Khir Toyo Salah Laku Rasuah
[kemaskini] Khir Toyo yang didapati bersalah melakukan rasuah berhubung pembelian satu lot tanah di Shah Alam telah dijatuhi penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hukuman itu berkuatkuasa mulai hari ini.
Bagaimana pun pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara Khir mengemukakan rayuan ke atas hukuman itu.
SESIAPA yang membeli harta tanah yang tinggi nilainya tetapi dibayar dengan harga murah perlu waspada jangan sampai jadi seperti bekas MB Selangor Khir Toyol. Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mendapati Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah berhubung pembelian harta tanah yang meragukan.
Hakim Datuk Mohtaruddin Baki yang mendengar perbicaraan ke atas Khir Toyo atas dakwaan rasuah berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Adun Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.
Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai Adun dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Sebelum ini Khir mendakwa ada bekas menteri dari Selangor yang mahu melihat kerjaya politiknya musnah. Apakah dengan keputusan mahkamah hari ini Khir kini sudah menghampir tirani politik yang amat ditakuti itu?
Kepada mana-mana tokoh politik yang memiliki rumah besar, kereta besar, jet persendirian, hendaklah berhati-hati dan pastikan anda tidak akan terjebak dalam rasuah. Khabarnya terdapat beberapa tokoh politik memiliki rumah besar, hartanah yang bernilai berbillion ringgit yang diperolehinya dengan cara meragukan.
Satu skuad khas sedang bergerak untuk membongkar dan mendedahkan hartanah tokoh politik. Skuad itu akan memasuki ke 'premis' semua tokoh politik tidak kira Umno, Pas atau PKR. Buat masa ini skuad berkenaan sudah menyimpan beberapa gambar yang boleh membelalakkan mata orang ramai berhubung pemilikan harta oleh tokoh politik. [wm.kl.12:16 am 23/12/11]
No comments:
Post a Comment