Friday, May 1, 2009

Melontar Pandangan

Majlis Muzakarah Untuk Calon-calon Timbalan Presiden

SERONOK juga mengikuti perkembangan dan laporan menjelang muktamar agung Pas ke 55. Macam-macam ada, macam Astro. Cerita paling menarik ialah mengenia siapa nak lawan siapa, dan siapa nak jatuhkan siapa, serta siapa jadi alat siapa?

Diawal kata didoakan janganlah Pas jadi seperti Umno. Maksudnya jangan main kotor, jangan fitnah dan jangan sama sekali main wang dan bertandinglah dengan sihat menurut lunas-lunas demokrasi muslim. Demokrasi yang hijau ialah demokrasi yang tidak diserang 'flu ghairahsme.' Sekiranya Pas juga sudah meniru perangai Umno orang Melayu dan Islam negara ini akan hilang pengharapan di masa depan.

Kenapa orang bukan Islam tertarik dengan Pas, antaranya kerana mereka melihat Pas berbeza dengan Umno dari beberapa aspek zahiriah antaranya ialah disiplin yang kuat, beramanah dan tawaduk.

Politik wang cukup bahaya. Kalau ada calon yang sudah mulai bagi wang, tawar wang awal-awal lagi calon itu hendaklah ditimbus hidup-hidup. Calon sebegitu bukan ikhlas berjuang tetapi mereka itu telah diresapi oleh anasir Umno, virus Umno. Harus bagi seluruh ahli Pas anak beranak mencincang lumut orang seperti ini dan jangan sesekali memberi ruang walaupun sebesar lubang jarum dalam hiraki Pas.

Orang Pas sejati tidak akan tergamak untuk melakukan itu semua. Orang Pas tidak akan menukar keimanan (perjuangan) dengan wang ringgit. Orang Pas sejati tidak akan membeli jawatan dan kuasa dengan wang dan sihir. Bagaimana Muhammad s.a.w. tidak akan menukar agamanya walaupun bulan diletakkan diitangan kanan dan mentari di letakkan tangan kiri, begitulha juga orang Pas!

Ada juga yang terdesis di telinga saya kononnya ada usnur rasuah dalam proses pemilihan pencalonan hari ini. Apakah ianya benar atau tidak walahu'alam. Beberapa maklumat dan orang tertentu sambil menanyai saya mengenai hal itu turut memberi tahu dan menghuraikan bagaimana rasuah kemungkinan berlaku. Katanya ada orang tertentu telah menghadiahkan wang sebanyak sekian-sekian kepada kawasan bagi tujuan membantu kawasan berkenaan!

Katanya Pas sedang meneliti penuh prihatin perkara ini. Apakah Pas akan sampai menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau elemen ini atau tidak, tidak diketahui. Sekiranya Pas menubuhkan jawatankuasa mengenai hal ini maka benarlah laporan dan desas desus ini. Jadi untuk tidak dieksploitasikan oleh musuh Pas, jangan wujudkan panetia ini.

Apa yang hendak dicatatkan menerusi posting inilah mengenai bagaimanakah untuk para perwakilan Pas memilih calon yang benar-benar layak dan berkemampuan untuk memimpin parti dalam memperjuangkan Islam. Apakah kriteria yang telah digunakan oleh ahli Pas untuk membuat pemilihan itu? Kerana kawasan Pas sudah pun bermesyuarat dan pencalonan telah dibuat mungkin Pas telah ada acuannya sendiri dalam membuat pencalonan itu.

Nampak nama-nama yang dicalonkan untuk bertanding jawatan tertinggi dalam parti berbagai wajah, watak, pemikiran serta mazhab politik (isme). Media juga ada mengkelaskan mereka ini dengan berbagai kelompok atau puak atau jenis-jenis berdasarkan latar belakangan budaya dan pendidikan.

Bagi saya apa juga nama kumpulan dan puak tidak penting. Apa yang penting, ialah mereka mempunyai pegangan Islam yang kuat, ada prinsip Islam yang kukuh serta memilliki iltizam ampuh untuk memperjuangkan bangsa, agama dan negara menerusi Pas. Mereka juga biarlah rasional dan memiliki empat tahap ilmu, syariat, tariqat, hakikat dan marifah. Dan kalau boleh biarlah mereka sampai boleh melakukan ijtihad tersendiri dalam keadaan-keadaan yang memerlukan berbuat begitu.

Kalaupun ia dikelasifikasikan sebagai ustaz atau ulama tetapi kalau inividu itu tidak ketahui hari-hari apa yang sunat untuk berpuasa tidak ada makna ia dianggap ustaz dan ulama. Begitu juga kalaulah dia dinamakan profesional tetapi tidak tahu sedikit pun soal-soal pengurusan dan pentadbiran organisasi siasah tidak guna dinama profesional. Kalau ia dikelompokkan sebagai ulama tetapi cakap bohong, mungkir janji dan berbicara melampau batas, berdolak dalih ianya tidak membawa apa-apa faedah kepada agama, bangsa dan negara.

