Thursday, May 14, 2009

Surat Biru Kepada Najib

Najib Perlu Duduk Bersela Dengan Anwar

NAJIB Razak beriya benar mahu dikenali sebagai Perdana Menteri rakyat. Sejajar itu beliau mahu menghakiskan warna dan bintang-bintang bangsawan yang berkelipan di sekeliling dirinya. Sebagai Perdana Menteri rakyat Najib mahu mesra dengan rakyat. Dia akan pergi ke mana saja untuk berjumpa rakyat, baik ada tv cover ataupun sebaliknya.

Maka diciptalah slogan; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!

Najib begitu tidak suka beliau dilebelkan sebagai anak bangsawan atau keturunan bangsawan. Perkara ini bukan rahsia lagi. Apabila saya menulis dan menggambarkan Najib sebagai anak bangsawan dalam sebuah buku berjudul "Siapa Pencabar Anwar" diterbitkan 1998 beliau tidak senang. Beliau sebut dengan seseorang bahawa dia bukan anak bangsawan. Dia tidak suka saya melebelkan beliau demikian.

Dan dalam satu pertemuan eksklusif dengannya, Najib ada mengulangi perkara ini secara tidak langsung. Katanya, apakah kerana dia anak Tun Razak dianggap sebagai bangaswan. Apa erti dan makna bangsa, tanya beliau?

Saya menjawab, bangsawan adalah orang-orang kaya. Berketurunan, daripada orang berpangkat dan berkedudukan. Di luar negara, Perancis, Spenyol, atau Rom bangsawan ini bukan saja kepada golongan ningrat atau raja, tetapi para borjuis. Mereka berkuasa dengan menggunakan kekayaan yang diceduk menerusi ekonomi kapatilis.

Adapun rupa bangsawan ini, cara makannya penuh beradat dan bertamadun. Dia tidak makan dalam tempurung bulu tetapi dalam pinggan bertatahkan bungan emas dan perak. Dia tidak minum dalam tukil bulu macam dalam drma purba, tetapi dia minum dalam gelas krital atau gelas tanah liat yang berbunga emas, biru-biru, kuning-kuning.

Najib tidak senang dengan tanggapan saya itu. Dia tetap menganggapkan dia adalah rakyat biasa. Pemimpin biasa yang mendekati rakyat. Dia bukan duduk atas rumah atau bilik hawa dingin tetapi dia menemui rakyat ke segenap pelusuknya. Katanya sejak dari kecil lagi dibawa ayahandanya ke kampung dan ke desa untuk mengenali kehidupan rakyat.

Saya sangsi ketika itu dengan Najib. Saya kira bila dia jadi PM dia kan arahkan menterinya dari Putrajaya saja. Dia pakai remote control dan bercakap menenuri CCTV. Tetapi ternyata hari ini Najib sudah memulakan untuk membuangkan 'pradikat' bangsawan dan menjadi rakyat biasa.

Betulkah Najib hendak buang wajah dan warna-warna bangsawan tersebut? Bolehkah dipercayai. Di hadapan Najib kini ada agenda besar untuk beliau anugerahkan kepada rakyat dan sekligus membuktikan bahawa dia berjiwa rakyat. Kalau dia benar bukan bangsawan yang hidup menimbang kuasa dan harta beliau kena peka dengan kehendak rakyat.

Nun, di negeri tempoyak, rakyat sedang bergelepar menangih keadilan dari sosok bangsawan itu bergelar perdana menteri. Rakyat Perak mahukan satu pilihan raya diadakan untuk menentukan kebenaran dan keadilan. Pilihan raya bagi menentukan siapa yang rakyat mahukan apakah PK atau UBN. Inilah peluang bagi Najib membuktikan apa yang diucapkan itu. Kalau beliau responsif kepada kehendak rakyat jelata beliau kena lakukan sesuatu.

