Sunday, March 1, 2015

Siapa layak jadi pengganti Najib?

RENCANA AHAD                                                                                              

Walaupun kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri masih kelihatan tidak terganggu dan beliau masih menjalani urusan kerja harian seperti biasa, tetapi dalam minda pemerhati politik sudah terbata-bata dengan beberapa wajah dan nama-nama yang akan menggantikan beliau sebagai PM.

Najib sudah sedar yang dia tidak diperlukan.
Semakin dekat dengan tarikh matinya (sebenarnya tarikh akan dimatikan), makin rancak pula orang membicarakan soal siapa paling layak mengganti Najib. Kepala pemerhati dan pimpinan politik termasuk dalam Umno juga sudah sendak dengan persoalan siapa yang akan menjadi PM ke-7. Bahkan sudah ada wakil rakyat Umno mengimpikan kedudukan masing-masing apabila berlaku perubahan tampuk pimpinan nanti.

Kerja-kerja syirik dan tahayul menemui bomoh juga telah dilakukan oleh sesetengah orang dalam Umno untuk mengetahui ramalan bomoh siapakah yang bertuah untuk menerajui kerusi nombor satu Malaysia itu. Seorang broker bomoh di Jawa memberi tahu sudah ada dua tiga kumpulan datang menemui Pak Kiyai di Wonosobo, Jawa Timur bertanyakan hal itu. Lebih teruk lagi sudah ada yang bertapa di kuburan Wali Songo untuk bertawasul dengan walik bagi mengetahui bila tarikh Najib akan mundur.

Sama ada nama-nama itu disebut secara terang atau tidak, tetapi beberapa nama sudah mulai bermain dibibir dan kepala penganalisa politik. Nama-nama itu sudah dianalisa dan ditenung apakah ia membawa tuah atau celaka kalau dipilih menjadi PM. Dalam hal ini ada perbezaan besar berhubung pengganti Najib ini. Ada yang melihat dari sudut masa depan negara, dan sepihak lagi melihat kepada untung nasib mereka.

Muhyiddin kurang disenangi Cina.
Apabila membicarakan perihadl penggunduran Najib, mungkin sebab dan faktornya mudah sahaja. Segala isu yang bertompok di keliling Najib kini sudah cukup untuk mengundurkannya dan menjadi penyebabnya. Kemucak Najib harus berundur apabila pembunuh Altantuya Sirul Azhar Umar membuat pendedahan berterus terang siapa yang mengupahnya membunuh model comel Mongolia itu. Tunggulah. Pemeliharaan Sirul itu dilihat sebagai senjata ampuh untuk merelaikan anggota dan kuasa politik Najib.

Tetapi apa yang penting ialah, apakah Umno selepas Najib akan segar bugar dan PRU ke-14 Umno bersama BN akan mendapat majoriti dua pertiga? Ini yang penting daripada segala-galanya. Keutuhan Umno sangat diperlukan oleh orang-orang seperti Sirul dan penjenayah politik (PENJEPO) lain yang dilakukan dengan menggunakan kuasa Umno yang sudah kekenyangan sejak berdekad lalu.

Maka, seseorang yang hendak mengganti Najib mestilah mereka yang boleh memastikan Umno menang dan BN menjadi kerajaan. Kemenangan itu akan menjadi "insuren" untuk menyelamatkan para Penjepo. Ini paling mustahak dan percaturan ini yang sedang dilakukan sekarang.

Sebenarnya kedudukan Najib hari ini ditentukan oleh para Penjepo itu. Mereka sudah membuat kajian dan analisa kalau Najib terus memimpin kerajaan dengan cara hari ini, kerajaan akan hancur. Umno juga akan tidur. Dapatan daripada analisa dari berbagai sudut itulah maka untuk menyelematkan mereka maka Najib harus diturunkan. Najib menjadi liabaliti kepada masa depan mereka.

Dijelaskan kepada mereka bukan soal ketamakan dan egois Rosmah Mansor yang mencampuri urusan kerajaan, tidak. Bagi Penjepo mereka tidak cemburu kepada kekayaan Rosmah sebab mereka memiliki kekayaan lebih daripada Rosmah. Tetapi yang ditakuti Umno akan kehilangan kuasa dan BN terlepas kerajaan. Kalau Umno BN hilang kuasa bermakna nafas mereka juga sempuk.


