Wednesday, May 19, 2010

Celoteh Murai 70

Si Melayu Melaun Seorang Ini

MURAI diberi tahu seseorang ada seorang orang Melayu marah betul bila orang Cina di Sibu menolak dan mengnyahkan BN dari hati mereka sehingga BN kalah terkangkang di pilihan raya berkenaan. Bila Cina Kuala Kubu Baru (KKB) tidak undi BN si Melayu keturunan malaun ini juga marah-marah kepada masyarakat Cina di situ.

Siap dengan nasihat perdana menteri supaya tangguhkan peruntukan untuk orang Cina di situ. Nasib baiklah perdana menteri itu cerdik dua inchi dari si Melayu melaun ini. Diberinya juga peruntukan yang berupa rasuah politik semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor tempoh hari.

Coba, kalau PM dengar nasihat si Melayu melaun ni, naas lagi BN.
Itu pun dalam Najib dok beri peruntukan kepada Cina di Kuala Kubu Baru, Cina di Sibu tetap tolak BN. Bayangkan kalau Najib tak beri dan mendengar nasihat Melayu malaun itu mungkin majoriti DAP di Sibu sampai 5,555.

Kata orang yang bercerita dengan Murai itu, bila BN kalah di Sibu sekali lagi si Melayu melaun ini melalak dan marah dengan orang Cina Sibu kerana tidak undi BN. Katanya orang Cina di Sibu tidak ada integriti! Wah... integriti apa beb? Sedap kalau cakap. Memanglah lidah tidak bertulang. Putarlah selagi boleh putar dan boleh belit.

Mengenang manusia seperti ini rasa Murai elok kalau kita berpakat doa ramai-ramai supaya Tuhan mengubah ciptaan-Nya supaya menjadikan lidah si Melayu melaun ini bertulang. Biar dia tidak mudah membelit kata-kata dan konsisten dengan perkataannya. Apakah dia lupa kepada dirinya sendiri lebih cabuk dari biawak pasir sungai Tembeling.

Kalau nak kata orang Cina tidak ada integriti kerana tidak berterima kasih atas rasuah politik dilakukan Najib, macam mana pula dengan diri kita. Adakah dirinya seorang berintegriti?
Murai sudah lama suruh si Melayu melaun ini kencing dalam tempurung bulu dan tilik mukanya sendiri.

Tengok elok-elok macam mana wajah sendiri sebelum hendak kritik atau nak kata orang tak ada integriti. Cermin... usahlah diberikan kepadanya, cermin sudah lama tidak mahu menerima bayangan wajahnya. Jadi tempat menilik paling molek ialah dalam tempurung bulu.

Murai rasa manusia ini hanya tahu ucap perkataan berprestij - integriti itu, tetapi tidak tahu akan makna dan tafsirannya. Biarlah Murai jelaskan sedikit apa ertinya integriti. Integriti membawa maksud boleh dipercayai, berwibawa dan baik.

Misalnya kalau kita berjanji kita tunaikan janji. Kalau kita mengeluarkan fikiran, fikiran kita bernas dan berkualiti, boleh dipakai.
Kalau orang memberikan kita peluang bertanding menggunakan lambang mereka, kita menang kita perlu berterima kasih kepada orang yang berbudi itu, bukannya mengeji orang itu. Bukannya menggunakan kemenangan itu untuk menangguk kepentingan diri atau dijadikan alat untuk kembali ke jelumun lama.

Kalau orang berbuat baik kepada kita, membantu kita, kita hendaklah berterima kasih dan insaf. Integriti juga termasuk orang yang bercakap dengan sopan dan santun dan tidak mudah melacurkan diri. Disamping itu kita perkuatkan takwaan kepada Allah s.w.t Itu integriti.


Cuba tilik kepada diri kita, apakah sifat-sifat dan nilai integriti itu ada kepada kita. Jadi kalau diri kita pun tidak ada integriti usahlah kita nak bercakap menegur dan mengkritik orang lain sebagai tidak berintegriti.

Perbuatan seperti itu samalah orang yang berak dalam kain pelikat sambil berlari dan tidak tahu membasuhnya tetapi dia masih merasakan dirinya wangi macam attar dari Saudi Arabia.

Murai: Disamping berintegriti, Murai juga berintegrasi!

7 comments:

Harris said...

