Tuesday, September 29, 2009

Celoteh Murai 54

Kakaktua dan Salentia Saling Bantu Membantu Basuh Berak

WAH.... bukan main lagi si Kakaktua menempelak Tok Lebi Sikul dengan mengatakan Tok Lebai Sikul kena bertanggungjawab atas kegagalannya memajukan negeri yang diperintahnya. Kakaktua merujuk kegagalan Tok Lebai Sikul itu kepada jawaban balas kawannya si Salentia yang dihina oleh Tok Lebai Sikul.

Tok Lebai Sikul tidak boleh tahan dengan sikap mulut berus, stail makan menyodok dan bijak memutar lidah serta sanggup menampal muka dengan kulit seladang (di bahagian jubur) oleh Salentia itu, telah menghina Salentia dengan mengatakan amal ibadatnya tidak diterima Tuhan dan menganggapnya sebagai sampah.

Maka melentinglah dan merasa hina dinalah si Salentia dengan kata-kata Tok Lebai Sikul itu dan dibalas dengan gesaan supaya Tok Lebih Sikul berhenti dari kerjanya. Khabarnya ada lebih 10 sebab yang diberikan oleh Salentia kenapa Tok Lebai Sikul perlu berhenti. Antaran alasan itu ialah kerana gagal membawa pembangunan dan sudah nyanyuk.

Kata-kata dan kecaman ke atas Selentia oleh Tok Lebai Sikul memang pedih dan memanaskan telinga. Kalau Murai pun mungkin akan merasa begitu juga. Betapalah kalau kata-kata itu sahih maka sia-sialah hidup Salentia atas muka bumi ini macam belon yang dipam angin dan dilepaskan ke udara. Ianya akan menanti masa jatuh ke bumi saja tanpa ada apa-apa kemuliaan dan makna. Ibarat belon kalau jatuh ke bumi tidak akan ada sesipa nak mengembumikan jasadnya...

Bagi si Kakaktua pula yang bersahabat baik dan menerima jasa Salentia turut terasa atas penghinaan Tok Lebai Sikul kepada Salentia itu. Perbuatan Tok Lebai Sikul iru dirasai oleh Kakaktua seperti cubit paha kanan paha kiri juga terasa sakit. Kerana itu Kakaktua membuka mulut tumpang sekaki menyerang Tok Lebi Sikul. Sebenarnya juga Kakaktua sudah lama berbulu dengan Tok Lebai Sikul ini. Jadi bila ada bola tanggung dia akan terus melibasnya.... piutttt....piutttt...

Apabila si Kakaktua turut tumpang semangkuk... mengomen dalam 'perbalahan' Tok Lebai Sikul dengan Salentia itu Murai tidak merasa pelik dan hairan sikit pun. Walaupun Salentia adalah mahluk paling hamprak dan tidak bermoral, tetapi ia tidak pada Kakaktua. Bagi Kakaktua yang juga sejenis dengan sifat Salentia, penganutan Machiaveliasm sikap Salentia itu adalah mulia. Sebab itu Kakatua bermadah orang seperti Salentia perlu ada di atas muka bumi ini.

Murai setuju 99.9 peratus dengan kata-kata itu, Salenia perlu ada. Kalau Salentia tidak ada sapa nak makan bangkai labah-labah, tikus, lipan, ular, biawak, cicak, tenggiling, musang dan lain-lain lagi itu. Hanya lidah Salentia saja tergamak menyambar dan cekap memaham segala macam najis Mutawasitan itu.

Selain itu orang lain juga kena faham kenapa si Kakaktua beriya membela Salentia. Semasa si Kakaktua sudah hampir tidak berguna apabila jawatannya sudah tiada, si Selentia inilah yang mengusungnya ke hulu ke hilir macam membawa keranda usang untuk mencari mayat, bagi mendapat perhatian dunia. Ditahan belakangnya untuk 'dirukas' oleh si Kakaktua ke mana-mana sahaja. Masa itu kalau diimiginasikan perbuatan Salentia memikul si Kakaktua itu macamlah Lebai Sikul memikul guni dedak....

