NOTA TENGAHARI
SAYA hendak bercakap fasal pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehawal Ekonomi walaupun dia sudah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor. Pandangan saya mungkin berbeza dengan pandangan lain, kerana saya ada makrifat politik tersendiri.
Ramai orang melihat Dr Mahathir Mohamad menarik Azmin untuk mengendali dan menguruskan ekonomi di kementerian baharu diwujudkan itu sesuatu yang tepat. Iya, kita tidak tahu sejauh mana kehebatan dan kemampuan Azmin. Apakah Selangor menjadi panduan Dr Mahathir untuk melihat kehebatan Azmin boleh membantu kabinetnya?
Tetapi dengan mengambil Azmin, siapakah pula akan memacu dan mengurus pentadbiran dan politik di Selangor? Apakah Dr Mahathir atau PH ada tokoh yang setaraf dengan Azmin. Azmin bagi saya bukanlah sangat seekor gajah yang kuat yang boleh melakukan atau menarik apa-apa lebih besar daripada dirinya.
Memegang jawatan Hal Ehwal Ekonomi tentu kapasitinya lebih besar daripada sebagai CEO Selangor?
Saya melihat pemergian Azmin ke Putrajaya (kalau jadi), bukan sangat atas keperluan untuk menjana dan menyusun ekonomi Malaysia seperti yang ramai orang sangkakan sehingga Azmin sendiri merasa seronok dengan mengakui ia kementerian kanan.
Tetapi pemergian itu ada motif dan alasan lain. Dalam hal ini saya melihat ia satu strategi politik Dr Mahathir sendiri yang berimbang? Apa maksud berimbang? Dalam peralihan yang kelihatan baik, Dr Mahathir tetap meragui apa yang akan berlalu pada masa depan.
Sebagai politis beliau mempunyai banyak pancaindera, Dr Matahir tidak mudah percaya apa yang ada kini, persefahaman politik. Persefahaman boleh relai dan bertukar bila ada tolakan dan nafsu sudah mengangga.
Dr Mahathir boleh membaca apa yang mungkin berlaku dalam PH dan juga dalam parti-parti gabungan itu. Mungkin DAP dan Amanah ikhlas menerima apa yang ada, tetapi tidak kepada Keadilan? Lebih-lebih lagi Amanah sebagai budak kecil ia cukup gembira bila diberi gula-gula.
Keadilan tidak akan berpuas hati selagi tokoh dan sang juara mereka tidak berada di atas. Realiti ini ada kepada Dr Mahathir yang berfikir mungkin berlaku apa yang pernah berlaku di zaman dahulu sewaktu Anwar menjadi TPM. Apa disebut dan diperingatkan Daim perlu difahami, kata Daim, Anwar tidak perlu gopoh. Kenapa Daim memberi ingatan itu apakah dia sudah nampak deruan kegopohan itu atau sudah ada “deal” tertentu?
Apa didedahkan Anwar sendiri dua kali Najib menghubunginya dan lawatan mengejut Zahid ke atasnya di hospital pasti diterjemah dengan berbagai tafsiran dan naluri.
Memahami kata-kata Daim itu mungkin ada kebimbangan dalam hati Dr Mahathir berlaku kegopohan atau sebarang deal itu. Justeru untuk membendung gelodak gopoh itu, atau berlaku desakan ke atasnya maka beliau perlu mencari sesuatu objek (kuasa) menahannya.
Dan penahanan yang dimaksud itu bagi saya ialah orang bernama Azmin. Azmin boleh jadi lupa daratan kalau tiba-tiba Dr Mahathir berkata, selepas saya, awak. Projek Langkah Kajang cukup mengenalkan kita semua siapa Azmin.
Mungkin makrifat saya ini tidak betul, tetapi dalam politik kita perlu menjadi kahsyaf bagi mengelak apa yang mungkin boleh berlaku. Dari sudut feqh, kalau apa yang kita impikan tidak menjadi tidak berdosa, kalau ia jadi kita dapat pahala. Trims. “Perkongsian dari FB. [wm.kl.1:43 pm 20/05/18]
3 comments:
Sungguh luar biasa telaga makrifat politik Tuan...
PKR sebuah parti yg akan menjadi punca kehancuran PH amat tepat..telah ada anasir2 negatif sedang giat mengatur langkah..Anwar Ibrahim as some might realise,.is a magnet of deceit..drama and destruction..
Betul terjahan hebat tuan MSO tu. Bagi saya untuk pandangan positif Tun inginkan mencari pelapis diperingkat pusat. kerana Tun dan anwar dah lanjut usia bila2 masa akan nguyut kekuburan jadi senang lah kalau dah ada pengantinya. Tun tak berapa minat untuk Rafizi kerana tendangannya senantiasa terus dan tiada playsing kearah gol.
saya amat bersetuju dengan pandangan yang Tuan MSO berikan..perlantikan Azmin ke dalam kabinet adalah sebagai perisai kepada Tun didalam kerajaan PH.Langkah pertama Tun adalah melantik Tan Sri Muhiyydin sebagai Menteri KDN dan Azmin adalah langkah keduanya..tidak ada siapa tahu perancangan yang diatur kepimpinan Keadilan setelah Ds Anwar diberikan keampunan penuh oleh DYMM SPBYP AGONG.mungkin kah mereka akan akur untuk memberikan Tun tempoh 2 tahun seperti diminta atau mungkin lebih awal mereka akan merampas kuasa.Bagi saya Azmin mempunyai potensi dan kriteria ynag mencukupi untuk menjadi calon PM pada masa hadapan..
Post a Comment