pelarian itu boleh menumpang dan bermukim disitu. Tetapi kalau Lebanon tiba-tiba dipimpin oleh mereka yang sebelum ini pernah berazam untuk ratakan kem itu sebagai padang golf, mereka akan kehilangan tempat tinggal.
Selama mana mereka akan kekal di situ, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Selamat Palestin. [wm.kl. 10:39 am 01/04/18]
Muka jalan utama untuk masuk ke kem Sabra dan Shatila. |
Desakan meruap-ruap dalam diri kita untuk berbuat demikian kerana tidak tahan dengan ulah dan perangai kerajaan pimpinan Najib. Mereka yang "over" terbakar pula bertindak hendak memboikot pilihan raya. Mereka ini samalah dengan segelintir rakyat Pelastin yang melupai tanggungjawab dan peranan mereka sebagai rakyat Pelastin.
Di kiri kanan penuh dengan kedai menjual pelbagai barangan. |
Deratan kedai dan bazar. |
Dalam kemelut itu entah sudah ribuan nyawa rata-rata umat Islam Pelastin melayang demi mempertahankan tanah air tercinta mereka.
Hampir setiap hari kita mendengar dan mengetahui rakyat Pelastin dibunuh atau terbunuh kerana mempertahankan hak mereka.
Terbaru, kelmarin seramai 15 lagi nyawa rakyat Pelastin melayang manakala lebih 1,500 cedera angkara tentera Zionis Israel.
Mereka ditembak secara liar dan rakus tatakala sedang berhimpun dalam kempen untuk kembali ke tanah air --Return March di sempadan Gaza. Kemuncak acara itu ialah pada 15 Mac sempena tarikh bermulanya tragedi Nakbah.
Tidak perlu saya memberi gambaran mengenai penderitaan rakyat Pelastin. Begitu juga bukan bermakna hendak menunjukkan rakyat Pelastin lebih menderita daripada apa yang kita tanggungi di sini maka kita perlu berasa selesa dengan keadaan yang ada. Apa yang perlu kita pelajari dan mengambil iktibar sekiranya kita tidak bijaksana mengolah kehidupan, (politik) dan berwaspada kita juga tidak mustahil akan menerima nasib yang sama.
Dan penderitaan rakyat Palestin tidak perlu saya bercerita lebih panjang lebar dan "membarikan" sejarah derita mereka berdekad itu. Ummah Pelastin mulai kehilangan tanah air mereka apabila berlaku Nakbah -- yang disebut sebagai malapetaka besar menimpa rakyat Palestin apabila Israel istyhar menduduki bumi mereka dan menghalau mereka secara kejam dan zalim sejak tahun 1948.
Melawat Sabra dan Shatila.
Di kubu kuburan pelarian yang dibunuh kejam oleh tentera Israel tahun 1982. |
Israel menyerang dan membunuh hidup-hidup penghuni kem berkenaan. Menurut laporan yang sudah menjadi sejarah seramai 2,500 hingga 3,000 rakyat Pelastin tidak berdosa termasuk orang perempuan, kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa kekejaman Israel.
Mereka disembelih, ditembak, perempuan dirogol dan diperlakukan sebagai binatang bahkan lebih kejam daripada tindakan binatang.
Kem itu masih wujud sampai ke hari ini terletak di pinggir bandaraya Beirut. Sebuah pusara besar tempat mengabadikan jasad mereka terbunuh juga terdapat di situ sebagai lambang kekejaman Israel. Sebuah tugu mengingati mereka terkorban juga dibangunkan. Apa yang dapat disaksikan dalam kem itu, adalah jawaban atau hakikat nasib rakyat Pelastin keseluruhannya. Kem pelarian Sabra dan Shatila adalah lukisan penderitaan rakyat Pelastin di luar yang bertebaran negara mereka.
Mereka hidup bersendirian tanpa dipedulikan oleh mana-mana pihak. Jangan ditanya apakah kemudahan yang ada dalam kem itu, tetapi cukup kalau kita bertanya bagaimana mereka membuang air kecil dan air besar? Bagaimana mereka hidup dalam ruang yang sempit dibina dari batu batan terbuang itu dihuni sampai 10 orang untuk satu keluarga.
