[kemaskini] RUPANYA semua orang Melayu yang berparti politik mahukan kepada Islam. Agama Islam tidak boleh dipisahkan dari politik. Ia sebagai modal dan aset paling ampuh buat parti politik. Kalau tidak ada perkataan Islam dalam parti politik, parti politik itu macamlah makanan yang tidak dimasukkan ajinomo. Parti itu tidak menarik dan berperisa. Sebab, Islam adalah agama utama dan asas orang Melayu negara ini. Sentimen agama cukup tinggi dan hebat sekali dalam politik.
Cubalah, sesiapa yang mengenepikan agama atau tidak menghiaskan diri mereka dengan kosmetik agama, akan ditolak. Sebab itu orang mempersendakan agama dikecam oleh orang yang menjadi pengamal agama yang tegar pun! Sebab itu bila Nik Aziz Nik Mat mengatakan sosialis adalah anak komunis maka Syed Husin Ali enggan bertanding di Kota Bharu kerana dia tahu dia akan ditolak pengundi yang bersentimen agama.
Kecuali Melayu yang dibasuh kepalanya dengan kebendaan dan agama hanya menjadi sebahagian ritual kehidupan mereka tidak merasakan agama itu penting. Bagi mereka agama itu hanya bahan sampingan yang tidak memberi bekas sedikit pun.
Kerana itu sama ada tokoh politik itu berkelayakan, berautoriti atau tidak mereka akan cuba juga bercakap fasal agama dalam parti mereka. Setidak-tidaknya kalau tidak boleh membaca ayat-ayat Quran atau hadith dalam bahasa Arab akan cuba diangkatkan terjemahannya dan filsafatnya dalam bahasa Melayu. Semua itu untuk menunjukkan dia adalah pengasih kepada agamanya.
Semalam Najib Razak cuba mempertahankan parti yang dipuasaki dari ayahnya sebagai parti Islam. Semasa berbuka puasa dengan peneroka Felda di Kedah, katanya Umno adalah perjuang Islam sebenar walaupun ia tidak menggunakan lebel-lebel Islam. Kenapa tidak mahu guna lebel Islam?
Alasannya mudah sekali, ini kerana Umno memperjuangkan untuk memajukan rakyat menerusi pelagai projek pembangunan seperti Felda adalah perjuangan Islam. “Apakah yang Umno buat kini bukan selari dengan Islam?” tanya beliau.
Najib berkata begitu bersadarkan kepada satu hadith yang bermaksud, kemiskinan itu akan membawa kepada kekufuran. Hadith ini adalah butiran ratib tokoh-tokoh Umno sejak dulu, kini dan selamanya. Dalam mempertahankan dasar sekular Umno hadith inilah yang menjadi sanadnya sepanjang zaman.
Jadi selama ini Umno membuat projek untuk memberi kesenangan dan kekayaan kepada orang Melayu bagi menghindarkan mereka dari kekufuran. Kufur boleh menyebabkan mereka akan terjerumus ke dalam neraka. Bukan saja kerana menyertai Umno akan kufur tetapi miskin melampau juga kufur! Orang miskin yang tipis iman akan mudah memikirkan hal-hal negatif mengenai keadilan Tuhan kepadanya yang memungkinkan ia tersalah anggap terhadap takdir Tuhan itu.
Bagaimana pun tidak semua yang miskin itu kufur. Bahkan ada yang miskin mempunyai daya keimanan yang tebal dan zuhud mereka kepada Allah lebih daripada yang kaya. Jika mereka redha dan sedar dengan kemiskinan mereka, mereka masih berada atas keimanan yang sebenarnya dan jambatan ke syurga akan terbentang juga buat mereka. Untuk ke syurga tidak ada karcis kebendaan.
Argumen Najib itu sangat mudah dan ringkas sekali. Benar Islam itu ringkas dan Islam itu tidak ada paksaan - la ikrafidin. Tetapi dalam hal-hal tertentu ia juga sulit dan memerlukan pengamatan dan pengorbanan (ujian) yang tinggi. Islam itu mencakupi alam nyata dan alam ghaib. Nama lagi akidah maka ia begitu seni dan halus. Islam mempunyai dua dimenasi, zahir dan batin.
Kenyataan Najib itu dilihat sambungan terhadap apa yang beliau ucapkan di Kuala Krai yang memberi ingatan kepada Pas supaya jangan melihat Umno sebagai menganut Islam luaran sahaja. Najib kecewa dengan kata-kata Nik Aziz yang berbunyi; sesiapa yang memisahkan iman akan tidak masuk ke syurga. Bagi Najib kata-kata Nik Aziz itu ditumpukan kepada Umno dan ia sangat mencela parti itu.
