Khabarnya Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa yang terlibat dalam pertelagahan dengan Setiuasaha Agung Pas Mustapa Ali petang ini telah menghadap Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertemuan itu berlangsung di Kota Bharu Kelantan. Tidak dapat disahkan apakah pertemuan itu berlangsung di pejabat ataupun di kediaman rasmi MB di JKR 10.
Turut sama hadir dalam pertemuan itu presiden Pas Abdul Hadi Awang. Mustapa bagaimana pun tidak hadir pada pertemuan itu.
Belum dapat disahkan apakah hasil atau pun tujuan pertemuan berkenaan. Tapi ia jekas ekoran pertelagahan di antara Hasan dengan Mustapa beberapa hari lalu yang sempat meriuhkan Pas. Siapa yang mengaturkan pertemuan itu tidak dapat disahkan.
Setakat ini tidak ada apa-apa kenyataan dikeluarkan berhubung pertemuan lapan biji mata itu.
Sementara itu saya difahamkan Tok Guru Njk Aziz sudah pun menyiapkan perutusan awal berhubung dengan pertelagahan di antara dua tiga orang pmimpin Pas.
Perutusan itu diduga menjadi kata dua dan nasihat keras Nik Aziz kepada pihak bertelagah. [cm.7:30Pm 27/12/11]
Perutusan itu diduga menjadi kata dua dan nasihat keras Nik Aziz kepada pihak bertelagah. [cm.7:30Pm 27/12/11]
No comments:
Post a Comment