Zahid sekadar promotor bodek.
Ada beberapa nama disebut-sebut untuk mengganti Najib. Mereka itu ialah, Muhyiddin Yassin, Ahamd Zahid Hamidi dan Hishmuddin Hussein. Disamping tiga nama itu nama Tengku Razaleigh Hamzah juga menjadi sebutan dan berada dalam perkiraan umum. Nama Tengku Razaleigh ini hadir dalam situasinya tersendiri dan unik. Kalau Tengku Razaleigh akan menjadi pengganti Najib ia adalah satu "khawarikul ahdah", sesuatu yang diluar jangka diri seseorang itu sendiri terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.

Daripada tiga nama-nama ini, kecuali Tengku Razaleigh, nama Muhyiddin bukan sahaja ia sesuai dengan hierarki dalam Umno, tetapi nama Muhyiddin diprojekkan untuk ke arah itu. Orang bertanggungjawab untuk mendolorkan Muhyiddin ialah Dr Mahathir Mohamad.  Soalnya apakah Muhyddin mempunyai energi super powar untuk memastikan Umno akan kekal sekiranya dia berjaya mengambil alih tempat Najib?

Inilah yang masih dihitung dan sedang diperhitungkan seluruh ahli Umno yang cerdik. Muhyiddin juga dikatakan sukar untuk menjamin Umno akan kembali seperti sebelum ini dan seterusnya menguatkan kedudukan BN. Muhyiddin yang sejak awal tidak senang dengan sikap liberalisme Najib, dimana mahukan Melayu diutamakan bukan Malaysia, telah menimbulkan bantahan daripada orang Cina. Orang Cina kurang selesa dengan Muhyiddin dan ini boleh menyebabkan MCA membuat perkiraan semula hubungan mereka dengan BN atau masyarakat Cina ramai-ramai akan berhijrah kepada parti sosialis demokrat DAP.

Usaha untuk memulihkan hubungan Muhyiddin dengan kaum Cina sedang dilakukan. Kehadiran Muhyiddin di Teluk Intan semalam merasmikan menara condong sebagai warisan UNESCO adalah deni-denai ke arah itu. Tetapi cukupkah bagi Muhyiddin untuk memulihkan hubungan dengan kaum Cina. Ia tidak mungkin dan bermasalah apabila orang Cina sudah mengcopkan Muhyiddin sebagai ultra Melayu, dan ini menyebabkan hubungannya (persepsi) akan tetap condong seperti mana menara yang beliau rasmikan itu.

Najib sendiri tahu yang beliau sedang digerudi agar meninggalkan kerusi PM. Lantaran itu dia sudah awal-awal membunyi peluit agar sepupunya Hishmuddin Hussein mengambil alih tempatnya. Walaupun kedudukan Hishamuddin dari hierarki Umno nombor tiga, tetapi Najib memilih sepupunya kerana jaminan kepercayaan beliau lebih berbanding dengan lain-lain pemimpin seperti Zahid dan Muhyiddin.

Najib juga sebagai seorang "penjepo" sangat takut kepada kehilangan kuasa. Kerana apabila kuasa terbuang dari tangan sahaja, bermakna pintu penjara akan ternganga untuknya. Tidak mustahil Najib juga akan bersama Anwar dalam penjara.

Manakala bagi Zahid Hamidi, tidak ada perhitungan bagi Najib. Hanya Zahid sahaja mendempetkan dirinya sebagai orang kanan dan pembela Najib, tetapi hakikatnya beliau tidaklah siapa kepada Najib. Zahari hanya promotor bodek kepada Najib dan Rosmah dalam perhimpunan agung Umno saja. Tukang arah tepuk tangan bergemuruh.