Saya setuju dengan kata Najib, pilihan raya bukan satu-satu caranya menyelesaikan kemelut politik tempoyak di Perak. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bergantung kepada Sultan Perak. Kalaupun seluruh rakyat dan Najib ingini tetapi Sultan Azlan tidak mahu beri perkenan, ia tidak boleh dilakukan. Ia tidak menjadi realiti kerana kata pemutusnya ia mutlak ditangan Sultan.

Kata Najib ada cara lain. Apakah cara itu? Saya melihat cara yang dimaksudkan Najib itu ialah berbaik dengan pembangkang. Najib perlu duduk sekali dengan pembangkang dan bincang. Pembangkang juga nampaknya sudah membincangkan strategi untuk memperbetulkan politik di Perak.

Apakah sebagai jalan penyelesaiannya Najib bersedia mengundang atau menerima undangan pembangkang untuk bincang ke arah mengadakan kerajaan bersama dengan Pakatan Rakyat - UBN di Perak. Kalau ini berlaku ia dapat menyelesaikan masalah. Kerajaan bersama ini tidak semestinya kekal dan ia berlangsung selama penggal parlimen ini saja. Selepas ini bila pilihan raya ke 13 diumumkan keduanya berlawan antara satu sama lain bagi menentukan kekuatan dan keadilan sebenar.

Pada saya banyak tenaga, kewangan dan masa boleh diselesaikan. Kedua pihak baik PK dan UBN jangan terikut sangat dengan jeritan emosi di bawah. Rakyat dibawah yang kadang-kadang sudah tidak waras hanya mahukan peperangan dan peperangan saja. Ada juga seorang dua pemimpin kononnya bermartabat tinggi tetapi menolak kerjasama atas sebab-sebab dangal dan begitu ego sekali. Jeritan demikian sama sekali tidak waras dan profesional!

Di sinilah memerlukan kebijaksaan orang bernama pemimpin seperti Najib, Muhyiddin Yaasin, Zahid Hamidi, Shafei Afdal dan Hishamuddin Hussein, (di belah UBN) dan pemimpin-pemimpin agung bernama Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, Lim Guan Eng, Azizah Ismail, Syed Hussein Ali, (di sebelah Pakatan Rakyat). Saya yakin dan percaya kalau mereka ini waras dan tidak terikut dengan sumpitan emosi rakyat dan individu yang ego itu kejernihan dapat dicari. Salam malam Jumaat. [wm.kl.9:45 pm 15/05/09]

3 comments:

mathanis said...

Salam MSO..Saya jugak setuju dengan pandangan DS Najib...pilihanraya tidak semestinya menyelesaikan maslah di Perak..walaupun begitu sudah bertahun-tahun rakyat dimanjakan dengan PILIHANRAYA..mengapa idea ini dikatakan demikian pulak..kalau rakyat nak pilihanraya..maka beri la..apakah pemimpin ini ada agenda lain ka dengan mengeluarkan ide sedemikian..RAKYAT DIDAHULUKAN..baru tengok parti pulak..

affandi said...

Salam,
Namun bg sy jaln trbaik adalah pembubaran dun,sb mgkt krnologi peristwa pengbungn kerajaan/parti antra bn dan pembkng selalunya mgakibtkn impak yg negatif pada sesebuah parti mgkn itulah yg mjdi pobia pada tuan guru nik aziz,walaupun diperak cuma memerlukan pengabungn 2 kerajaan namun spt kata tuan lafaz dan sumpah orng politik slalunya tdak spt yg dijangkakn..maka lbh baik secra total diberi pd rkyat untk memilih dan ia dpt mghndarkan dr brlakunya krisis dlm kerajaan cmpuran atau mgkn juga ada unsur sabotaj..wallahualam.

MSDoubleU said...

Najib kata pilihanraya adalah satu option dan dia tidak takut dengan pilihanraya. Jadi oleh kerana kehendak rakyat Perak yang rata-rata mahukan pilihanraya, saya sarankan bubarkan DUN dan serahkan pada rakyat Perak untuk menyelesaikan masaalah Perak. Jangan sekali-kali kaitkan sultan dalam hal ini dan jangan selindung dibelakang sultan. Sultan akan bubarkan DUN dengan arahan MB.