Tuesday, November 29, 2011

Renungan Petang

Bantuan One-Off
Sebelum Terima Ibubapa Dipaksa Dengar Tazkirah Umno

SEBELUM saya menyambung catatan dan cerita politik negeri penyu saya ingin sentuh dulu fasal pemberian bantuan one-off sebanyak RM100 kepada murid-muird sekolah di Kelantan khususnya dalam kawasan Bachok di mana kawasan ini ketuanya ialah bakal MB Kelantan yang tidak menjadi Awang Adek Hussein.

Awang Adek kalah "dua gol" dalam pilihan raya 2008, kalah di kerusi Perupok dan kalah di Parlimen Bachok.

Pemberian bantuan one-off kepada murid sekolah menjadi riuh dan percakapan di kebanyakan sekolah di Kelantan. Rakyat marhain akan berbesar hati kalau mendapat beberapa ringgit, mereka akan membualkannya tetapi jarang yang sedar wang negara digulung berjuta ringgit oleh pemimpin parti mereka. Biasalah, pemberian kecil oleh kerajaan diwar-warkan kehilangan atau penyamuan oleh koler biru disepikan.

Kebetulan pula musim ini musim bajir jadi molek benarlah wang itu diberikan. Ibu bapa yang miskin boleh gunakan wang RM100 itu untuk beli garam, gula dan ikan budu buat dimakan dengan pucuk ubi kayu rebus dalam musim banjir ini.

Saya yakin wang itu tidak sampai separuh digunakan untuk membeli peralatan sekolah; baju, buku, beg dan lain-lain. Lagipun RM100 kata orang kaya raya buat lekat celah gigi sahaja. Kalau bagi Awang Adek Hussein sebanyak itu untuk beli sekerat sigal (coruk) pun tak dapat.

Saya juga hairan kenapa kerajaan tidak bagi RM500 untuk seorang murid atau satu keluarga yang ada anak sekolah. Kalau hendak bagi dalam bentuk tunai biarlah banyak, kalau tidak bagi saja peralatan sekolah, misalnya beg ia akan kekal sekurang-kurang setengah tahun. Copkan daging dibeg itu seperti mana guni baja dicopkan gambar dacing di zaman Sanusi Junis jadi menteri pertanian dulu.

Namun bagi ibubapa yang miskin, bersorak sakan mendapat wang sebanyak itu. Mereka boleh tidak tidur malam kerana menunggu harian penyampaian wang itu. Maka berjujutan mereka beratur di sekolah untuk menerima wang berkenaan. Kadang-kadang kesian saya melihat nasib rakyat negara ini macam rakyat Uganda dan Somalia beratur untuk menerima bungkusan magee dari Ngo atau PBB.

Saya tidak memperkecilkan kepada ibubapa... RM100 pun duit jadi mereka pergi ambil juga terpaksa tinggal ayam itik dan lembu kerbau kerana hendak ambil wang RM100. Kerana pemberian itu dalam musim bajir saya percaya ada yang tinggal rumah dalam keadaan kediaman dinaiki air semata-mata untuk mendapat RM100. Sepulang dari majlis pemberian wang itu rumah mereka sudah ditenggelami air. Untung secupak guni segantang.

Bayangkan yang terlalu miskin kena naik bas atau kereta privet sapu untuk mengambil wang berkenaan. Berapa mereka kena habis untuk tambang bas. Pergi balik adalah RM10 maka tinggal lagi RM90... itu belum singgah di pasar beli bawang, ikan, sayur dan taugeh... habis RM20 tinggal lagi RM70. Kebetulan tertenguk kioks jula prepaid beli pula RM8 tinggal lagi RM62.

Sekolah masih lambat lagi dibuka. Hujan terus turun pokok getah tidak boleh 'disenguk'. Maka emak ayah 'pinjam' RM50 untuk keperluan membayar bil elertik (air tidak payah sebab di Kelantan air kuning), bayar bil astro dan lain-lain khalas. Walhasil wang RM100 tidak pun sempat untuk beli sebatang pencil atau sepasang stoking untuk anak-anak.

Itu perincian rambang macam mana wang itu digunakan. Sebab itu saya kata kalau hendak beri bagi RM500 untuk satu keluarga. Kalau untuk projek lembu gemuk boleh bagi RM250 juta, ada bekas menteri telan wang PPRT RM40 juta apalah sangat untuk bantuan rakyat sebanyak RM500, saya kira tidak sampai RM100 juta.

