Kalau Obor Perjuangan Itu Jatuh...
SESUATU yang ramai tidak mahu saksikan ialah pada 9 Januari 2012 ini Anwar Ibrahim akan digiring ke penjara Sungai Buluh untuk meneruskan 'pengajiannya Phdnya' di sana. Rasanya ramai rakyat yang berdoa dan bermunajat serta bersolat hajat memohon agar Anwar tidak di bawa ke penjara. Sekurang-kurangnya biarlah Anwar melalui pilihan raya ke-13 yang akan tiba tidak lama lagi.
Mereka yang berhati mutmainah akan mengira memejarakan Anwar satu pengkhinatan kepada bangsa Melayu dan negara ini. Sebaliknya mereka yang memakai baju amarah akan melihat satu kejayaan buat mereka. Sesungguhnya mutmanianah dan amarah itu dua nafsu yang jauh beza dan nilai taranya.
Itu harapan dan impian banyak orang terutamanya rakyat yang mahukan perubahan. Tetapi tidak dengan Ha Najib Razak dan kuncu-kuncunya. Bagi Najib pula pengiringan Anwar ke penjara satu keperluan dan satu kebagusan. Hanya dengan memenjarakan Anwar sahaja memberi sedikit harapan untuk Najib terus mengangkat sumpah sebagai PM di hadapan Agong baru.
Kalau pilihan raya ke 13 berjalan dengan sempurna, dengan Anwar masih berada di luar dan tiada sekatan-sekatan baru yang lebih ganas, rasanya impian Najib untuk menjadi PM sudah berkecai. Silap hari bulan Najib akan menjadi perdana menteri dari rahim Umno yang terpendek. Kerana mungkin Najib menghidu itu maka tiada ada pilihan buatnya melainkan menggunakan teori Mahathir Mohamad, penjara Anwar kemudian bubar parlimen.
Katakan pada 9 Januari ini Anwar akan digiring ke penjara, apa jadi dengan Pakatan Rakyat? Ramai orang berkira semangat para pendokong Pakatan Rakyat akan mengendur. Ramai yang menjadi lemah dan gemulai. Keinginan yang membuat-buak kini untuk merampas Putrajaya akan mengendur dengan tiba-tiba kalau Anwar berada di dalam. Kenapa jadi begitu? Kenapa selemah itu jiwa para pejuang sedang jiwa mereka harus menjadi kayu dan batu yang harus menggeras.
Kenapa harus kendur untuk menyerang Putrajaya kalau Anwar berada di penjara. Kenapa harus menjadi lemah gemulai dan berputus asa. Mereka yang melihat hanya Anwar segala-galanya tentu akan meras begitu. Hidup jangan lekas berputus asas. Dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran, menghapuskan kemungkaran... tidak ada hentinya. Ia juga memerlukan nilai harga yang mahal untuk dibayar. Perjuangan itu akan diteruskan hatta Anwar dipenjara 10 kali lagi pun. Ingat tiap dari kita sudah dititik besi kursani perjuangan ke dalam kalbu sebelum kewujudan Anwar lagi.
Para mujahadah dan mujahidah perlu ingat bahawa Anwar bukan segala-galanya. Anwar hanyalah kebetulan saja. Anwar hanya pembawa obor perjuangan saja yang dipilih kerana keberanian dan ketulusannya. Bila tangannya sudah melecur dan terbakar, sebelum obor perjuangan terlerek ke bumi, sambar dan angkatlah setinggi keupayaan yang kita ada. Julanglah ramai-ramai. Di luar sana masih ramai pejuangan kebenaran yang sedia memelucurkan tangannya. Usah risau dan rungsing.
Kalau kita kecut, kalau kita lemah untuk mengangkat obor maka selama itu kezaliman akan bermahajalela dan mengganas sampai ke anak cucu cicit kita. Jangan biarkan lembu terus gemuk .... mari kita relakan jajari jemari kita terbakar dan melecur demi anak cucu masa depan.
Kita haerus mengenali diri kita, siapa diri kita. Yang tidak mengenal diri sendiri itulah yang menjadi masalahnya. Tiap daripada kita semua adalah pembawa obor. Kita adalah pemikul panji-panji perjuangan. Dengan tiadanya Anwar bukan alasan untuk kita berhenti mara dan mengendurkan langkah. Sebaliknya apa yang ditanamkan Anwar jadikan azimat dan tangkai untuk terus mara dan marah. Penyeksaan dan ketidakadilan serta fitnah ke atas Anwar harus dibayar tunai dengan menumbangkan regim zalim.
