Monday, June 4, 2012

Celaka Malam

Penghinaan Orang Bertaraf Prof Terhadap Tok Guru Nik Aziz

Saya baru mendengar kritikan dan cercaan seorang Dr bernama Nasoha Saabin yang tahap pendidikan dan ilmunya bertaraf  profesor terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya terkejut mendengar cercaan ataupun tuduhan yang kepada saya agak melampau dan tidak wajar keluar dari mulut seorang berdarjat sarjana setinggi itu.

Saya tidak dapat menahan marah dan rasa terkilan lantas saya terus membuat posting ini setidak-tidaknya bagi menyejutkan gelora di hati. Dengarlah sendiri apa komen sang prfesor ini dalam you tube di bawah:



Profesor ini tiba-tiba diserang jin dan terus naik berang dengan tanggapan atau pun pandangan mengatakan stail dan gaya hidup politik Tok Guru Nik Aziz adalah stail dan gaya Islam atau menempati gaya hidup Nabi Muhammad. Beliau marah tanggap itu sebaliknya menganggap apa yang Tok Guru Nik Aziz lakukan lebih merupai gaya hidup atau stail dajjal dan Iblis.

Alasanya Nabi mengajak manusia kepada Allah sebaliknya Nik Aziz mengajak manusia bersama Pas. Dangkal, jahil dan 'biawak mampos' sungguh pemikiran dan pengamatan minda profesor ini terhadap politik. Jelas beliau jahil tidak dapat menilai dan mengupas serta memahami mantik perjuangan Nik Aziz. Ada juga profesor seperti ini di negara ini.

Kekesatan dan kekasaran beliau menggunakan bahasa dan anologi memburukan Nik Aziz itu saya tidak dapat menerimanya. Pasti kalau kata-kata itu dihemburkan di hadapan saya, saya akan menyempak orang sebegini dan meludah mukanya beberapa kali. Dia ternyata lebih busuk dan kohong dari Salentia yang melacur diri kepada kebendaan dan dunia.

Orang digelar prof ini saya percaya membuat pernilaian demikian terhadap siasah Nik Aziz berdasarkan kepercayaan beliau bahawa Tok Guru itu membuat pernyataan bahawa undi Pas akan masuk syurga atau perjuangan Pas adalah menyamai perjuangan Rasulullah? Pernyataan ini tidak disetujui oleh profesor ini dan inilah menjadikan dia persis babi gila yang menyodok bukit rendah.

Tidak mengapa kalau tidak bersetuju atau hendak mencerca Nik Aziz. Sebalilnya apa yang perlu diketahui apakah sahih bahawa beliau (Nik Aziz) ada membuat pernyataan demikian; undi Pas masuk syurga? Kalau Nasoha tidak dapat mengesah atau mendengar sendiri pernyataan Nik Aziz itu maka jelas beliau membuat kesimpulan dan melebelkan Nik Aziz tanpa bukti-bukti yang jelas dan konkrit. Apakah itu bukan fitnah dan bukankah fitnah itu kawan syaitan? Di sini siapakah yang memakai akhlak syaitan dan iblis?

Saya percaya cercaan Nasoha kepada Nik Aziz itu berdasarkan dakwaan seorang mufti kononnya Nik Aziz ada membuat kenyataan demikian.  Kalau benar begitu Nasoha tidak boleh membuat tuduhan dan ulasan begitu kerana mufti itu sendiri belum memberi bukti yang Nik Aziz berkata demikian. Sampai ke hari ini mufti itu diam membisu apabila Nik Aziz meminta bukti atas tuduhan dan dakwaan itu.

Adalah malang kalau orang bertaraf prof dianggap sebagai mursyid juga bertindak seperti sesetengah ketua cawangan parti politik atau pun turut sama menjalankan kerja-kerja syaitan atau bercakap sambil berkomor air liur syaitan seperti mana sesetengah dilakukan oleh editor akhbar PB. Nampaknya negara ini ditimpa malang yang bermalangan kerana bukan saja orang politk mulut busuk, ulama dan sarjana kepala notak juga mula dhinggap penyakit birat mulut.

Dalam pemerikasaan di geoogle, Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http://mthago.wordpress.com/drn/)

Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad. Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila. [wm.kl.12:13 t/malam 04/06/12]

11 comments:

yeop said...

gua biasa tanya kat lecturer psikologi dalam solat berdiri betul, rukuk, sujuddan lain dalam solat apa makanan jasad apa makanan roh dalam solat pas tu dia pi buat phd

A.Zawawi said...

macam satu drp kelompok jamaah tabligh yg extreme..Ok cuba kupas cara hidup Umno/Bn/Najib pulak..bapak iblis kot??

mantaro said...

Amat malang Malaysia melahirkan Profesor seperti ini. Tidak menghargai ilmu yang dimiliki.

cucukerinci said...

prof jenis tak ada akal bercakap mcm setan dan iblis....dia ingat hebat sangat dan org boleh percaya cakap setan dia tu.. inilah contoh prof kaki bodek no. 1 Malaysia..

amalwanie said...

Habis rosak agama apabila yang bukan ahli agama bercakap pasal agama...

zul said...

MSO, dia ni bukan sahaja hentam TGNA, bahkan gerakan2 Islam yg lain, contohnya dia hentam Jemaah Tabligh. Dia mengaku ikut Jemaah Tabligh dah 30 tahun, tapi jemaah tu dia anggap sesat .... dia ni memang gila tahap gaban... ikuti tulisan dan video dia di sini >>>http://drnasoha.wordpress.com/2010/03/11/jemaah-tabligh/

SolitaireHunter said...

Alhamdullillah.Akhirnya ada orang yang menyedarkan lantas yang tidak boleh menerima jadi persis babi gila yang menyodok bukit rendah (munggunakan ayat MSO). Saya yakin Ahli PAS yang taksub dan buta hati tidak dapat menerima kenyataan ini.

Saya yakin tuan tidak akan siarkan komen ini kerana kebanyakan orang PAS dan seumpamanya tidak boleh menerima kritikan (sebagaimana blok ini - boleh mempersenda, mengkritik dan mencerca tetapi tidak boleh menerima pandanganang berbeza) membuka pintu hati kepada kebenaran.

AKU said...

Kalau TGNA seorang yg begitu warak dianggap iblis dan dajjal..maka kita orang biasa ini apa? Tolong kalau nak ngampu pun jangan lah sampai menghina kalau tak mau anggap ia ulamak pun, anggap lah TGNA itu orang2 yg baik, sedemikian rupa....

Musafir Kelana said...

Dr Professor ni..dah buat jemaah baru...dia sahaja ajak org kafir masuk Islam...org lain plak ajak ke neraka atau ikut dajjal...jemaah tabligh pun dia hentam...maka kesimpulannya beliau sendiri tertipu dgn sendiri (syirik dgn sendiri) krn merasa hebat dan taa'jub diri sendiri. Tapi cara bercakap sebiji mcm jemaah dr tabligh..almaklumlan dah 30 thn keluar...Astagfirullah Allah Hu...

Mat Bayan said...

ooo patutla Universiti di Malaysia satu pun tak tersenarai dlm universiti yg berprestig rupanya ada prof kangkong kat sini kah kah kah

anak jawa johor said...

PHd untuk Nasoha ini maksud Professor hasad dengki kot