Untuk dapat RM100 juta senang saja. Minta dengan menteri, timbalan menteri, pemodal besar dalam syarikat GLC dan perdana menteri dan isteri bagi RM1 juta seorang. Anak Mahathir, adik Najib, Vicent Tan dan Ananda Krisnan saja boleh bagi RM1 juta seorang. Tetapi adakah kesedaran dan keinsafan itu. Jawabnya tidak ada maka semua yang kaya terus jadi lembu gemuk dan rakyat akan terus kurus melidi dan menjilat jari di bumi gersang.

Berbalik kepada cerita pemberian bantuan one-off di Bachok tadi sudahlah wangnya hanya RM100 tetapi penerimanya kena pajang dek broker politik UBN. Ibubapa yang diminta ke sekolah bukan terus diberi dan melenggang pulang tetapi sebelum terima wang RM100 kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno dulu.

Kena dengar dan ikut selawat dan puji-pujian dan tanda syukur diberikan kepada Perdana Menteri Ha Najib Razak dan juga kerajaan Umno. Kena meratib ramai-ramai yang Najib PM yang peka dan mendahului rayat. Selepas itu baru majlis penyampaian diberikan.

Pulak itu, penyampaian bukan seratus peratus. Di sebuah sekolah cikgu hanya bagi RM50 sahaja dulu sementara yang selebihnya kena pergi minta dengan Pegawai Penyelia Mukim (PPM) pulak. PPM ini adalah Penghulu di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang menjadi mata telinga kepada Umno.

Inilah yang tidak menyenangkan ibubapa. Dakwa setengahnya menurut seorang muslimat Pas ia tidak berbaloi. Tunggu dua tiga jam hanya dapat RM50 sahaja manakala yang baki RM50 belum tentu lagi bila akan diberikan. Setengahnya kata mana-mana ibubapa yang bukan dari parti asal Kapal Layar kena isi borang Umno dulu baru wang selebih itu diberi.

Aduhai Umno ubahlah sedikit perangai. Kalau hendak berpolitik pun jangan sampai ke tahap yang merendahkan akal budi politik Umno. Malulah sedikit Umno adalah parti terulung dan menjadi kerajaan di negara ini. Kalau perangai dan fiil Umno seteruk itu bagaimana Umno akan muncu sebagai parti profesional. Saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Umno dalam memberi one-off ini hasil dari transformasi yang dilaung-laungkan Ha Najib.

Kesimpulan apa yang dapat saya kutip di sini keadaan Umno termasuk di Bachok itu sangat teruk sekali. Mereka sudah tidak ada upaya lagi untuk memanggi orang untuk mendengar propaganda politik mereka perangkap dengan wang RM100. Apakah dengan umpan sebanyak mereka akan terfikir rakyat (ibubapa) yang terlibat akan telan umpan dengan tembaga (jorannya) sekali?

Barang kali kalau bukan kerana wang Umno sudah tidak dapat berjumpa dengan rakyat lagi. Di sini menjelaskan bahawa air liur, kata-kata dan janji Umno sudah tidak diyakini rakyat. Kenapa, jawabnya kerana sudah terlalu lama Umno 'berlawak' dan mempersendakan rakyat. Begitulah kalau belawak (bohong) sudah berkarat rakyat tidak akan mendekati lagi, dan kalau mereka memakan umpan (terima wang RM100) mereka tidak mudah menelan jorannya kerana mereka sudah mangli dengan tektik dan teknik itu politik ala ala Abu Jahal itu. [wm.kl.2:10 pm 29/11/11]

2 comments:

anakzaman said...

Tuan MSO,

Perkara seperti ini bukan berlaku di tempat tuan sahaja. Ianya berlaku dimana-mana kawasan orang melayu.
Dapat RM100 pujian melangit"apa ye yang orang melayu hendak".Nak cari kerajaan lain belum tentu dapat macam ni"Berapa punya senang hidup boleh mencari rezeki dimana-mana , tengok luar negara kat Tv tu senang atau susah".
Orang kampung tradisional seperti kampung saya,yang tinggal penghuni kebanyakan orang perempuan berumur 60 tahun sekiranya ada apa-apa program,contoh mesyuarat agong UMNO atau menyampaikan wang kebajikan,mereka semua dijamu sate,nasi,ketupat dengan makanan yang sedap-sedap.
Mereka yang berumur seperti itu tidak larat hendak menghabiskan makanan dibungkuskan bawa balik ,katanya untuk cucu-cicit kalau ada balik dari bandar.
Bagitulah UMNO/kerajaan membela pengundi agar terus setia.

asam garam hidup said...

Asssalam Tuan, teringin nk komen sbb saya pun dpt duit RM100 tu tp kat KL la.
Saya pegi skolah, sign dan cikgu bg jer duit tu..x de lak nak kena dgr ceramah ke bagai.
Kesian kat oghe2 klate, mentang2 negeri PAS, dibuatnya mcm peminta sedekah..