Hehe..Mmg beliau kna cerminkn wjhnye dlm tempurung bulu tu.Mgkin dia akan bru sedaq agknye kot..salentia oh salentia.....

mr edz said...

memmang geli nak sebut nama dia ni

Unknown said...

Tuan MSO, syabas, salentia tu memang patut diajar.

p/s: saya rasa ALLAH S.W.T bukan ALLAH S.A.W.

ANAFAKIR said...

saya tahu siapa MELAYU yg tuan MSO maksudkan tu..kija dia mmg camtu la.Dia lupa daratan, tidak kenang budi, maruah diangkat oleh parti lain demi ehsan kemanusiaan dia tak sedar2 juga.Nak cari kat mana lagi jasa mcm PAS buat tu?DSAI dulu pun, apa tak kata pada PAS tapi bila susah Arwah Dato'Fadhil Noor juga yg terawal berada di sebelahnya memberi sokongan..

Pasal PRK Sibu..utk pengetahuan Selentia dan Melayu2 yg blum faham politik org Cina..sejarah ketamadunan bangsa China menggariskan 3 perkara.Jika 3 perkara ini diganggu..mereka [ org2Cina] akan bangkit menentang,iaitu;
1. Ekonominya
2. Pendidikannya
3. Budayanya..

Sekarang ketiga2 perkara di atas UBN telah membuat kesilapam besar..so sekarang mereka menunjukkan penentangan sbb dah lama bersabar dgn kerenah dan sikap UBN.Mereka bijak berpolitik.Tidak perlu kempen,ceramah atau momokan sbb mreka sendiri mencari maklumat, menyelidik, menyiasat seteliti mungkin.Mereka sentiasa menerima input daripada pemimpin kelompok mereka.Jadi bila PRK atau PRU mereka dtg dan undi parti yg mereka rasa boleh bantu mereka walaupun tanpa parti pun mereka mampu utk hidup mewah..

Tak percaya?Tunggu PRU akan datang nak atau apa kata hati mereka..bersediala menerima khabar buruk dari pngundi Cina.Mereka sepakat utk bersama menyokong kerajaan yang baru iaitu PAKATAN RAKYAT..

Anonymous said...

Sejahtera Tuan Haji,
gua manyak paham, klau ramai orang China tarak sokong umnomcamic=BN, mesti ada orang bangkit isu perkauman & China tak kenang budi. Apakah budi itu projek 'mee magi' pada waktu mengundi? Kami orang China telah anggap Malaysia adalah tanah tumpah darah kami, kami paham / hormat hak melayu-bumiputra.Kami anggap Melayu seperti adik-abang kami. Sama2 memerlukan. Tetapi setiap kali UBN kalah pilihanraya @ takdapat undi majority China - isu perkauman dibangkitkan. Umumnya kini, orang China tidak lagi peduli dengan segala media TV & media cetak seperti Utusan Malaysia & Berita Harian. Kenyataan PM & Menteri Kabinet tidak lagi mereka peduli. Zaman IT tuan haji. Kami lebih percaya dengan media baru.

Tokoh2 NGO Melayu amat menakutkan kami & kami anggap mereka ini karut & hantu.

Jangan terkejut bagi orang China pemimpin Melayu yang dikagumi oleh kami seperti Tok Guru Nik Aziz Anwar Ibrahim. Mereka seolah-olah bapa pelindung/penawar pada kami.

mantaro said...

Kalau otak pimpinan Perkasa diterima pakai.Jawabnya hancur budak sekolah.Cikgu perkauman,ajar anak bangsa saja.Sekolah majoriti bukan Islam.Kita ajar ,ikut sukatan.Cukup bulan dapat gaji.Itu jika ikut otak BTN dan Perkasa.Rasanya sekolah yang bermasalah disiplin Pengetuanya Perkauman Sempit.

Unknown said...

Salam Tuan MSO

Malaun melayu ni sdang promosi diri sendir kerana masa untuk dia ada dalam parlimen tinggal setahun lebih lagi. apa saja yang dia buat adalah untuk memancing umno agar memilih dia sebagai calon dalam PR13 nanti

Dia dah bercerai talak 3 dgn TGNA. Dah tak ada harapan nak tumpang tuah TGNA lagi.

Mana lagi dia nak pergi kalau tak balik ke sarang lama biar pun tempat tu dia dah berak dan bau pun masih tak hilang lagi.

Dasar muka tak malu.