Wednesday, February 6, 2013

Anggota Syuara Ulama Juga Perlu Berpuasa

MARAH PAGI                                                                                                                  

Beberapa orang pemimpin PAS tidak faham-faham dan terus bercakap mengenai isu-isu yang tidak sepatutnya mereka sebut dan perpanjangkan lagi. Saya tidak tahu apakah mereka mempunyai pandangan dan ada 'petua' tersendiri di dalam hal ini maka isu-isu yang tidak relevan dan boleh menyerabutkan kepala ahli menjelang pilihan raya itu terus diungkapkan.

Atau pun mereka merasakan perlu berbuat begitu kerana boleh menonjolkan diri mereka di dalam akhbar? Iyalah saat hendak pilihan raya mesti iklan diri nanti pengundi tidak kenal pula? Saya hendak merujuk langsung kepada isu bekas timbalan presiden PAS yang digugurkan dari Majlis Syura Ulamak dan isu kalimah Allah. Kenapa masih terus bercakap mengenai 'dia itu'.

Saya rasa setiausaha Majlis Dewan Syura Ulamak, Nik Zawawi Nik Salleh tidak akan dikecam ahli kalau dia tidak bercakap mengenai 'dia tu'. Ahli mungkin akan merasa lega dan tidak serabut perut dengan jawaban demi jawaban dan ulasan demi ulasan beliau kepada media massa berhubung dua isu itu. Apakah Nik Zawawi Nik Salleh sudah terikat dengan apa-apa kontrek dengan media massa untuk terus menjawab dan memberi ulasan mengenai dua isu itu?

Saya memerhati cara Nik Zawawi melayan media berhubung dua isu ini, kalimah Allah dan 'dia tu' kurang bijak dan tidak lincah politiking. Satu masa dia katakan isu kalimah Allah sudah ditutup, di masa lain dia buka lagi. Kata tutup itu juga sebenarnya buka. Yang terus dibuka ialah isu mengenai 'dia tu'. Saya juga konfius sejauh mana kematangan politik dewan syura ulamak. Sepatutnya apabila mereka mengambil keputusan menggugurkan orang itu, dewan itu sudah bersedia menghadapi risikonya.

Dewan kena fikir akan bidasan balik terhadap tindakan itu. Dewan sepatutnya memikirkan apakah cara dan petua untuk menanganinya. Jangan hanya pandai memecat tetapi tidak pandai untuk menguruskan pemecatan atau membendung implikasi dari pemecatan itu. Sewajarnya anggota dewan syura juga mesti arif dan bijak berpolitik.

Saya teringat kepada satu sepakkan Nik Aziz kepada bekas mufti Wiyalah Kuala Lumpur, Abdul Kadir Talib beberapa tahun lalu apabila bekas mufti itu cuba hendak bercakap mengenai PAS. Nik Aziz mengherdik dengan mengatakan; Kadir jangan gatal mulut. Penyakit gatal mulut ini saya lihat ada kepada Nik Zawawi dan beberapa pemimpin lain. Isu 'dia tu' sepatutnya ditangani oleh Nik Aziz seorang saja sesuai kedudukan sebagai pengerusi dewan syura ulamak.

Entah macam mana akhir-akhir ini rajin dan lacat pula anggota ulamak bercakap dan mengulas mengenai isu-isu semasa. Apakah ini trend baru dan untuk membuktikan yang ulamak tidak pasif seperti sebelum ini. Kalau itulah caranya ia tidak kurang bijak.

Untuk mengaktifkan diri bukan dengan melayan media massa dan menjawab atau mengulas isu-isu yang menyerabutkan, tetapi carilah kaedah lain kalau ingin tonjol di media massa. Anggota ulamak patut melontarkan pandangan-pandanga politik yang progresif khasnya kepada orang Melayu seperti memperluaskan skop perbahasan politik dan agama itu tidak boleh dipisahkan.

Yang jelasnya isu kalimah Allah dan 'dia tu' tidak wajar disebut lagi oleh mana-mana anggota syura ulamak. Kalau sudah gugur, muktamad, soal hendak merayu hendak keluar parti atau apa terserah kepada tuan punya badan. Menjelaskan kepada media bertujuan menjelaskan kepada umum hal-hal sebegitu menggambarkan kurang cerdik di belah kita. Dalam isu 'dia tu' saya tenguk dewan syura ulamak sedikit terkangkang dan terkial-kial.

Sebaik-baiknya semua pihak termasuk anggota syura ulamak cuba akur kepada cadangan Husam Musa agar semua orang berpuasa selama 90 hari. Mabuk memberi kenyataan akhabr lebih teruk dari mabuk air sejuk. [wm.kl.10:22 am 06/02/13]

5 comments:

Syeikh Akram said...

Setuju...saya geleng kepala bila baca akhbar statement SU Majlis Dewan Syura Ulamak. Diam itu lebih baik.

AnakSama said...

Banyak cakap, banyak salah. Sedikit cakap, sedikit salah. Tidak cakap, tidak salah.

hanimasra said...

sebab pulut santan binasa,sebab mulut..parti binasa..jangan terjadi..pesan s.roslee..hubaya-hubaya..ingat pesan mso tu..

amir aiman akashah said...

uncle MSO,
Nik Zawawi Nik Salleh ni baca tak blog uncle??

pemimpin2 PAS yg lain baca tak catatan dan ingatan uncle MSO kat blog ni?

apa kata yg mana2 sobat yg taw acc muka buku pemimpin2 PAS yg lain termasuk Nik Zawawi Nik Salleh tolong copy paste link entri ini buat santapan minda depa.

sengal dan hampeh 2x5 5x2 ja depa tu dgn pemimpin UMNO....bezanya, pemimpin UMNO lebih licik dari pemimpin PAS.

apa ou x boleh....ngok!

Unknown said...

Salam Tuan MSO,

Saya sangat bersetuju dengan pendapat tuan. Bagi saya politik ini bagaikan gelanggang tinju. Kalau kita mahu menang kita jangan ikut rentak lawan tetapi kekal dengan rentak kita. Satu masa apabila lawan sudah penat dengan rentak dia, kita perlu amik peluang dengan membuat satu pukulan KO, tak perlu banyak, hanya satu. Justera, apabila Tok Guru Nik Aziz sudah memberi pukulan KO, tak perlu lagi ahlinya bertumbuk lagi atau melayan. Wallahualam.