Mengambil kira hal ini Najib begitu takut kalau dia dan ahli Umno tidak akan masuk ke syurga. Maka beliau kena jawab kenyataan Nik Aziz itu dengan mengatakan atau menghujahkan Umno memperjuangkan Islam sebenarnya. Yang lebih penting jawaban itu bagi tidak menakutkan ahli Umno dengan neraka tafsrian Nik Aziz itu. Ingatan kepada Najib dan sesiapa saja untuk memasuki ke syurga Allah bukan berdasarkan kata-kata tetapi harus berbuat – amal.
Kenyataan terbaru Nik Aziz pula sebagai membalas kenyataan Najib, katanya mana-mana perjuangan yang mengambil dasar kebangsaan ia umpama setinggan di bawah langit. Tahap dan taraf setinggan ini katanya kena dirobohkan. Memahami kata-kata Nik Aziz itu, perjuangan Umno samalah dengan setinggan yang tidak perlu disokong.
Pada kaca mata Nik Aziz tidak ada jurus yang elok dan baik pada Umno, semuanya buruk dan huduh. Apakah Umno akan melayan gelaran baru Nik Aziz kepada Umno ini? Umno tidak akan menang dalam berpolemik dengan Nik Aziz. Dalam minda orang Melayu terkini kupiah tetap mengatasi songkok!
Memang benar dan tepat apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz. Perjuangan yang selain berdasarkan Islam adalah bathil. Perjuangan berdasarkan bangsa, kaum, negeri, tokoh, sentimen, semangat adalah bathil, kerana dasar yang betul ialah perjuangan berlandaskan kepada agama (Islam). Sebab itu Tuhan menyebut Islam itu diturunkan untuk membawa keselamatan (rahmatanlilalamin) kepada semua termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bukit bakau.
Tidak ada ayat-ayat mengatakan Umno diturunkan untuk keselamatan, atau Pas diturunkan untuk kemajuan, atau PKR dizahirkan untuk kedamaian. Atau DAP dimunculkan untuk kebebasan sosial, atau MCA dan MIC untuk kemerdekaan kaum mereka. Tidak ada! Tidak ada!
Kenapa Nik Aziz menganggap Pas sebagai Islam sejati kerana Pas berlandaskan kepada Quran dan Hadith. Itulah yang dilaung-laungkan oleh para ulama dan ustaz dalam Pas sejak dulu lagi. Pas berbangga dengan dasar parti mereka. Manakala Umno pula meletakkan bangsa sebagai dasar dan matlamat perjuangannya. Umno mahu memperjuangkan bangsa di mana dalam pendangan Pas dasar berkenaan sebagai bathil.
Dalam pada itu Umno mempertahankan mereka juga memperjuangkan Islam dengan perjuangan bangsa itu kerana bangsa Melayu itu automatik menganut Islam. Dalam erti kata lain Umno membungkus Islam itu dalam bangsa Melayu. Ini tidak ‘dikelih’ oleh Pas dan Nik Aziz atau beliau sengaja menutup mukanya dengan serban dalam menyilau helah ini. Nik Aziz mahu melihat perkataan agama itu didepan bangsa itu, ataupun biarlah nama Islam sahaja tanpa ada gandingan dan akronim lain.
Di sini saya tidak mahu mencari jawaban hujah siapa yang betul dan benar. Saya menerima kedua-duanya sebagai betul. Baik Umo dan Pas sama-sama betul dalam pegangan itu. Tetapi apa yang hendak saya persoalkan di sini, sejauh manakah 'keaulitan' dasar itu dalam perjuangan. Apakah di sini kita mementingkan dasar daripada apa yang terhasil dari tindak tanduk dan implimentasi kita?
Apakah sesuatu perjuangan itu cukup dengan membentangkan dasar-dasarnya saja. Ia sudah cukup walaupun pelaksanaan kepada dasar itu masih tertangguh atau tidak terbuat. Dalam kata mudah, sahkan amal ibadat itu kalau hanya dikerjakan setakat dengan niat sahaja?
Pas menggariskan dasar Islam yang bersinar banar dalam perlembagaannya. Tetapi dalam masa sama masih ada sikap, perbuatan pengamal atau pejuang dasarnya bertentangan dengan dasar Quran dan Hadith sendiri. Apakah ini tidak salah? Ada juga konsepsi dalam Pas, Pas hanya perlu nampak indah atau Islam itu cukup menjadi amalan pemimpinnya saja tetapi tidak kepada ahlinya sama. Sebab itu kehebatan dan kewarakan Nik Aziz diuar-uarkan dan dibanggakan oleh Pas. Sebagai umat Islam ahli Pas kena ingat bahwa Nik Aziz tidak mempunyai safaat untuk merekminkan mereka memasuki syurga. Syurga itu adalah hak individu yang diperjuangkan bersama. Perjuangan Pas tidak syumul kalau yang Islaminya hanya Nik Aziz saja.
