Kita Akan Sorot Ucapan Dasar Presiden Malam Ini
InsyaAllah malam ini saya akan cuba menyorotkan serba ringkas mengenai perhimpunan agung Umno khasnya ucapan dasar Presiden yang disampaikan Haji Najib Razak. Dalam petikan oleh satu setesen tv tadi saya terdengar kekokokan (telor) Najib untuk menyebut perkataan Arab "Lahawlawalaquwwataillabillah..." berbunyi macam "ular ular" sahaja. Sebutan juga tidak sampai akhir.
Mungkin Jamil Khir belum sempat untuk mengajar sebutan yang betul.
Kalau kita tidak berapa fasih menyebut perkataan asing, usahlah sebut nanti diketawakan budak-budak Taski Pas sahaja. Rasanya dalam menyebut perkataan itu budak Tadika Kemas lagi sempurna dari apa disebutkan Najib. Bila mendengar Najib sebut perkataan itu teringat saya kepada apa yang pernah terjadi kepada bekas PM satu masa dulu.
PM berkenaan menyebut Allah s.a.w. bukannya Allah s.w.t.
Saya dentar tadi Udin anak Yassin kata, ucapan Presiden adalah terbaik berbanding dengan ucapan presiden sebelum ini. Dari sudut mana saya tidak tahu sebab belum kaji keseluruahan ucapan selama 65 minit itu. Tetapi kalau mendengar sedutan disiarkan oleh setesen tv tadi ia sama sahaja dengan ucapan-ucapan dasar sebelum ini.
Menjerit, memaki hamun parti lawan adalah menu dalam ucapan dasar Umno sejak zaman Mahathir Mohamad lagi. Pengodaman dan maki hamun kepada pembangkang terhenti di zaman Abdullah Badawi menjadi Presiden. Presiden Umno dalam mengharap tepokan tidak dapat elak dari mengutuk dan mencerca dan memperlekehkan pemimpin pembankang.
Satu transformasi yang saya kira tidak begitu menyakinkan dan mengubah pendekatan lama Umno yang masih merasakan ia berkuasa dan akan terus berkuasa. Walaupun ada tepukan tetapi tepukan itu jelas daripada perwakilan yang mendapat upah atau pun untuk membodek Najib. Sesiapa yang kuat bertepuk akan dinilai untuk diangkat menjadin calon dalam pilihan raya akan datang.
Saya difahamkan ada petugas khas yang diarahkan menilai siapa yang kuat tepok dan puji Najib dan Rosmah dalam perhimpunan ini. Mereka yang kebanyakan pemimpin peringkat kawasan yang berpeluang untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Jangan diharap sepatah arang pun akan ada kritikan dan teguran untuk Najib dan Rosmah. Inilah yang dimaksudkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah bahawa apa yang disuarakan dalam perhimpunan agung Umno itu ianya sudah disetkan lebih awal.
Jauh malam nanti selepas menghadiri satu majlis kenduri saya akan cuba menganalisa ucapan Ha Najib. [wm.kl.8:21 pm 01/12/11]
1 comment:
Seseorang pemimpin itu kuat apabila kebanyakan pengikut tidak berani mengkritik secara terbuka. Contohnya Mahathir dulu, siapa puntak berani kritik, menunjukkan kuat. Zaman Abdullah Badawi pula orang kritik dari segenap sudut, menunjukkan lemah. Pemimpinn sebenarnya perlu kebebasan untuk bertindak tanpa banyak bangkangan. Kalau nak kritik dan bangkang memang mudah, yang baik pun orang kritik, yang tak baik tambah lagilah.
Post a Comment