Saturday, December 24, 2011

Duka Subuh - Belasungkawa

Adun Tendung Kelantan Kembali Ke Rahmatullah

ADUN Tendung Pasir Mas Dr Muhamad Md Daud dilaporkan telah kembali ke Rahmatulah kira-kira jam 12:30 tengah malam tadi, demikian menurut perkhabaran menerusi Facebooks beberapa rakan Fb saya.

Antara yang melaporkan berita dukacita ini ialah di wall Adun Kelaburan Tumpat, Mohamad Zaki Ibrahim, sdr Mekong Mazlan Pasir Mas dan wall Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Dalam berita perkhabaran itu tidak dilaporkan sebab-sebab kematian melainkan dinyatakan Allahyarham mati mengejut di rumahnya di kampung Perangkap, Bunut Susu Pasir Mas.

Muhamad memenangi kerusi Tendong buat pertama kali dalam pilihan raya umum ke-12 lalu mengalahkan Mohd Fauzi Mohamad dengan majoriti 1,657. Allahyaraham mendapat 8,105 manakala Fauzi 6,448.

Muhamad seorang pensyarah universiti dibawa balik bertanding di Kelantan atau kouta ulama. Dalam pilihan raya itu juga Allahyarham antara orang yang memainkan peranan untuk memberi kemenangan kepada Inchek Ibrahim bin Ali.

Beliau dianggap sebagai wakil rakyat pendiam dan tidak mempunyai apa-apa kerenah dan kontroversial sesuai dengan latar belakang pendidikannya sebagai ustaz dan pesnyarah. Pertemuan terakhir saya dengan Allahyarham ialah pada majlis penjelasan Hudud di stadium Sultan Mohamad Ke IV Kota Bharu.

Pada pertemuan itu beliau kelihatan bersemangat dengan melilit kepala dengan kain bertulis Sokong Hudu.

Ketika bertemu pada majlis Anak Kelantan Di Perantau di Petaling Jaya beliau beriya benar untuk membawa saya melihat bangunan Pas yang berjaya dibangunkan di Bunut Susu dalam kawasannya. Jelas Allahyarham bangunan itu dibina dengan wang derma dari para kenalannya.

Semasa pulang ke Kelantan baru-baru ini saya sempat melihat bangunan dua tingkat yang berdiri megah tetapi sayang kerana hujan tidak sempat merakam gambar bangunan berkenaan. Di puncak bangunan itu terpacak tiga bendera Pas yang berkibar megah.

Tanah tapak bangunan itu adalah miliknya yang di sedekahkan untuk Pas dijadikan pejabat Pas dan Pusat Khidmat Adun Tendung ianya lengkap dengan surau. Manakala tiga lot ruang kedai di seewa untuk menampung perbelanjaan bangunan tersebut serta kegiatan parti.

Bangunan itu merupakan mercun tanda Pas Tendong di bawah perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

Sementara itu semalam bekas Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman juga telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah. [wm.kl.5:56 am 24/12/11]
Post a Comment