Tuan Hj Salleh sedang memberi tazkirah. |
Tidak ramai ahli politik termasuk pemimpin negara yang mengamalkan tradisi sebegitu secara konsisten. Kalau ada pun sesetengahnya lebih untuk mempamirkan yang mereka minat dengan majlis sebegitu kerana mengharapkan imej demi politik.
Sebahagian para hadirin. |
Walaupun beliau telah dijadualkan berucap di satu majlis di Shah Alam namun beliau tetap menyempatkan diri melayan dan meraikan 'saing sobat'nya yang hadir.
Solat hajat dan doa malam tadi dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh Sik Kedah. Haji Salleh datang khas dari Kedah untuk memimpin majlis berkenaan.
Kemesraan dan keakraban semula jadi Anwar. |
Majlis seperti itu kata salah seorang sahabat awalnya Idris Jahuzy merupakan kemestian buat Anwar.
Ikut sama hadir malam tadi juga wakil dari sebuah NGO Islam daripada Selatan Thailand. Kehadiran mereka sebagai kunjungan hormat ke atas Anwar Ibrahim. Juga kelihatan bekas pelakon Azmil Mustapa yang lebih dikenali dengan Ali Setan.
Tetamu sedang menikmati jamuan. |
Dalam tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Haji Salleh beliau menekan bahawa konsep Islam suku agama suku adalah salah kerana apa-apa juga aktiviti yang bersangkut paut dengan kehidupan mestilah atas sendi Islam. Politik itu juga berkaitan dengan Islam atau agama yang tidak boleh dipisahasingkan.
Beliau mengingatkan agar manusia tidak melupai tiga perkara bagi menjamin keselamatan dalam kehidupan, iaitu jangan melupai Allah dan Nabi dan buatlah sesuatu yang baik dan tinggal yang tidak baik.
Dalam hubungan mencari pemimpin menjelang pilihan raya carilah atau pilih pemimpin yang kita kenali dan mengetahui akan latar belakang mereka. [wm.kl 7:27 am 19/02/13]
2 comments:
Igt lg masa khalifah umar ambik alih pemerintahan negara. Sudi dgr teguran walaupun dr rakyat kecil.
Masih adakah pemimpin spt itu zaman la nie ?
Alhamdulillah, pagi yang bahagia ini saya google2, rasa terpanggil berkunjung ke balai simpanan tuan atas tajuk 'Menghurai Kerinduan Bersama tok guru'
Saya diheret mencunkil lagi simpanan dibalai tuan atas tajuk ' Tradisi Mengeratkan Silaturrahim Anwar'
SubhanAllah betapa bersyukurnya hamba, apa yang diusahakan baru-baru ini selari dengan saranan tuan guru sendiri.
Hamba, yang kerdil ini tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak berusaha bersama rakyat terbanyak, sedaya upaya memastikan amanah diberikan pada yang paling layak dan berhak.
Terima kasih.
Post a Comment