Tuesday, May 26, 2009

Berita Tengahari

Tahniah Kepada Dewan Pemuda Pas

MULANYA saya ingat perebutan jawatan dalam Dewan Pemuda Pas akan panas dan hangat, tetapi apa yang jadi sebaliknya. Dewan yang merupakan sayap kanan Pas itu dianggotai oleh anak-anak muda yang penuh semangat juang dan berdarah panas itu rupanya mempunyai persefamanan politik dan semangat ukhwah Islamiah yang cukup tinggi.

Kesemua jawatan utama dalam dewan itu diisi tanpa berhadapan dengan pertandingan. Persefahaman bijak ini boleh mengurangkan ketegangan dalam Pas sewaktu berkempen yang kemungkinan membawa kepada bentuk kempen yang kurang menyenangkan. Bila tidak ada pertandingan maka tidak adalah pihak kena panggil media massa untuk membuat pengumuman untuk bertanding jawatan itu dan jawatan ini macam perebutan jawatan Presiden Amerika.

Jawatan Ketua Pemuda diamanahkan timbalannya, Nasarudin Hassan, jawatan timbaan ketua diisi oleh Azman Shapawi Abd Rani dan Naib ketua diserahkan kepada, Ahmad Sabki Yusuf.

Nasaruddin juga merupakan ketua Pemuda Pahang manakala Azamn Shapawi ketua pemuda Terengganu dan Sabki adalah Setiausaha dewan Pemuda Pas pusat.

Pengisian jawatan-jawatan penting menerusi kompromi atau syura ini juga sekaligus menyindir kepada pemilihan jawatan nombor dua parti (timbalan presiden) yang terpaksa melalui pertandingan. Jawatan timbalan presiden menjadi rebutan tiga pemimpin Mohamad Sabu, Husam Musa dan Nasharudin Mat Isa.

Sebelum ini tersebar khabar kononnya jawatan-jawatan berkenaan akan menjadi perebutan sengit. Bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan, Zaki Ibrahim dikatakan bersedia untuk menentang Nasarudin Hassan. Zaki dicalon oleh Pemuda Pas Kelantan. Pencalonan Zaki itu dilihat sebagai satu hadiah Pemuda Pas Kelantan atas sokongan Zaki kepada Latiff Abdul Rahman yang berjaya mengalahkan Nik Abdul Nik Aziz.

Zaki juga diharap untuk menghalang kepimpinan Pemuda dari ditejui oleh pemimpin berserban dan berkupiah, kerana Nasarudin dilihat pengamal pakaian itu.

Begitu juga kedudukan timbalan, mulanya ada ura-ura akan menjadi rebutan tiga orang calon. Bekas Naib Ketua Pemuda Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga memberi gambaran akan turut berentap untuk jawatan itu bersama seorang lagi calon dari Kedah.

Nik Abdul menyatakan persetujuannya untuk bertanding sekiranya jalan syura untuk semua jawatan penting itu gagal dicapai.

Manakala Ahmad Sabki yang dilihat akan cuba dirangkaikan dengan Zaki pula akan akan turut merebut jawatan itu bersama dua lagi calon, Azman Shapawi dan seorang calon dari calon dari Kedah.

Bagaimana pun desas desus itu kini sudah tamat dan proses transisi kepimpinan Dewan pemuda yang ditinggalkan oleh Salahuddin Ayub berjalan dengan lancar. Kelancaran ini sudah pasti menunjukkan kejayaan Sallahudin mendidik dan menterbiah anak-anak buahnya agar meliat perjuangan dan parti itu lebih utama daripada mengejar kedudukan dan kuasa.

Sekalung tahniah perlu diucapkan kepada Sallahuddin kerana berjaya melahirkan pemimpin muda berjiwa matang dan masih bersedia untuk meneruskan tradisi dalam Pas di mana mengutamakan semangat berunding daripada mengambil pendekatan politik profesional demokrasi dengan cara bertanding antara satu sama lain. [jln pahang 2:45 pm 26/05/09]

5 comments:

Coach DinDeraman said...

Barisan kepimpinan pemuda dalam Pas tidak perlu terlalu gopoh untuk kedepan. Mereka masih perlu melalui proses tarbiyyah yang panjang dan padu. Belajar berkepromi atau syura politik satu langkah yang bijak sana. Bila tiba masa dan ketika, barulah peribadi yang benar-benar berkelibar, ketokohan yang mantap perlu di tonjol atau menonjol kedepan. Ibarat Pisang, kalaulah di tebang dan di peram pada ketika terlalu muda, di peram dengan karbaid pun bukannya akan masak ranum, malah boleh jadi lembik dan buruk tangkai pula.... Mohon mencadang !!!

dunno said...

ana harap blog ni di tutup sementara sebab banyak salah eja...

nta baiki dlu salah eja ni, dah siap baiki baru bukak balik...

yuzakky said...

DPP Pusat bukan sahaja tunjuk contoh yg baik dan seakan 'menyindir' proses pemilihan pucuk parti bahkan bagi saya...satu 'killer smash' utk DPP Kelantan yg mana berada di sebuah negeri yg dah hampir 20 tahun ditadbir oleh Parti Islam tapi bila tiba bab memilih pemimpin..Demokrasi didahulukan manakala kaedah syarak iaitu Syura dikesampingkan...setuju ?
Sekalung tahniah kpd Salehuddin Ayub yg telah mampu mencorakkan saf pelapis y tidak gopoh..mungkin sejak menjadi Ahli Parlimen di Negeri Serambi Mekah, tasawwur Islam Salehuddin makin utuh..yg tak utuhnya Pemuda di Negeri Serambi Mekah sendiri...
WalLahu 'alam

Unknown said...

Pak Wan puun ada salah eja la ...

NH Shah Alam said...

Pak Wan said...
ana harap blog ni di tutup sementara sebab banyak salah eja...

nta baiki dlu salah eja ni, dah siap baiki baru bukak balik...

May 26, 2009 9:50 PM
**********************************

Pak Wan! Takkan salah eja pun nak kena tutup blog kot......

Salah sikit sebanyak tu biasalah, nama lagi manusia. Kita bukannya maksum. Janji kita faham dan tahu apa maksudnya jadi lah..

Harap sabar ye Pak Wan.. :)


NH Shah Alam