Sunday, November 13, 2011

Kilas Bahasa

Siapa Bloger Bermuka Babi
Respons Kepada Beberapa Pertanyaan

Beberapa orang teman dan penjenguk setia blog Merah Tinta memberanikan diri bertanya saya mengenai satu kenyataan MB Terengganu Ahmad Said hendak saman bloger yang memfitnahnya konon dia berkahwin satu lagi selepas ditangkap khalwat.

Berita dimaksudkan Mat Said itu disiarkan dalam beberapa akhbar, dan ada diulas oleh blogers beberapa hari lalu. Saya tidak memberi reaksi segera berhubung kenyataan Mat Said kerana tidak fikir ianya ada kaitan langsung dengan saya. Setelah saya membaca laporan itu saya tidak merasakan bahawa beliau mengatakan bloger bermuka babi adalah saya.

Dalam sebuah berita di akhbar perdana ada menyebut nama blog saya dan sebuah blog lain. Nama-nama blog lain yang juga dikatakan memfitnah MB itu bagaimana pun tidak disebut. Mungkin kerana nama blog saya disebut maka orang beranggapan saya adalah bloger bermuka babi dimaksudkan Mat Said.

Mat Said guna sebutan bahasa Arab Khinzir, bukan babi. Saya guna babi di sini agar mudah faham kerana kalau khinzir itu ada yang tidak kenal bagai mana rupa binatang haram itu. Bagaimana hidung, mulut dan matanya.

Dalam kenyataan Mat Said itu tidak pasti siapa yang bermuka babi. Tetapi beliau marah dengan blog yang memfitnahnya kerana ia telah menganggu ketenteraman keluarganya.

Siapa yang memfinnah beliau sehinggakan beliau membabikan orang itu. Apakah saya? Saya tidak mahu bercerita panjang kerana seorang yang waras dan pembaca yang tahu akan etika dia akan memahami apakah catatan saya yang dikaitan dngan kenyataan Mat Said itu bersifat fitnah ataupun telah memalukan Mad Said?

Tolong baca semula dan fahami laporan saya itu. Apakah saya menuduh kepada Mat Said atau tidak. Saya tidak pasti dengan apa ditulis orang lain apakah ia benar dan mereka memperolehi sumber yang benar.

Saya turunkan semula petikan catatan yang menjadi perbualan itu:

MB Dua Isteri Ditangkap Khalwat?

BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan.

Untuk mengetahui kisah selanjut mengenai kes ini sila lawat ke protal berkenaan kerana sehari dua lagi Pengarang protal itu akan membuat pendedahan mengenai kejadaian ini. [wm.kl.11:27 am 25/10/11]


Berita yang saya tulis dan dimaksudkan dengan apa yang dituduh Mat Said itu, tidak ada kena menegan dengan Ahmad Said. Nama Ahmad Said langusng tidak dicatatkan di dalam tulisan saya. Saya juga tidak menyebut dari negeri mana MB berkenaan. Jadi tidak timbul kalau ianya Ahmad Said. Blog lain saya tidak tahu apakah ada yang membuat pendedahan yang memalukan Mat Said itu.

Seseorang yang faham dan mahir dalam dunia penulis (journalis) akan faham dan tahu tujuan saya membuat posting itu, ianya adalah untuk mendapat reaksi ke atas kesahihan maklumat yang disampaikan oleh pengarang sebuah berita itu. Saya berharga selepas itu ada maklumat susulan yang akan sampai kepada saya.

Mat Said sendiri ada yang mengatakan dia dituduh berkhalwat dengan budak Besut, paramugari dan sebagainya. Dalam blog saya mana ada menyebut nama-nama itu. Ternyata dalam blog saya tidak mencatat budak-budak yang dimaksudkan oleh Ahmad Said. Saya tidak tahu kalau apa yang ditulis oleh bloger lain. Makanya mungkin bloger berwajah babi itu, blog yang mencatat nama-nama disebutkan Matb Said itu.

Justeru, yang dimaksudkan bloger babi itu saya rasa bukan saya. Kalau boleh, saya mahu kepastian daripada Ahmad Said, apakah yang bermuka babi itu saya? Biarlah dia mengulangi kenyataa itu dengan jelas mudah untuk difahami untuk tidak mengelirukan.

Dalam pada itu ada seorang bloger yang dikenal pasti bekerja dengan Ahmad Said mencabar saya dan sumber saya (pengarang) agar mendedah seterusnya tentang laporan itu. Bloger ini juga nampak tidak reti dan belum sampai ke tahap boleh menerima anugerah berprestaj Rahim Kajai dalam dunia penulisan.

Saya minta dia membaca sebaik mungkin apa yang saya tulisan sebelum mencabar saya. Secara tidak langsung apabila bloger ini bersikap demikian ia seakan mengesahkan apa yang saya laporkan itu adalah bosnya. Ertinya yang membusukkan nama bosnya adalah dia sendiri bukan orang lain jauh sekali saya.

Adalah sangat elok di masa akan datang jangan mudah memberi respons atau bersikap melatah tanpa tentu fasal. Sebagai seorang penulis yang menjaga periuk nasi seorang politik perlu bijaksana. Kebijaksanaan itu bukan saja bagaimana kita menyalinkan wang pemberian orang untuk kita menerusi akaun orang lain. Mungkin kita bijak dalam hal itu tetapi tidak semua kita pandai dalam hal-hal menjaga maruah orang. [wm.kl.11:33 pm 13/11/11]
Post a Comment