Tengku Razleigh Hamzah muncul

Tengku Razaleigh diterima semua pihak.
Semua nama-nama itu bermasalah dan tidak memberi jaminan kepda Najib, atau yang penting kepada Umno. Dalam kemelut itu saat inilah maka muncul nama Tengku Razaleigh Hamzah secara diam-diam. Orang menajdi teringat kepada kewibawaan dan wisdom yang ada kepadanya.

Seperti dikatakan tadi nama Tengku Razaleigh tidak berada dalam rantaian pimpinan, tetapi keharuman namanya masih mewangi dan ia sangat diperlukan apabila Umno dalam situasi kritikal.

Sekiranya Umno ingin kepada kestabilan, dan mengekalkan kerajaan BN pada PRU ke-14 kelak, orang yang boleh menjadi penawarnya ialah Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh diterima bukan sahaja dari kalangan Umno tetapi ahli MCA dan MIC juga. Hubungan persahabatan dan kawan dengan sesiapa saja yang sukar diputuskan menjadi Tengku disayangi orang.

Jauh dari itu dia juga disenangi oleh pihak Pakatan Rakyat. Tawaran dibuat oleh Pas agar mengganti Anwar Ibrahim sebagai calon PM daripada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13 lalu mengesahkan bahawa ahli Parlimen Gua Musang ini diterima oleh semua pihak. Penerimaan itu meletakkan Tengku Razaleihg sebagai bapak perpaduan bangsa Malaysia.

Manakala kunjungan rakan-rakan korporat, teknokrat dan diplomatik kepadanya untuk berbincang, menerima pandangan atau sekadar minum kopi menunjukkan negarawan yang satu ini masih dihormati dan kepakaran yang ada kepadanya diperlukan. Kehebatan ini sangat dibutuhi sekiranya Umno ingin mencapai wawasan 2020 yang dipancang Mahathir itu.

Bahkan Mahathir sendiri juga sukar untuk menolak kehebatan dan wibawa Tengku kalau dibanding dengan candidatnya sendiri Muhyiddin Yassin. Kerana track record dan kelebihan yang ada kepada anak Raja Kelantan itu menjadikan Dr Mahathir sekali sekali berkonsoltasi dengannya. Cuma masalah Dr Mahathir dia seorang pendendam dan mengheretkan kebencian kepada Tengku Razaleigh dari jaga sehingga tidur kemudian tidur kembali.

Kesimpulannya usaha menjatuhkan Najib bertolak daripada beberapa sebab, sebab utamanya kelemahan ketara Najib dan bimbang masa depan Umno dan BN ditangannya akan kehilangan kuasa dalam PRU ke-14 kelak. Manakala pengganti yang tepat dan sesuai sehingga menjelang 2020 ialah Tengku Razaleig Hamzah. [wm.kl.10:47 am 01/03/15

12 comments:

TERAPI SYIFA' said...

Anwar ganti najib pakar ekonomi.Timbalan wan Azizah.Menteri dalam negeri Nurul Izzah

mohd sayuti omar said...

Contoh pengoeman dalam blog saya berotak kemetot. Sayang, bakat ada, keberanian ada tetapi tidak cuba melengkapkan diri dengan ilmu bagi dimanfaat oleh orang lain. Kehadirian pengomen begini tak pernah diharap, tetapi ianya hadir juga sebagai meraikan kebebasan media baru. Sayang dan sedih.

Unknown said...

Saudara MSO,
Usah di rintih peranggai pengomen yang sedemikian kerana di blog blog lain yang saya lawati juga masih ramai para pengomen yang berotak kemetot. Malah kerana "GERAM" agak nya, ada pengomen yang terkeluar dari tajuk.
Seperkara yang saya agak mungkin adalah kerana ME-layu yang sebegini masih belum mampu melepas kan diri dari kepompng "KEBODOHAN" yang di pasang oleh UMNO-BARU.

mohd sayuti omar said...

Sdr Saadun, kalau boleh saya mahu orang yang memberi komen dalam blog saya dapat dipetik hikmah dan budinya untuk kebaikan bersama. Itu sahaja. Tk.

aku anak melayu said...

