Mampukah Abduh Tentang Inchek Ibrahim
KHABARNYA Pas Kelantan akan menurunkan Timbalan Ketua Pemuda Pas Nik Abdul Nik Abdul Aziz untuk merampas kerusi parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum nanti. Seakan pemilihan Abduh itu sudah muktamad, namanya ini rancak dijual di Pasir Mas. Sememangnya Abduh sudah layak untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat.
Sepatutnya Abduh bertanding dalam pilihan umum ke-12 lalu lagi. Ramai rakan sebaya dengannya dengan bergelar wakil rakyat. Tetapi kerana hubungan beliau dengan Pesuruhjaya Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai anak - ayah menyebabkan beliau dikecualikan dulu. Ayahnya tidak mahu kalau Nik Abduh ikut bertanding bagi mengelakkan dituduh sebagai kronisme.
Tetapi untuk pilihan raya kali ini tidak timbul soal kronisme lagi setelah Nik Aziz sendiri dikatakan sudah bersedia untuk mempersalinkan tugas sebagai wakil rakyat kepada anak lelakinya itu. Dalam keluarga Nik Aziz hanya Abduh yang menunjukkan minat mendalam dalam politik.
Persoalan di sini apakah pemilihan kerusi untuk Abduh itu sudah tepat dan selamat untuknya. Umum tahu kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menjadi kerusi panas dan tumpuan dalam pilihan raya umum nanti. Kerusi itu kini disandang oleh Inchek Ibrahim Ali yang menang atas tikit Pas.
Inchek Ibrahim sudah pasti akan bertanding sekali lagi mempertahankan kerusinya itu. Buat masa ini belum pasti kali ini dia akan bertanding atas tikit apa. Tetapi dari maklumat dan juga cara Ibrahim bergerak kemungkinan dia akan cuba mendapat laluan dari BN. Kalau pun dia tidak pakai lambang BN dan menggunakan lambang bebas, tetapi dia berusaha dan membodek dengan seribu tektik agar BN menyokongnya.
Inchek Ibrahim benar-benar terdesak untuk mencipta sejarah kali ini. Pilihan raya ini saya kira terakhir buatnya. Kalau dia kalah, kekalahan itu merupakan penutupan liang lahad politik buatnya. Sebaliknya kalau dia menang mengesahkan bahawa Inchek Ibrahim seorang ahli politik Malaysia paling licit dan berjaya dalam tipu helahnya.
Sekiranya BN memberi laluan dan menyokong Inchek Ibrahim, ini menjadi tugas berat untuk Abduh. Pertandingan dua penjuru menjadikan kedudukan 50 : 50. Pertandingan satu lawan satu menyebabkan Pas kena bekerja keras. Lainlah kalau berlaku pertandingan tiga penjuru ia memberi advantage kepada Abduh untuk menang. Saya berani simpul tali kalau berlaku pertandingan tiga penjuru Abduh akan menang mudah kerana berlaku perpecah undi.
Ibrahim memang dikenali sebagai seorang yang boleh melakukan apa saja. Soal kewangan adalah perkara paling utama. Ibrahim sanggup menghabiskan seberapa banyak wang untuk menang. Walaupun ada sesetengah pengundi hanya mengambil wang tetapi tidak memberi undi tetapi sedikit sebanyak hemburan wang bakal menyusahkan Pas atau Abduh. Saya tidak fikir Abduh atau Pas akan dapat mengatasi perbelanjaan kewangan Ibrahim yang tentu banyak.
Lainlah kalau berlaku pertandingan tiga penjuru bebas, BN dan Pas. Keadaan ini memberi peluang besar kepada Abduh untuk menang. Di sini saya bukan memperkecilkan ketokohan yang ada kepada Abduh, mungkin saya tersalah duga. Abduh masih belum mampu untuk berdepan dengan Ibrahim secara satu lawan satu. Kehebatan Abduh di dalam politik pun masih belum terjuji lagi sedangkan Ibrahim sudah melalui berbagai ujian dan boleh melakukan apa juga sepak terang politik dan seorang ahli politik yang sangat berpengalaman.
Justeru sekiranya berlaku perlawanan dua penjuru, Pas harus meletakkan calon yang sama hebat dengan Ibrhaim. Atau calon yang berpengalaman dan sudah terbukti kehebatannya. Antara calon yang saya kira boleh diadukan untuk menentang Ibrahim ialah Husam Musa. Husam adalah Naib Presiden Pas dan juga dia Exco Kerajaan Kelantan serta seorang yang penuh tektikal.
Atau pun kalau tidak Husam Musa Pas oleh bawa Sallahuddin Ayub ke Pasir Mas. Sallahuddin juga Naib Presiden Pas yang mana ketrampilannya dalam politik sudah dikenali umum. Dengan perwatan yang serdahana seorang ahli politik yang mempamirkan daya intelektual adalah sesuai kalau Pas meletakkan Sallahuddin berhadapan dengan Ibrahim yang adakalanya macam joker politik.
Sebahagian besar pengundi Pasir Mas adalah pengundi yang berpengetahuan dan tahu menilai karisma seseorang. Di sini sesuai sangat kalau Sallahuddin dibawah ke Pasir Mas untuk dinilai oleh pengundi berpengetahuan atau pun pengundi bandar. Pencapaian Sallahuddin sebagai ahli Parlimen selama dua penggal cukup untuk berdepan dengan kerencaman politik Ibrahim itu. Keperluan meletakkan Sallahuddin di sini juga sekiranya Husam benar-benar mahu kembali ke Parlimen bertanding semula di Kubang Kerian.
Sementara Abduh boleh dipindah ke kerusi lain. Salah satu kerusi dikira selamat untuk Abduh ialah Parlimen Rantau Panjang. Kebetulan di Rantau Panjang bapak mertuanya Abdul Fatah Haron adalah sebagai Yang Dipertua Pas dan juga Adun di Bukit Tuku salah satu Dun dalam Rantau Panjang. Pengaruh bapa mertuanya boleh membantu untuk menguasai parlimen Rantau Panjang dengan mudah. Saya rasa Fatah tidak ada masalah untuk berorban membantu menantunya sendiri.
Manakala ahli Parlimen Rantau Panjang kini, Siti Zailah Yusuf boleh ditolak ke Dun Gual Periok. Ada orang mengatakan tidak sesuai Zailah bertanding di Dun kerana dia ialah Ketua Muslimat Pas Malaysia. Tidak timbul soal penurunan pangkat dengan bertanding di Dun. Zailah selepas ini boleh dinaiki pangkat dengan melantiknya sebagai Exco kalau Pas menang kelak.
Keperluan Zailah untuk bertanding di Dun Gual Periok ialah untuk menyelamatkan Dun berkenaan. Dun Gual Periok sama dengan Dun Bukit Tuku di mana kalau wakil rakyat kini terus diberikan peluang bertanding sekali lagi menyebabkan kedua-dua Dun itu akan terlepas ke tangan Umno. Pertukaran calon saja yang memungkinkan kedua Dun berkenaan menjadi milik Pas. Hendaknya analisa ringkas ini diambil kira oleh Pas Kelantan terutamanya Persuhjaya Tok Guru Nik Abdul Aziz. [wm.kl.11:36 pm 08/12/11]
No comments:
Post a Comment