Wednesday, May 6, 2009

Berita Pagi

Terserempak Dengan Adun Lompat Parti

[kemaskini] Perempuan yang bersama Jamaluddin Mohd Razi di kedai makan tadi ialah Exco Perak, Hamidah Othman, adiknya serta suami adiknya dan seorang yang tidak dikenali. SEMASA mimum di sebuah restoran berhampiran pejabat sekejap tadi, saya menerima SMS dari salah seorang anak buah pejabat yang berada di kedai yang sama. SMS itu meminta saya mengesahkan apakah lelaki hitam berbaju belang itu Adun Perak yang lompat parti. Begitulah kira-kira bunyi sms itu.

Saya jadi terperagah dan bangun mengintai ke arah orang yang dibayangkan itu. Tidak ada! Anak buah menguit saya dan menunjukkan dengan ekor mata ke arah orang yasng dimaksudkan itu.


Ya... benar rupanya si Jamaluddin Mohd Razi. Dia duduk bertentangan dengan belakang saya di satu meja dalam jarak tidak sampai 10 kaki. Beberapa orang melingkunginya termasuk dua orang perempuan yang saya jangkakan salah seorangnya adalah isterinya.

Nampaknya Adun Behrang ini ok saja. Dia makan mee rebus dan milo ais. Dia seolah tidak merasakan apa-apa di sekelilingnya. Mungkin orang lain tidak menyedari kehadirannya itu. Atau pun ada yang sedar namun tidak pedulikan dia. Biasanya kalau wakil rakyat popular berada di mana saja akan ditegur dan disapa oleh orang ramai.


Terniat juga dihati nak bersalam dan bertanya khabar dengan keadaanya sekarang setelah jadi Adun bebas. Mungkin dia lebih lega dan selesa kalaupun tidak kaya! Nak tanya juga mengenai sidang Dun Perak yang bakal berlangsung esok yang dikatakan akan menghadapi masalah. Dan nak tanya juga mengenai kes rasuah ke atasnya. Apakah kes itu diteruskan ataupun ditutup setelah beliau tidak lagi bersama PKR?

Tetapi selepas berfikir beberapa jenak, saya batalkan nait. Rasanya semacam jijik pula nak bersalam dengan si Jamaluddin ini! Bukan apa, bukan bermakna dia sudah sampai ke peringkat najis mukalazah dan mukafafah, tetapi naluri dalaman rasa tidak tergamak untuk berbuat begitu. Kalai terakhir saya jumpa dan bersalam dengannya ialah pada majlis hari raya di rumah Azmin Ali dua tahun lepas.

Jamaluddin tidak tahu saya memerhati kepadanya dan dia tidak pun tahu akan kewujudan saya di kedai itu. Dalam pengamatan rengkas itu saya merasakan dia senang dengan keadaan sekarang. Boleh ketawa dan boleh gelak seperti dia gembira dengan apa yang berlaku. Mungkin bekas posman ini berpuas hati dengan apa yang berlaku kerana dia telah mencapai apa yang dihajatinya. (Perhati foto yang dirakam sdr Hamdan di atas itu).

Mudah-mudahan sahaja Jamaluddin akan bahagia dengan keadaanya hari ini dan dia dapat berkhimdat dengan baik di kawasannya sebagai Adun bebas. [jln pahang 11:40 am 06/05/09]

3 comments:

Aliff Baa said...

Tergamak tuan sebagai seorang Islam merasa jijik untuk bersalam dengan saudara seIslam kita !.
Inikah yang dituntut oleh Nabi kita ?

Hero said...

"Tergamak tuan sebagai seorang Islam merasa jijik untuk bersalam dengan saudara seIslam kita !."

kahkahkah.. ada ajer pengomen ameno bengong yg menyemak..

saudara Aliff Baa Bii, kena tgk jugak, MSO rasa jijik tu kenapa? jgn kata MSO, ramai lagi yg akan jijik nak salam dgn orang macam tu.

aaa.. yg Nabi kita tuntut macam mana? cuba terangkan.. tolong ajar MSO dan kami semua nih skit..

mangkukhayun said...

Nak kata apapun katalah, kalau nk bercakap soal undang2, mungkin dia wakil rakyat yang sah (sebab spr tak terima surat speaker..ikut suka la..) tetapi apakah memperkosa amanah rakyat yang mengundi beliau itu bukan satu dosa....

"Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu)"-Surah Al An'aam, ayat 135