Ketua NGO Songlap Duit Pembeli Rumah PKNS
KETUA sebuah NGO yang kuat mengkritik kerajaan Selangor dikatakan telah melakukan pecah amanah membabitkan wang sebanyak lebih RM200,000 milik Perbadanan Iktisad Negeri Selangor (PKNS) dua tahun lepas.
Wang itu dikatakan untuk pembayaran pembelian rumah PKNS yang diruskan oleh ketua NGO berkenaan yang juga merupakan seorang peguam.
PKNS telah beberapa kali meminta dengan baik (berlandaskan undang-undang) supaya ketua NGO yang sering berdemo di hadapan pejabat MB Selangor dan wajahnya selalu keluar di kaca tv itu menjelaskan wang berkenaan sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan.
Laporan penuh mengenai jumlah wang yang tidak dikembalikan kepada PKNS oleh firma milik ketua NGO berkenaan telah pun siap dan dalam pengetahuan kerajaan Selangor.
Tindakan pendedahan kes itu mungkin akan dilakukan sedikit masa lagi sekiranya ketua NGO itu berdegil untuk tidak menyerahkan wang itu. Plan penyelesaian pembayaran wang PNKS itu katanya sudah disediakan tetapi setakat ini belum ada apa-apa tindakan penyelesaian tuntas.
Selama ini ketua NGO yang didalangi oleh bekas pemimpin pemuda PKR itu diberi peluang untuk menyelesaikan secara baik bagi mengelakkan dia dikenakan tindakan. [wm.kl.3:39 pm 23/11/11]
No comments:
Post a Comment