Jadi janganlah sesiapa merasa harian kalau si Kakaktua memuji tindak tanduk Salentia yang menghentam Tok Lebai Sikul. Kerja si Kakaktua kini ialah untuk membantu memersihkan jubur Salentia sebagai membalas budi dan jasa yang Salentia lalukan kepadanya selama ini. Yang mana Salentia bukan saja setakat sanggup membersih jubur si Kakaktua yang cepuah dengan najis tetapi Salentia pernah menjilatnya. Jadi kalau Kakakua kata orang macam Selentia perlu ada tepatlah kerana Salentia saja yang tergamak menghidu juburnya!

Murai: Sesekali terasa ingin bertanya Salentia macam mana bau punggung si Kakaktua, wangi ke? Si pembacuh kopi tentu tersenyum... mendengar pertanyaan ini.

6 comments:

manbesut said...

Salam kepada semua, sebagai manusia biasa, TGNA tentunya tidak terlepas dari melakukan kesilapan, dan saya berpendapat memberikan kerusi parlimen Pasir Mas kepada manusia yang bernama ibrahim ali adalah kesilapannya yang terbesar.Namun adakah ianya sesuatu yang kita harus kesalkan? Saya rasa tidak, kita mesti memandang ke hadapan. Apakah ianya mengurangkan sokongan rakyat kepada TGNA secara khususnya dan PAS secara amnya? Dirasakan semakin bertambah. Apapun, saya rasa merasakan bahawa umat Islam di negara ini mesti bermunajat kepada Allah SWT supaya manusia yang berwatakkan BINATANG ini diberikan hidayah olehNYA dan dikeluarkan daripada KESESATAN yang nyata ini.

BaYu SenJa said...

Alangkah amannya jemaah kita, kalau kesilapan pada ijtihad politik macam ini tidak diriuhkan dan saling bercekak pinggang menghentam pihak lain dalam jemaah kita yang sama.

Saya lihat kesilapan ijtihad politik TGNA ini sama saja dengan kesilapan ijtihad politik Presiden dan Timbalannya tentang kerajaan perpaduan.

Kedua-duanya ialah ijtihad politik. Cuma untungnya, kesilapan TGNA ini tidak dieksploitasi oleh pihak2 tertentu dalam jemaah untuk mencari kepentingan sendiri di samping menjatuhkan dan menyerang pihak yang tidak sebulu walaupun dalam satu jemaah yang sama.

Kalau ikutkan, pimpinan yang dihentam oleh TGNA dalam kes hari tu boleh membuat serangan balas. tetapi alangkah bijaknya dan hikmahnya mereka yang diserang hari itu lebih mengutamakan jemaah lalu tidak mengambil kesempatan ini untuk kepentingan peribadi agar tidak jemaah teguh teguh dan tidak kecoh macam hari tu.

Pemimpin diberikan ruang utnuk berijtihad dalam urusan politik mereka demi kepentingan jemaah, tetapi kadang-kadang berlaku kesilapan.. Apapun bagi mereka yang salah ijtihad juga ada 1 pahala iaitu kerana berijtihad, tetapi yang betul dapat 2 pahala.

Harapan saya, setiap kesilapan dalam ijtihad haruslah diatasi atas satu suara dan satu jemaah mcm kes ini.

BKPITI said...

Saudara Manbesut & Bayusenja..
TGNA beri tempat pada Saudara Ibrahim adalah untuk memberi ruang & masa kpd nya untuk bertaubat sepanjang menjadi wakil Bee End dulu.. Cara TGNA memberi ruang itu adalah terbaik BUKAN tersilap..

Hero said...

hahahahaha.. inilah artikel blog paling best saya baca lepas raya nih.. syabas MSO.. jgn bagi can langsung..

tak lama lagi ada laa ameno haprak (tapi tak ngaku) yg akan kritik artikel nih dengan macam2 nasihat dan madah stail ameno bengong.. lantaklah..

teruskan perjuangan, tuan!