Dan bagaimana kalau pihak Umno atau pihak-pihak lain yang tidak meletakkan dasar berkenaan tetapi mereka bertindak sealiran dengan matlamat Islam itu? Apakah kerana Umno tidak meletakkan dasar Islam kandatipun ada ahlinya mematuhi perintah Allah taala maka ia terbatal sebagai ahli syurga?
Asas atau pokok Islam ialah mentauhidkan Allah s.w.t. dengan kalimah syahdat, La ilahaillah waashadu ana Muhammadul Rasulullah. Sesiapa yang mentauhidkan Allah maka seseorang itu automatik menjadi pemeluk Islam dan berpeluang untuk mendiami syurga-Nya. Tetapi selepas dia mentahudikan Allah dia harus melaksanakan ajaran-ajaran yang dituntut dan diwajibkan.
Belajar ini adalah wajib. Orang bodoh tidak akan dapat masuk syurga! Kerana dengan kebodohan mereka tidak akan menemui papan tandan dan simbol-simbol ke syurga. Apakah selama ini Pas dan Umno hanya mengharapkan imbuhan Allah dengan kalimah syahdat sahaja tanpa berbuat dan berusaha melaksanakan segala perintah Allah?
Mengikut dasar dan prinsip perjuangan, Pas memang berada dalam kawasan lebih kondusif, mewah dan istimewa dari Umno yang dihumban ke pantak setinggan oleh Nik Aziz. Tetapi Pas kena ingat kalau mereka ditempatkan di kawasan mewah dan istemewa seperti taman, kondominium, banglo dan sebagainya tetapi kalau penghuninya tidak sedia mematuhi rukun-rukun hidup berkomuniti ia tidak memberi makna. Taraf mereka juga sama rendah dengan setinggan.
Sebaliknya kalau masyarakat setinggan dapat hidup harmoni, biarlah tidak ada fasalitis berkelas mewah namun mereka mungkin lebih bahagia dari pengundi di tempat mewah. Di sini lokasi tidak menjadi perhitungan yang penting sejauh mana komuniti itu dapat hidup aman dan rukun dalam kawasannya. Menjadi setinggan tidak hina kalau mereka dapat hidup aman dan damai. Manakala menjadi penghuni di lokasi mewah lebih bererti lagi kalau semangat kejiranan dan hidup rukun damai terlaksana! [wm.kl 11:20 am 11/09/09]

2 comments:
di bulan ramadan ini semua syaitan telah dirantai jadi tidak ada lah lagi hasut-menghasut syaitan dalam kerjanya melaga-lagakan manusia
PAS sering berkata bahawa tawaran Najib untuk berunding hanyalah dalih bahawa tujuan tak lain dan tak bukan hanyalah nak perangkap PAS, tetapi sampai bilakah PAS hendak terus-menerus paranoia sedemikian
bukankah lebih baik PAS langsung tak layan kerenah UMNO tersebut supaya lebih fokus kepada perkara lain yang lebih penting menunaikan ibadah puasa dan lebih mendekatkan diri kepada Allah dari hal-hal dunia
TGNA pula tak perlulah memberi komen pasal rundingan tu kerana semua orang di Malaysia hatta seluruh dunia sudah tahu akan sikap sensitif beliau menegnai muzakarah, unity gov atau sebagainya
samalah halnya dengan Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi yang kadang-kadang terlebih - lebih pula
ampun tok guru bilal dan ustaz kami tetap sokong PAS hingga ke akhir kali ni....
bagi saya,hujah dan pendapat mereka berdua itu untuk mengukuh kan politik semata-mata dan bukanlah berhasrat untuk membantu rakyatnya..
apatah lagi terlalu banyak isu-isu negatif di negara ini masih belum selesai..
kebanyakkan YB-YB di negara ni turun padang bila media dah masuk campur..memang susah nak katakan yang mereka-mereka ni(YB),menyokong dan membantu rakyat dalam memperjuangkan hak-hak rakyat..mungkin masalah yang besar sahaja baru nak bantu,tapi yang kecil-kecil diketepikan..
tengok sahaja mana-mana negeri,apabila media TV3 masuk buat dokumentari,baru mereke-mereka ni(YB) sibuk nak turun padang nak tayangkan muka..
bagaimana perdana menteri kita nak uruskan segala-galanya tanpa bantuan mereka-mereka ni??(YB)
Rakyat takkan miskin sekiranya bantuan diberi dan dihulur secara ikhlas..jalan-jalan diratakan,rumah-rumah diperbaiki..
Entah mengapa saya merasakan bahawa semenjak pemerintahan Perdana Menteri kita yang baru ini,sudah kurang bantuan dihulurkan kepada rakyat,tak seperti semasa pemerintahan Mantan Perdana Menteri Yang ke-5..
Saya berharap sangat kepada YB-YB
dinegara ini memberi sokongan sepenuhnya kepada rakyat dan bukan sekadar janji manis sahaja..
P/S:masa kempen,janji ditabur-taburkan,lepas undi,janji dilupakan.
Post a Comment