Di sini saya nak fokus kepada pemilihan timbalan presiden Pas. Jawatan ini adalah penting dan menjadi tumpuan dunia. Setakat ini ada empat calon popular yang dijangka akan bertarung merebut jawatan ini. Masing-masing telah pun mendapat pencalonan lebih daripada 10. Mereka ialah Naib-naib Presiden, Husam Musa, Mohammad Sabu, Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Razak dan Timbalan Presiden kini, Nassharudin Mat Isa. Keempat-empat nama ini masing-masing telah memberi isyarat mereka akan berlawan antara satu sama lain.

Tidak jadi masalah. Jangan kita kelasifikasikan mereka dalam kelompok apa dan tidak terlampau melihat dari mata angin mana mereka datang. Mari kita letakkan mereka dalam satu kelompok dan puak sahaja, iaitu puak Pas. Mereka datang dari satu tujuan dan berjalan ke satu matlamat saja iaitu mencapai mardtatilah. Kesemua mereka adalah ahli-ahli Pas yang ikhlas untuk berjuang.

Soal puak, samada ada ulama atau profesional tidak boleh dijadikan kayu ukur ke atas mereka. Ia adalah subjektif. Di zaman serba baru ini semuanya sukar untuk ditentukan hatta menggunakan mikroskop yang paling tinggi nilainya. Ia teralu seni. Ulama tidak lagi boleh diukur menerusi pakaian tradisi, jubah dan serban, jangut dan misai, cara makan dan berbini.

Begitu juga profesional bukan boleh diukur dengan profesyen mereka dan budaya pergaualan dan makan minum serta hobi mereka. Hari ini yang kahwin satu, dua dan tiga bukan sahaja golongan ulama atau ustaz tetapi golongan profesional juga turut sama mengamalkan poligami seperti kebanyakan ustaz.

Manakala hari ini sudah ada mereka yang bergelar ulama memakai kot dan tali leher. Pakai Mercedez atau Lexus berplatkan dua angka. Makan menggunakan gerpu, menimum berdiri dan tinggal di hotel-hotel lima bintang. Makan malam di Singapore bersahur di Cairo biasa bagi ulama zaman moden ini.

Demikian juga dengan golongan profesional mereka bukan saja sanggup bermesyuarat di hotel, tetapi ikut sama berjemaah di surau di hujung kampung. Berpeluh berpelai bersama rakyat marhaen di tengah jalan mengimarakan tunjuk-tunjuk perasaan. Menziarahi lorong 'tui' untuk menyedarkan masyarakat. Pakaian mereka juga bukan ala Barat lagi, tetapi ada kalanya lebih Arab daripada Arab jubah sampai meleret boleh menyapu kaki lima. Ekor serbannya pula mengembang macam ekor Merak janta nak mengawan.

Jadi bagaimanakah untuk mengenal mereka dan mengukur mereka untuk dipilih sebagai pemimpin.

Saya ada idea. Apa kata kalau ada pihak yang menganjurkan majlis Muzakarah Ilmu untuk calon-calon timbalan presiden itu. Menerusi majlis itu mereka akan diminta bercakap dan menghuraikan megenai beberapa tajuk khusus secara ringkas. Di sini dapat diuji dan dinilai sejauh mana firkah dan kemampuan mereka untuk jadi pemimpin.

Topik-topik khusus boleh dikemukakan yang mencakup alam lama dan alam baru. Maksudnya mengenai sirah perjuangan Rasulullah dan juga peralihan temadun barat dari zaman industri sampai ke zaman teknoligi di samping mengunkap permasalahan ummah di masa akan datang. Topik-topik lain yang boleh diminta dibahaskan seperti;

  • Sejarah politik dunia dan Malaysia.
  • Ekonomi, sosial dan budaya.
  • Mengenai Fikh Islam.

Mereka boleh diminta mengulas dan membahaskan topik-topik itu dalam konteks pemikiran dan gagasan yang mereka hendak bawa kalau mereka menjadi pemimpin Pas.

Saya rasa dengan cara inilah ahli Pas dapat menilai sejauh mana, fikrah serta bakat mereka untuk diangkat sebagai pemimpin.

Dengan mengemukakan medan demikian saya percaya ia memberi kesempatan baik untuk ahli Pas menilai kebolehan, bakat, pemikiran dan komitent mereka kepada perjuangan Pas. Bagi saya adalah malang kalau ahli Pas memilih pemimpin berpandukan kepada kecenderongan pengkelompokan yang dibuat oleh pihak lain. Lebih malang lagi kalau mereka dipilih kerana ia ditunjuki oleh orang luar Pas itu sendiri. Dan malang lagi kalau pemilihan itu nanti diupah!

