RM100 Juta Untuk Sebuah Sayap Umno
Syarikat-syarikat kolongmeret dan kontrektor kelas A yang mendapat projek berbillion ringgit dari kerajaan dikatakan sudah mula mengeluarkan wang sebagai bayaran ufti untuk Umno menghadapi pilihan raya. Pembayaran ufti tahunan itu sebagai menjamin UBN memang dalam pilihan raya sudah pun bermula.
Menjadi kebiasaan setiap kali menjelang pilihan raya syarikat gergasi akan menyalurkan bantuan kewangan kepada UBN khususnya Umno. Ada kalanya penyaluran wang itu macam menyalurkan beras kepada mangsa banjir berguni-guni dan berlori-lori.
Kita merasa mustahil dengan berita atau cerita itu tetapi itulah yang berlaku selama ini. Sebab itu UBN tidak ada masalah dengan kewangan. UBN akan menerima pemberian wang dari mana-mana sumber sahaja tanpa mengira halal atau haram.
Satu masa pernah seorang bekas pegawai askar yang bertanggungjawab menjaga Ha Najib memberi tahu saya pejabat Najib pada satu pilihan raya penuh dengan wang yang disalurkan oleh syarikat perjudian Genting. Katanya wang itu tidak digunakan Najib walaupun satu sen. Timbul pertanyaan di kotak fikiran saya kalau Najib tak guna wang itu (Genting) bermakna banyak lagi wang yang diberikan kepadanya untuk menghadapi pilihan raya.
Hakiakt UBN ini banyak wang ini boleh ditenguk kepada perbelanjaan di sepanjang kempen pilihanraya. Jentera dan logistik UBN selalunya mewah dan setiap pertugas diberikan wang termasuk juga pengundi. Kerana pilihan raya ini juga menjadi lombong wang panas menyebabkan ahli Umno berebut-rebut untuk menjadi calon kerana dengan menjadi calon mereka akan dibekalkan wang.
Dan maklumat terbaru yang diberitahu kepada saya sebuah syarikat kontrektor telah memasukan wang RM100 juta ke dalam akauan sebuah syap Umno beberapa hari lalu. Transksi penyaluran itu telah pun berlaku sebaik saja Najib memalungkan genderang perang pilihan raya.
Itu hanya dari sebuah syarikat sahaja dan pemberian pusingan pertama akan ada lagi syarikat lain mengambil giliran menghulurkan sedekah untuk UBN.Terima kasih kepada pemberi maklumat. [wm.kl.5:19 pm 05/12/11]
No comments:
Post a Comment