KALAU anda ke Pulau Batam, Indonesia salah satu tempat yang akan dicadangkan oleh pemandu pelancung anda ialah mengunjungi kem Pelarian Vietnam yang terletak di Pulau Galang. Untuk ke kem berkenaan anda akan melalui sebuah jambatan indah yang menjadi penghubungi dengan enam pulau termasuk pulau Galang, Beraling, Setokol dan lain-lain iaitu jambatan Batam.

Kem perlarian Vietnam Pulau Galang itu dibuka pada tahun 1978 dan ditutup sepenuhnya pada tahun 1991. Kem ini telah memuatkan seramai 2,500 pelarian Vietnam.
Fungsi kem ini samalah dengan kem palarian Vietnam di Pulau Bidong, Terengannu di Malaysia. Ia dibangunkan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi orang perlarian (UNHCR) dengan kerjasama kerajaan negara di mana kem itu dibina.

Bagi mereka yang tidak kuat semangat mungkin merasa takut untuk memasuki ke kem berkenaan apa lagi kalau bersendirian.

Melihat kewujudna berbagai rumah ibadat di kem itu saya terfikir bahawa kem ini lebih dahulu mengamalkan semangat 1 Malaysia yang digagaskan Ha Najib Razak. Bangunan rumah sakit, sekolah dan lain-lain masih utuh walaupun agak terbiar. Semua peninggalan yang ada memberi gambaran kem itu lengkap memberi kemudahan kepada penghuninya seada yang mampu.

Untuk masuk ke kem berkenaan dikenakan bayaran yang dikutip oleh seorang pengawal di pintuk masuk.

Di antara yang dipamirkan di muzium berkenaan ialah kerja tangan yang dihasilkan oleh penghuni kem berkenaan, ini termasuk juga peralatan-perlatan yang digunakan untuk keperluan mereka seharian selama berada di kem itu.

Gambar-gambar yang menceritakan kisah pendaratan, kehidupan serta kunjungan pembesar terutama terlibat dengan UNHCR turut sama dipaparkan. Dari gambar itu dapat ditafsirkan betapa peritnya pelarian Vietnam yang terpaksa berhempas pulas berminggu malahan berbulan untuk sama di mana-mana dataran untuk berlindung.

Tatakala melihat itu jauh di lubuk hati saya terbentik, mungkin nasib yang pernah dilaluan oleh rakyat Vietnam itu suatu hari akan dilalui juga oleh anak cucu cicitku di Malaysia. Ini tidak mustahil kalau negara sudah berada di ambang peperangan dan tidak selamat lagi, sesiapa pun terpaksa mengorak langkah mencari perlindungan hatta ke mana saja.
Justeru sementara kita terfikir untuk mengelakkan musibah itu, maka berfikirlah kita semua mengatasinya dan jangan apa yang dilaluan rakyat Vietnam itu turut sama dirasai oleh anak bangsa. [wm.kl.2:49 08/12/11]
No comments:
Post a Comment