Pelbagai buah-bauahan dijual di sini antaranya pisang. |
Kawasan kem berkeluasan kira-kira 50 km persegi dengan jumlah penduduk hampir satu juta. Yang bermukim dalam kem itu bukan sahaja rakyat Pelastin tetapi pelarian dari negara-negara lain juga Egypt, Nigeria, Syria, Iran, Iraq dan lain-lain.
Beginilah sebahagian pemandangan yang melatari kem Sabra dan Shatila. |
Usah ditanya macam mana anak-anak dalam kem itu berkembang, mengenai pelajaran, sosial dan sebagainya. Semua tersedia ala kadar sahaja.
Di kem itu yang mereka anggap tanah air mereka sendiri itulah segala-gala kegiatan mereka berjalan.
Talian eletrik berserabutan di udara. |
Saya terbayangkan macam mana kalau berlaku kebakaran. Tertanya juga dalam diri saya apakah pernah berlaku kebakaran? Jika berlaku kebakaran dengan keadaan rumah bersesakan, tidak ada jalan keluar, tidak ada kemudahan pemadam kebakaran, mungkin menatijahkan satu malapetaka yang sama buruk dengan apa yang pernah dilakukan Israel 36 tahun lampau.
Bagaimana pun di sebalik kesukaran itu, mereka gigih. Mereka berjual beli seperti biasa. Mereka bertarung sesama sendiri untuk survive. Hidup penuh dengan pengertian dan tolak ansur. Kem itu seolah-olah sebuah ibu kota kecil yang usang dan terlepas dari arus pembangunan moden. Apa lagi dibanding dengan Beirut ia sangat kontradik.
Sepanjang kunjungan itu saya tidak bertanya sesiapa untuk memahami cara kehidupan di situ, cukup hati saya bercerita sendiri bersaksikan mata. Tidak juga bertanya apakah mereka ingin kembali ke Pelastin yang jawabannya pasti iya. Kebanyakan mereka berada dalam kem itu sudah melebihi 30 tahun. Tentu mereka rindu dan kangen kepada tanah air mereka. Di Palestin sana mereka masih ada harta tanah yang kini diduduki Israel. Dalam jiwa mereka tetap berdoa dan kemarahan terbakar untuk kembali ke Palestin. Kampung halaman mereka senantiasa tergamar di mata dan kepala.
Cuma mungkin generasi baru yang lahir di dalam kem berkenaan sudah melupai keamanan bumi Palestin yangg penuh keberkatan itu kerana mereka tidak pernah melihat keindahannya. Namun darah yang mengalir dalam diri mereka tetap tidak melupai apa yang pernah mereka miliki itu. "Iya, tentu saya mahu kembali ke negeri ayah dan ibu saya," begitulah kata Shamir yang ditanya soalan itu. Beliau sedang melarikan basikal dan terhenti apabila melihat saya yang dianggap asing.
Mungkin kita akan bertanya siapa atau badan manakah yang menguruskan kehidupan mereka dalam kem berkenaan. Tentu kita mengira UNHCR, sebahagian daripada PBB yang menguruskan segala kehidupan pelarian. Begitulah jika dikira sepatutnya. Kewujudan PBB adalah untuk memastikan semua bangsa didunia ini hidup aman dan terbela. Namun hakikatnya tidak seperti yang kita tangapi itu. UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugee) atau PBB hanya wujud dan indah di atas piagamnya sahaja. Nasib pelarian di kem itu tidak pun dipedulikan.
Seorang rakyat Lebanon yang keluar masuk ke kem berkenaan dan bersimpati dengan nasib pelarian dalam kem itu (nama dirahsiakan) berkata; peruntukan untuk membantu pelarian itu ada disediakan oleh PBB tetapi yang sampainya tidak sampai sesuku. Selebihnya hilang di lautan Mediterrane." Kita mungkin boleh faham dengan jawaban itu.
Mujurlah Lebanon memilik peri kemanusiaan menyediakan tapak itu. Itu pun bersifat sementara. Selagi ada pemimpin Lebanon berhati perut mungkin pelarian itu boleh menumpang dan bermukim disitu. Tetapi kalau Lebanon tiba-tiba dipimpin oleh mereka yang sebelum ini pernah berazam untuk ratakan kem itu sebagai padang golf, mereka akan kehilangan tempat tinggal.
Selama mana mereka akan kekal di situ, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Selamat Palestin. [wm.kl. 10:39 am 01/04/18]
No comments:
Post a Comment