Mungkin cadangan ini sukar dilaksanakan. Tetapi calon-calon yang bertanding boleh mengambil inisiatif sendiri mengemukakan idea, pandangan mereka serta proposal untuk membantu parti dan terpenting mendaulahkan Islam menerusi blog masing-masing ataupun dalam tulisan-tulisan ringkas di akhbar ataupun menerusi agen-agen kempen masing-masing. Tetapi sebaik-baiknya kalau ia boleh dibuat dalam satu tempat dalam bentuk muzakarah. [wm.kl. 10:50 am 01/05/09]

7 comments:

mal887 said...

Saya sangat menyokong cadangan tersebut. Macam pemilihan presiden Amerika adalah berdasarkan WAWASAN yang mereka perjuangankan. Harap PAS menjadi yang pertama mewujudkan budaya tersebut.

Unknown said...

Asslamu'alaikum wr wb, bro

Haa, template ni baru mudah sikit baca blog hang. Yang sebelum ni, download time dia dekat 15 tahun baru keluar apa yang nak dibaca.

Walaupun ada beberapa pandangan hang yang aku setuju (yang tak setuju banyak), tapi aku tak pernah melontar komen di sini, jauh lagi komen tak bernama.

Tapi yg ni aku setuju sangat-sangat! Hok ni baru hok sengoti dari jiwa Sayuti!

hizbul_999 said...

salam Tuan MSO...

wahh blog abg MSO berwajah baru...satu revolusi nampaknya...harap2 penulisan abg lebih berevolusi juga selepas ini..

lebih gemar membaca blog tuan MSO kerana penulisan tuan tidak berpartisan dan memihak (bias)..

teruskan perjuangan...

daripada anak muda yg sentiasa sabar menanti detik pembaharuan..

suara emas...

YAHYA SAHRI said...

Pas sekarang masuk dalam dunia realiti sebenar...

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan MASO,

Saya suka wajah baru blog ini kerana penampilannya lebih profesional, kemas, bersih, cepat muncul, dan tidak menyakitkan mata.

Ya, saya juga menyokong calon-calon itu tampil di pentas dan menyampaikan buah fikiran mereka supaya perwakilan dapat membuat pilihan dengan lebih tepat.

IbnurRahmat said...

Ana sokong 100% cadangan sifu...
melalui dialog dan muzakarah ilmi di kalangan pimpinan kita..semoga pemimpin yang akan naik menjadi pemimpin adalah mereka yang mempunyai misi dan visi berlandaskan al-Quran dan Sunnah serta banyak memberi manfaat kepada ahli.

Harapan semoga ianya menjadi kenyataan..!! Siru 'ala BarakatiLLAH
Takbiiiirr...ALLAHUAKBAR..!!!

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat!

Cuba kita teliti apa kebaikan dan keburukan disebalik cadangan supaya jawatan no 1 dan jawatan no 2 dalam pas harus disandang olih ulama" dan bukannya profesional. Apa yang kita faham,setiap ahli pas yang berugama islam tanpa mengira bangsa dibolihkan untuk menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan didalam parti ini,namun dengan peraturan ini sudah pastilah terdapat satu syarat khas yang membataskan seseorang itu untuk kepucak jawatan president dan juga timbalan.

Tembak berlin telah memisah diantara para cendikiawan profesional yang berpendidikan ekedemik di oxfort universiti dengan para ilmuan agama yang berpendidikan ditimur tengah.Jika begini konsep pas for all akan dilihat tidak menyeluruh malah sekadar slogan daya penarik orang diluar untuk bersama pas, tetapi ianya tidak meliputi untuk mereka yang sudah menjadi ahli pas.Benarkah?

Misalan mudah difahami jika dikatakan saya seorang tokoh profesional yang berkelulusan diuniversi oxfort terpaksa membuang jauh jauh hasrat dan angan angan untuk menjadi orang no 1 atau no 2 didalam pas.Akan tetapi jika saya berkelulusan dari AlAzhar universiti akan bererti ada harapan cerah untuk saya melangkah jauh.Kenapa bolih jadi begini?, adakah perlembagaan parti ada mensyaratkan sedemikian?


Apa pun perlu diingat,perjuagan Pas adalah berteraskan kepada gerakan islam,segala dasarnya juga berkait rapat dengan hukum hakam agama,jadi mana mungkin mereka yang kurang arif tentangnya(agama islam)untuk bercakap lebih mendalam dan lebih halusi lagi mengenainya.

Selain daripada itu seorang pemimpin pas semestinya mempunyai sifat sifat seorang Daie,mempunyai keimanan dan sering menjalankan hubungan dengan allah dengan cara sering mengadakan dahwah untuk mengajak orang lain turut beramal dengan ajaran kitab Alqur"an dan juga mempunyai kefahaman tentang sirah dan sunnah.

Jadi jika kefahaman sesorang itu secara ala kadar untuk tahap bawa diri sendiri sahaja maka tidaklah nampak akan kehebatan sebuah parti islam itu.Apa pun gabungan kedua golongan ini dapat dikamilkan dalam satu aqidah kerana kedudukan mereka itu tetap murshid (pembimbing) kearah marthotillah. Inilah hikmat dan kelazatan berada didalam saf islam....fikir betul betul!