Assalamualaikum saudara MSO. Tulisan saudara saya teliti begitu mendalam sekali. Saudara tidak memperhalusi mengenai Sirul . Siapakah yang melarikan Sirul ke Australia ? Kenapa tidak negara lain ? Mastermind yang melarikan Sirul ke Australia adalah orang yg brilliant yang mengetahui Auatralia tidak membenarkan extradisi pesalah jika sesuatu negaranya dihukum mati. Mastermind inilah yang mengugut agar Najib meletak jawatan PM. Percaturan politik ini mudah sekali, Mahyuddin akan menggantikan Najib hanya untuk sepenggal sahaja . Dan Dan Mahyuddin akan melantik Mukhriz sebagai Timbalan nya. Selesai politik Malaysia . Terimalah wawasan 2020 yang dicipta oleh PM terdahulu.

Mir said...

Assalamualaikum kepada pemilik blog dan semua pembaca,kami rakyat bawahan ini semua bukan sahaja berharap agar pm najib sedarlah diri dan bersaralah dengan baik namun yg paling penting sekali umno itu juga sudah tidak relevan dan sememangnya tidak sepatutnya lagi mentadbir negara ini.umno hanya memperjuangkan semangat kebangsaan@melayu,kepentingan kroni2 serta mengamalkan politik perkauman yg sempit..perjuangan umno hanyalah sia2 kerana tidak membawa kebaikan kepada umat islam dan juga non muslim didunia ini apatah lagi apabila hari kebangkitan kelak..sedarlah semua,hanya perjuangan politik islam yg berlandaskan alquran dan as-sunnah sahaja yg allah redhai serta membawa kemenangan,kemajuan,dan keadilan bukan sahaja kepada umat islam juga kepada non muslim di malaysia ini..umno sudah cukup lama menindas dan memperbodohkan pemikiran rakyat sehingga menyebabkan kita terkebelakang dlm ekonomi,pelajaran kemajuan dan kerohanian diri..sudah tiba masanya untuk kita membangun bersama islam yg adil lagi saksama ini dan menjadikan motto islam is the way of life menjadi kenyataan dibumi malaysia ini..

Unknown said...

Puak-puak UG sedang memasang niat biar Najib terus kekal dengan harapan PAS terus berpadu dengan UMNO. Puak UG sedang berada di lobi pejabat Najib.

Faizal said...

assalamualaikum MSO. pandangan peribadi saya, UMNO telah dikotorkan oleh orang2 yang gilakan kuasa dan harta dan tidak lagi releven sehingga UMNO dicuci dari genggaman orang2 sebegini. pendapat MSO berkenaan TRH itu saya bersetuju. secara personal, saya paling ingin melihat Malaysia di bawah pemerintahan TRH ini. bagi saya, dia seorang yang cool dan dihormati lawan dan kawan.

zaffar said...

Haha...
Kan dah kena...
KEMETOT....
Haha

Kamal said...

saya kurang setuju dengan mso yang Tengku razaleigh dilantik jadi pm.Masa untuk dia sudah berlalu.banyak orang muda yang kurang pengalaman tetapi memiliki daya pemikiran yang tinggi boleh dilantik jadi PM terutamanya dari pihak PR.kami sudah tidak mahu umno memerintah,kerana mereka semua mempunyai daya pemikiran yang terlalu rendah dan tak berkebolehan.

Unknown said...

Kita tidak seharusnya terlalu beremosi dalam setiap bicara. Apa yang penting bakal pengganti PM Najib haruslah seorang yang mampu menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa menidakkan kelangsungan hidup Melayu....seorang yang mempunyai jati diri tinggi dan tidak melacur maruah demi mendapatkan sokongan...

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Melayu Cina India Muslim lagi Mukmin...bersatulah .... Bukalah kitab "bersatu berjaya ala Islam" .... Penat dan dah tenat Melayu ... Islam terselam dimana. 50 ...60 tahun merdeka ekonomi Barat tak jadi di Malaysia... ekonomi Islam pun tak kemana ! ... hanya jadi kebangaan UMNO semata... Doakan ...pengganti Najib : (1) yang cintakan Islam (2) jauh dari naungan Mahathir ... (3) pandai satukan Muslim Mukmin (4) bijak dakwah "bencikan kafir" ....