Shima Berbuat Kebajikan Dengan Jerslin Power Oil
SEMASA berada di negeri bumi Kenyalan Jumaat dan Sabtu lalu saya sempat menghadiri majlis pembukaan rasmi sebuah pusat kecantikan milik seorang ibu tugggal beranak tiga kaum Bidayuh bernama Jijah Abdull. Mungkin majlis ini agak asing bagai saya dan tidak ada kena mengena dengan bidang saya sebagai penulis politik atau bloger sosial.
Tetapi kenapa saya memberi ruang untuk hadir. Apakah keistimewaan dengan majlis berkenaan?
Inilah yang hendak diceritakan dalam catatan ini. Mungkin ada yang tertanya apakah gerangan MSO bersama dalam majlis berkenaan. Apakah MSO sudah mula hendak menukar profesyen dan mengubah kerjayanya dari penulis ke dunia baru perniagaan?
Mungkin juga! Dan tidak pelik kalau itu berlaku sebab hidup ini kena diperluaskan skopnya dalam segenap bidang, baru rata hidup ini dan dapat merasai perbezaan bidang dan aktiviti hidup. Kalau pun tidak secara langsung tetapi harus perlu mengambil tahu agar kita tidak jahil mengenai alam sekitar. Lagipun hidup ini bersambung dan berangkaian di antara satu sama lain.
Tetapi bukan itu sebenarnya. Saya hadir kerana dijemput. Saya akan tetap dengan bidang dan kerjaya saya. Tuhan telah menganugerahkan ini - kemampuan menulis dan menganalisa peristiwa semasa - maka saya akan teruskan kandati pun ada halangan dan ancaman. Dan dengan bakat inilah juga saya akan memberi sokongan dan membantu mana-mana individu yang memerlukannya serta membela mana-mana orang dan pihak teraniaya. Saya rasa ini juga sebahagian dari pengorbanan dan semangat atau roh Aidil Adha.
Yang menjemput saya ialah Puan Shima pengasas Jerslin Power Oil minyak 1001 hikmat yang waktu ini semakin mendapat sambutan ramai. Banyak keunikan dan kelebihan minyak ini yang mana ia akan dapat dirasakan apabila mencubanya. Beberapa penyakit kronik yang suka dikesan oleh perubatan moden berjaya diatasi oleh minyak 1001 hikmat ini.
Untuk mendapat keterangan lanjut dan mengetahui akan khiasat minyak ini yang diadukan dari beberbagai sumber asli termasuk habatu sauda, buah zaitun, biji bijan, bunga matahari dan herba terpilih lainnya. Keistimewaan minyak ini ia hanya untuk kegunaan luaran sahaja, dan fungsinya pula mengesan apa-apa penyakit yang dihadapi oleh seseorang.
Mulanya saya malas untuk hadir kerana keletihan sepulang dari Acheh belum reda. Tetapi setelah beliau memberi tahu bahawa pembukaan pusat kecantikan Jijah Abdull itu adalah sejarah buatnya dan juga syarikatnya Jershima Integrated Sdn Bhd dalam membuat kebajikan menyebabkan terbuka hati saya untuk hadir. Saya melupai kepenatan yang menyinggahi badan.
"MSO datanglah tenguk bagaimana kegigihan seorang ibu tunggal kaum Bidayuh untuk berniaga. Saya membantu dan menolongnya membuka sebuah kedai..," begitulah kata Puan Shima. Apa lagi yang mendorong saya ialah, Jijah adalah seorang mualaf. Saya merasai apa yang dilakukan oleh Shima sesuatu mampu memberi perubahan hidup kepada seseorang bukan saja setakat menjadi pengedar barangan keluaran syarikatnya tetapi membantu seseorang itu berdikari.
Menurut Shima, Jijah seorang yang gigih. Dia berkerja siang malam secara sambilan dan tidak ada mana-mana pihak untuk membantunya. Setelah mengenali bakat dan kerajinannya syarikat miliknya yang mengeluarkan produk istimewa minyak kuasa Jeslin (Jerslin Power Oil) untuk membantunya. Apa lagi tidak dikatakan pengorbanan kalau semua perbelanjaan membuka pusat berkenaan ditanggung oleh syarikat Jershima.
Saya merasakan apa dilakukan Shima itu sesuatu yang baik dan perlu dicontohi oleh lain-lain syarikat. Syarikatnya bukan saja mencari kelabaan sebaliknya turut sama membantu mana-mana individu yang tidak berkemampuan atau pun dibiarkan oleh mana-mana institusi awam khasnya yang kononnya diwujudkan untuk membantu rakyat berniaga.
Katanya dia sedia membantu asalkan asa kesungguhan dan kerajinan daripada mereka yang inginkan bantuan. Langkah yang dibuat oleh syarikat ini belum dipraktikan oleh mana-mana syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan.
Hari ini dengan bantuan itu Jijah Abdull yang sebelum ini tidak terfikir akan memiliki sebuah pusat kecantikan boleh berbanga. Pusat kecantikan Jijah itu terletak di Ground Floor, N0 47 Lot 3749 Lee Ling Heights Baru 6 1/2 Jalan Kuching Serian, Sarawak. Pusat ini boleh dihubungi di nombor telefon 017 8016390 atau 010 7859486.
Majlis pembukaan rasmi pusat itu malam itu walaupun sedarhana tetapi cukup meriah. Lebih 100 orang tertamu dan juga terdiri dari penjual produk keluaran Jershima Integrated hadir. Malam itu juga mereka yang hadir dapat mengenali kelehihan dan keistimewaan minyak Jerslin Power Oil yang diterangkan oleh Pengurus Besarnya Ustaz Mohammad.
Mudah-mudahan didoakan syarikat Jerslin Integrated akan terus maju dan dengan kemajuan itu akan membolehkan lebih banyak lagi para usahawan akan mendapat manfaatnya. Seperti mana kata Puan Shima beliau bercita-cita untuk membantu seberapa ramai mereka yang kesusahan. "Biarlah syarikat saya ini akan bertindak sebagai bank dan juga badan membimbang sesiapa yang ingin berniaga."
Dalam perkembangan lain syarikat Jerslin Intgrated ini setakat ini sudah mengenali pasti beberapa destinasi di luar negari. Setakat ini beberapa pengedar telah pun berjaya menembusi pasaran di luar negara. Mungkin apa yang diangan-angankan syarikat ini diketawakan, tetapi apa yang nyata komitmen, sumbangan yang diberikan setakat ini menunjukkan ia adalah sebuah realiti. [wm.kl.5:07 14/11/11]
No comments:
Post a Comment