Anwar sudah bilang dia akan berjuang dari penjara. Penjara baginya bukan tembok batu yang menghentikan segala gerak tindaknya. "Saya akan menyatu padukan dan memperkemaskan ikatan Pakatan Rakyat dari penjara," begitulah kata-kata Anwar. Kalau dari ruang tertutup dan terbatas Anwar masih boleh berjuang, nah bagaimana dengan kita yang bebas menghirup udara di luar ini. Bachul sangatlah kita.... Sesungguhnya setiap dari pendokong keadilan dan pendesak perubahan harus malu dengan Anwar.
Bertolak dari aspirasi dan semangat itu saya melihat Pakatan Rakyat akan menjadi lebih kuat dan bersemangat lagi kalau tertakdir Anwar diringkukkan di penjara. Perasaan geram dan marah rakyat akan bercantum untuk memantulkan satu pukulan padu ke arah muka tebal dan bebal UBN. Dengan masuknya Anwar nanti (mudah-mudahan) ia akan menghuru harakan lagi ketumbokan UBN kini sudah siap mara. Marah yang kita simpan tatkala pertama kali beliau di penjara kita keluarkan semua untuk mengiringi langkah melakukan perubahan.
Tetapi saya yakin saat Anwar di giring ke penjara tidak ada lagi air mata yang akan mengalir. Tidak ada lagi suara histeria yang meraung di luar mahkamah kesal dan sebal atas apa yang berlaku. Tiada lagi perempun, gadis dan ibu merintih kehibaan melihat dengan penuh kesenduan saat Anwar di bawa ke Sungai Buluh. Tidak ada lagi. Semua orang kena keringkan air mata untuk tidak ditumpahkan pada 9 Januari.
Tidak ada demostrasi lagi membantah pembawaan Anwar ke Sungai Buluh. Semuanya akan berjalan dengan tenang. Sebab semua orang sudah faham dan sudah masak dengan apa yang berlaku. Semua orang sudah mangli dan semua sudah berazam akan menghadapi saat-saat itu dengan penuh ketabahan dan keberanian. Iya untuk menang dalam peperangan semua orang harus degil dan berani.
Pengalaman lebih 10 tahun lalu memberi kekuatan kepada mereka. Kali ini rakyat tidak lagi menzahirkan kemarahan dengan protes, jerit, laung dan apa juga bentuk fizikal lain. Tetapi rakyat akan protes dengan senyap, laksana kalau mengharungi air, air tidak pun beriak dan berkocak. Kalau merentasi semak, semak usahkan berbunyi patah pun tidak. Rakyat akan protes dalam senyap, rakyat akan membunuh UBN dalam senyum dan tawa.
Rakyat akan menjerut leher penzaliman dengan tali azam dan nekad yang kuat. UBN tidak memahami ini, dan inilah nanti yang akan menjadikan UBN akan mati dalam ketawa sehingga mereka tidak percaya bahawa jasadnya sudah tidak akan bergerak lagi selepas ini. Rakyat bukan mahu melihat dan menanti penghukuman ke Anawar untuk dikatakan zalim, tetapi proses perbicaraan itu menyebabkan rakyat sudah mual dengan UBN.
Kepada pendokong keadilan, kebenaran dan perindu sebuah perubahan - persalinan kerajaan, tenang-tenang sahaja tunggu 9 Januari ini seperti telah berlalu sejuta hari sebelum ini. Kita tidak mampu melawan takdir tetapi ingat kita boleh mengubah skrip yang sudah berada di tangan kita berdasarkan sebuah firman berbunyi; nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah kecuali dia sendiri akan mengubahkannya. Dan Tuhan Maha Pengubah. Nah mari kita ubah. [wm.kl.10:12 am 16/12/11]
1 comment:
hendaklah kita berlaku adil kepada mangsa yang diliwat oleh Anwar Ibrahim . betapa aibnya seseorang lelaki diliwat oleh lelaki yang lain . dalam hal ini keadilan mesti ditegakkan .
Yang terbaru , Dr. Mahathir cabar Anwar sama-sama bersumpah laknat dengan di dalam masjid atas dakwaan anwar , DrM terima pinjaman bank dunia . MSO tak berani ker nak keluarkan artikel kes ni .
Jangan pulak kata yang bersumpah tu tiada dalam Islam . Alasan lama tu . Nanti Sultan Muhammmad V berkecil hati sebab baginda pun bersumpah menjadi Tim. Agong .
Post a Comment