Saturday, March 7, 2015

Hujan MEMELUHKAN rakyat berhimpun bebaskan Anwar

CATATAN KECIL                                                                                                                  

Himpunan disalah satu lokasi.
Himpunan "Kitalawan" sebagai solidariti atas pemenjaraan Anwar Ibrahim yang diadakan hari ini satu permulaan terbaik yang membawa tanda api refomasi tidak akan padam. Setelah hampir sebulan Anwar diringkukkan dalam penjara, beberapa himpunan diadakan tetapi sambutan tidak memberangsangkan.

Berlainan hari ini kehilangan Anwar sudah mulai dirasai rakyat yang mereka inginkan kepada Anwar.

Menurut laporan lebih 10,000 hadir dan turun di jalan raya mendesak Najib Razak berundur sekaligus meminta Anwar dibebaskan.

Himpunan hari ini juga untuk memberi mesej kepada Yang di-Pertuan Agong yang kini sedang meneliti permohonan pengampunan yang dikemukakan oleh Anwar. Himpunan hari ini adalah himpunan dari rakyat kepada Agong yang menyedari institusi itu adalah jalan terakhir untuk mengembalikan Anwar kepada rakyat.


Selingan hiburan merancakkan himpunan.
Himpunan hari ini tidak dihadiri para pimpinan Pakatan Rakyat, kecuali pimpinan PKR dan mereka yang mempunyai hubungan persahabatan dengan Anwar atau keluarganya saja. Justeru himpunan hari ini adalah himpun sejati dari rakyat.


Himpunan bermula pagi tadi yang diadakan secara tertutup oleh PKR, dan berakhir lewat petang ini, bukan saja diadakan dalam negara "tigatujuhkosongsatutujuh" tetapi ia juga turut diadakan dibeberapa buah negara lain oleh pendokong Anwar dan reformasi. Malam ini juga diadakan pidato membebaskan Anwar dibeberapa lokasi.

Dr Wan Azizah diapit oleh salah seorang anaknya.
Melihat apa yang berlaku hari ini semestinya Anwar tidak perlu gusar dan merasai kesepian dalam penjara kerana puluhan ribu suara diluar mendokongnya. Walaupun disumbat ke dalam penjara untuk kesekian kalinya, tetapi rakyat yang teruja dengan kepimpinannya tetap menyokong dan tidak pernah merasa jemu untuk mempertahankannya.

Nurul Izzah bersemangat membela ayahnya.
Siri himpunan "Kitalawan" ini juga adalah "Reformasi Ke 2" ini juga turut melahir beberapa hero baru yang akan meneruskan perjuangan refomasi yang dioborkan oleh pejuang rakyat itu. Yang pastinya ia menunaskan beberapa sosok lagi untuk menjadi pemimpin pelapis terutamanya dalam kalangan keluarga Anwar sendiri.

Kalau kesangsaraan Anwar sebelum ini hanya diratapi dan dihadapi isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turun mengelilingi ke seluruh negara, kemudian dibantu oleh anak sulungnya Nurul Izzah, kini dua lagi puterinya Nurul Nuha dan Nurul Ilham turut sama memegang bendera perjuangannya, bersatu dengan ibu dan kakak mereka.

Perarakan disalah satu lokasi.
Hujan yang turun menyirami bumi Kuala Lumpur lewat tengah hari tadi sedikit pun tidak menumpulkan nasfu orang ramai untuk berhimpun, bahkan hujan itu memeluhkan mereka menjadi lebih bersemangat lagi.


Apa yang berlaku hari ini dengan puluhan ribu rakyat menyosong di beberapa jalan dan lokasi ditetapkan oleh penganjur himpunan mengembalikan kenangan 14 tahun lalu, dimana ratusan siri demostrasi mendesak Mahathir Mohamad yang zalim melakukan "penganiyaan" kepada Anwar dilakukan.

Sepanduk yang mendesak Najib berundur.
Ketika itu walaupun Mahathir berusaha mempertahankan dirinya, tetapi laungan kebencian rakyat kepadanya akhirnya "Mahafiraun" itu berundur juga dengan linangan air mata. Mahathir tidak mampu menahan rempuhan badai rakyat yang diadakan setiap Sabtu selama hampir lapan tahun tanpa henti. Gara-gara pengkhianatan Mahathir juga ia membawa celaka kepada BN apabila buat pertama kali hegemoni parti itu musnah apabila gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen.

Apakah nasib dan derita dialami Mahathir itu akan menyinggahi diri Najib dan Rosmah? Syabas kepada rakyat yang tidak pernah gentar untuk keluar menuntut keadilan, kebenaran dan kebebasan walaupun mereka dilingkari api bernama akta-akta yang cuba melemahkan mereka. Wassalam Mso. [wm.kl.7:24 pm 07/03/15]

No comments: