Friday, May 22, 2009

Langsung Dari Putrajaya

Zambry Kekal Sebagai MB Perak

Perkembangan politik Perak yang ditunggu-tunggu sejak semalam bagi menentukan siapakah yang berhak menjawat jawatan Menteri Besar telah berakhir setengah jam tadi apabila Mahkamah Rayuan telah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalau yang mengistyharkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ekoran keputusan dibuat hakim Abdul Aziz Abdul Rahim itu menyebabkan jawatan MB Perak bertukar tangan selama kira-kira 16 jam dari Zambry Abdul Kadir (foto) kepada Nizar sebelum 'dirampas' semula oleh Zambry apabila Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambry supaya menangguhkan keputusan Mahkamh Tinggi itu pada keesokan harinya.

Ekoran itu Nizar Jamaluddin pula mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi menentukan siapakah MB yang sah.

Kira-kira jam 3:40 petang tadi Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan keputusan sebulat suara oleh tiga orang hakim.

Perkembangan ini bermakna Zambry akan terus menjadi Menteri Besar Perak. Nizar bagaimana pun akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan di mana mahkamah terakhir bagi menentukan kesahihan berhubung MB Perak.

Apakah dengan keputusan ini Zambry akan memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak sukar untuk diramalkan. Adalah dipercayai Zambry tidak mungkin berbuat demikian kerana kedudukannya UBN kini selesa walaupun rakyat di bawah tidak berpuas hati. [pjaya 4:00 pm 22/05/09]

2 comments:

matinza said...

1. Tahniah Zambry kerana Mahkamah Rayuan telah sebulat suara mengesahkan jawatan MB Perak kepada anda.
2. Tahniah juga kepada Zambry kerana berjaya mengesahkan yang DYMM Agong & Sultan Negeri-Negeri berkuasa untuk melantik dan memberhentikan sesorang Perdana Menteri & Menteri Besar.
3. Tahniah juga kerana Zambry, setelah diSAH sebagai MB Perak akan memohon perkenan Sultan Perak untk membubarkan DUN Perak seperti yang dijanjikan.
4. Tahniahlah kerana rakyat Perak semakin hilangan kepercayaan terhadap Institusi Kehakiman Malaysia.
5. Cukuplah 4 sebab kalau tidak banyak lagi yang nak ditahniahkan.

abu muaz said...

Aku pun ingin mengucapkan tahniah pada zambry dan takziah pada keluarga Pok Su Weil (Adun Manek Urai).