ANAFAKIR said...

salam buat semua..
Biarkan brahim ali tu merasakan diri mendapat tempat dihari rakyat kelantan terutamanya orang-orang pasir mas tu..biarkan.mudah-mudahan itu akan menghanyutkan dia dengan prasan sendiri.Sebenarnya ada hikmahnya TGNA beri peluang kepada brahim ali menjadi wakil rakyat kat pasir mas tu,kerana jelas lagi bersuluh orang bernama IBRAHIM B ALI ini sejenis spesies yang tidak boleh dibuat kawan apatah lagi untuk dijadikan sahabat..jauh sekali, eh silap berkali-kali, dan kali dan kali lagi.UMNO memberi peluang kepada dia dah berapa lama tetapi berapa ramai pemimpun UMNO di kelantan dia buat 'balah' Tok Pa, Nuar Musa, Zaid Brahim antara yang pernah dimusuhi brahim, kenapa macam tu? sebab brahim ni jenis manusia yang tidak boleh lihat orang lain lebih dari dia..busuk hati dan dengki itu memang tersimpul mati dalam pedal dia.Setelah UMNO tolah dia, dia mcm kepanasan..melalak, melolong macam orang gila..akhirnya dapatlah bertenggek di serambi PAS, minta belas ihsan Tok Guru.Sikap dan budibicara Tok Guru kenan pada tempatnya..memberi peluang kepada Brahim ni untuk berubah sikap.Nampaknya itu manusia bernama brahim ali ni,di mana-mana pun dia berada, dia tak akan kekal lama..ada-ada sahaja perangai bangang dia tu.Selepas ini..dia nak kemana?UMNO dah tolak, PAS menghalau.Nak bersama Tun M..apa yang Tun M ada? parti pun jadi pengikut je..cuma harapkan jasa sebagai bekas PM je la.Tu pun pimpinan UMNO ramai yang mencemuhnya.Isu Isa Samad, dia berkerat rotan tidak setuju kalau dicalonkan di Bagan Pinang tetapi Tok JIB dan Tok Yidin tetap pilih Isa juga..dan andaikata UMNO memberi peluang kepada brahim menjadi ahli UMNO..percayalah..akan datang PRU ke-13, calon yang paling kalah teruk ialah brahim ali [ kalau dia menjadi calon untuk UMNO la ],silap-silap haribulan hilang wang deposit kerana orang UMNO Pasir mas pun benci dan meluat ko brahim ali nih.Dalam UMNO pun tak dok sapo pun yang memberi sokongan moral kepada brahim ali cuma Tok Ali Rustam je la tu pun antara insap korup juga.Dah tak ada kredibiliti dah dalam UMNO..selepas ini, orang bernama Ibrahim Ali ini akan 'mati beragan' kata orang Kelantan....kepada brahim tak berani letak jawatan, sbb kalau dibolehkan dia bertanding semula dlm PRK sebagai calon bebas atau atas parti mana pun buat masa ini, sah lagi sahih dia kalah...jadi selagai ada hayat dia jadi YB ini, dia akan melalak sepuas mungkin dengan niat UMNO akab ambil dia semula.Dia akan bodek sana-sini dengan harapan sebelum tempoh hayat dia sebagai YB tamat di berjaya menjadi ahli UMNO...pada saya UMNO usahlah mendukung biasa hidup ni, tah-tah ada lagi perumpamaan lain selain biawak hidup untuk digambarkan kepada brahim nih...teruknya dia.Tak kenang budi, kaya raya kerana UMNO pun tak sedar diri, kutuk, hina dan kata-kata macam-macam dulu kepada Tun M..tetapi sekarang menjilat ludah pulak..brahimmmm....brahimmmm...PAShalau, UMNO tolak..nak kemana lagi?..insaflah orang yang bernama IBRAHIM B. ALI,..masa depan dalam politik dan gelap.suram dan lebur dah untuk mu.Makin mu lawan TGNA makin teruk mu kena maki dan orang benci.Bukan orang sayang ko tok guru sangat pun tetapi kalau nak dibandingkan perangai mu dengan perangai tok guru tu,,perangai mu lebih teruk dan teramat teruk dari tok guru. Tok guru akhlknya baik, tawaduk, alim dan disayangi rakyat kelantan..mu ada gapo?menang piliharaya pun atas ihsan orang jah..malu, malu, malu....lu pikir la sendiri.

Puan Ainon Mohd. said...

Tak baik mengatakan orang menggunakan bahasa-bahasa yang tidak baik.....